CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ia Merupakan Kebebasan Buat Saya Dan Anak-Anak” – Permohonan Perintah Perlindungan Interim Zahnita Diluluskan

10-12-2024 12:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36622| Komen: 73

 


Mahkamah Majistret Kuantan telah meluluskan permohonan perintah perlindungan interim (IPO) pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson pada Isnin.

Keputusan itu telah diputuskan Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding hari ini.

Memetik dari Mstar, perintah mahkamah itu bagi menghentikan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor daripada terus melakukan keganasan terhadap mangsa.

Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson menganggap ia sebagai hari kebebasan buat dirinya dan empat orang anaknya.

"Ia merupakan kebebasan buat saya dan anak-anak."

Terdahulu, Abdul Zackery mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.

Sekadar info tambahan, IPO merupakan peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memberi perlindungan sementara buat mangsa, anak-anak dan saudara maranya.



Sumber:- Beautifulnara
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeelalala 9-12-2024 11:29 PM
Alhamdulillah. Kira mcm restraining order la kan....

Anak2 perempuan dia dah boleh la diambil dan duduk dgn maknya
Quote dewimalam78 10-12-2024 08:25 AM
Ai tgk bberapa interview dia. Sebak pulak kita dengar.
Yang ai perasan, dia takde cakap details apa laki dia dh buat. Kena sepak terajang, siram air panas ke…
Walhal apa yg dia hadap 20tahun tu lebih teruk drp fazura ke a..makan minum dia tanggung, tak dpt duitraya etcz
Quote IzzahF 10-12-2024 09:15 AM
alhamdulillah...walopon I tak kenal dia ni, tp rasa lega juga. bukan apa..risau diapa2kan anak beranak
Quote rosevelvet 10-12-2024 09:21 AM
dewimalam78 replied at 10-12-2024 08:25 AM
Ai tgk bberapa interview dia. Sebak pulak kita dengar.
Yang ai perasan, dia takde cakap details apa ...


Ye  mmg kesian kan. Nmpk bila dia flashback tu dia sebak mengingatkan kesakitan yg dia hadap dulu. Nmpk genuine sedihnya tu. Yg mj sorang lg tu nampak nooo fake ms sessi meroyan tepi longkang. I bet zani ni x dpt pun duit ry dr laki dia. N kalau dia dpt pun, x bmakna bg dia which she wish to treated kindly. I wonder mn family dia selama ni.. Mcm kesian plak biarkan dia hadap sorang2. Yet.. sheol pun xde nk petik mertua ke apa.. Dia citer psl kena dera tu pun x detail.
Quote Ai_kiu 10-12-2024 09:24 AM
Semoga zani come back stronger with this restraining order.
Smart move
Quote rosevelvet 10-12-2024 09:24 AM
Jatuh kesian plak tgk dia sbb nmpk dia x menagih sokongan n simpati. She just wanted a happy family. Tu jer... Nmpk sheol ni jenis baik n naive. Mentally torture by husband she wasnt a good wife and mom. Poor u Zani. Hoping that ur live will be a wayyy better.
Quote kucingitam 10-12-2024 09:32 AM
rosevelvet replied at 10-12-2024 09:21 AM
Ye  mmg kesian kan. Nmpk bila dia flashback tu dia sebak mengingatkan kesakitan yg dia hadap dulu. ...

maybe family dia pun tak tau..dia simpan sorang2 benda ni..
Quote likilu 10-12-2024 09:39 AM
Dia ni mix apa? Ada Indian/mamak blood ke
Quote Shayang 10-12-2024 09:46 AM
likilu replied at 10-12-2024 09:39 AM
Dia ni mix apa? Ada Indian/mamak blood ke

Ayah dia omputeh
Mak dia mix java & siam

Nih aku tgk kat ig dia la
Ada gambar family dia
Quote aciksenah 10-12-2024 09:52 AM
dewimalam78 replied at 10-12-2024 08:25 AM
Ai tgk bberapa interview dia. Sebak pulak kita dengar.
Yang ai perasan, dia takde cakap details apa ...

Tak kira la berapa tahun pun..kalau dah tak bahagia dengan rumahtangga, baik la keluar dari perkahwinan. Fazura tu dia lain, dia tak de halangan dari segi kewangan dan ada banyak support system. Kes Zahnita ni lain, dia banyak kekangan dari segi kewangan, anak pulak ramai..Kalau mintak cerai awal2 tanpa perancangan dan kewangan yang baik, kemungkinan hak penjagaan anak2 akan dapat kat suami. Kalau tak de duit macamana nak bagi makan anak2 nanti. Ada banyak faktor yang nak kena fikir, sebab tu ramai perempuan ni stay dalam perkahwinan walau tak bahagia pun.  Menderita ni bukan nak kena ukur dengan kecederaan fizikal je sis.


Quote BungaKencana 10-12-2024 09:54 AM
alhamdulillah..
Quote syamzana 10-12-2024 09:56 AM
Shayang replied at 10-12-2024 09:46 AM
Ayah dia omputeh
Mak dia mix java & siam


ooo maknya jawa+siam ke patut la tgk ada vibe cina sikit.
iols tgk pic fmly jaman dia kecik tu. yg plg kecik tu dia la kan?
ada kakak+abg tp bila jadi mcm ni berpuluh tahun mcm takde fmly plak.
iols ingat selama ni dia anak tunggal, dah ayah mati tgl maknya saje.

Quote burberry99 10-12-2024 10:00 AM
alhamdulillah semoga dipermudahkan untuk zahnita dan anak2
Quote rosevelvet 10-12-2024 10:12 AM
kucingitam replied at 10-12-2024 09:32 AM
maybe family dia pun tak tau..dia simpan sorang2 benda ni..

Kesiannya. Pastu dia siap nk review free product jualan preggy mom. Mmg nmpk sgt sheol naive. Ada kemungkinan org take her for granted
Quote kucingitam 10-12-2024 10:20 AM
rasanya sbb dia kahwin pun muda, minda tak terbuka sgt lagi, tak sempat bergaul dgn bnyk jenis org. dah kawin terus kena simpan dek laki.. pikiran tak sempat nak matang habis
Quote muqrisz 10-12-2024 12:32 PM
rosevelvet replied at 10-12-2024 09:21 AM
Ye  mmg kesian kan. Nmpk bila dia flashback tu dia sebak mengingatkan kesakitan yg dia hadap dulu. ...

satu kata.....Fazura is fazura...Zahnita is zahnita.....okay...dont compare hidup org....klau i diberi pilihan ..dgn kecantikan Allah bagi kt i..im soory..i xpilih laki muka macam tu...klau you mungkin u taste laki muka mcm tu.....well..sesuwai la
Quote rosevelvet 10-12-2024 12:52 PM
muqrisz replied at 10-12-2024 12:32 PM
satu kata.....Fazura is fazura...Zahnita is zahnita.....okay...dont compare hidup org....klau i di ...

Oh sorry, i x kisah u nk pilih apa. But once u made it in public, people are free to judge u. So keep it just for u.
Quote Nnasda53 10-12-2024 12:59 PM
Alhamdulillah.
Moga Zahnita pulih semula dan terus kuat mempertahankan haknya.
Iols baca kisah dia mmg jadi terkedu juga.
Mmg ambil masa nak pulih semula.
Semoga baik2 sahaja buat Zahnita dan anak2.
Quote akies 10-12-2024 01:03 PM
Alhamdulillah..dia dh bebas dr dihantui keganasan
suami dia

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038549 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top