CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aqasha kembali menyanyi - "Bermula pertengahan tahun ini saya kembali didatangi undangan menyanyi"

10-12-2024 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14468| Komen: 50

 


LAGU Embun sempena filem Embun yang dihasilkan pada 2002 meletakkan nama Aqasha Rosli dalam bidang nyanyian tanah air.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 42, berkata, tahun ini diibaratkan tahun 'kepulangannya' dalam bidang nyanyian apabila kembali ditawarkan menyanyi.

"Alhamdulillah, tahun 2024 saya rasa macam satu pemicu kepada kerjaya nyanyian saya. Bermula pertengahan tahun ini saya kembali didatangi undangan menyanyi.

"Saya memenuhi jemputan menyanyi untuk majlis-majlis sehinggalah baru-baru ini tular beberapa potongan video nyanyian saya sekali gus buatkan orang beri perhatian kepada saya semula dalam dunia nyanyian.

"Saya sebenarnya tak pernah sunyi dari dunia muzik dan memang sentiasa bersama dalam muzik. Orang kata muzik ini macam cinta pertama, cuma sekarang momentum untuk saya kembali rancak dan aktif dalam persembahan baru nampak bibit-bibit," katanya.


Aqasha menjelaskan, dia bukan sengaja menghilangkan diri atau senyap dari nyanyian, tetapi seiring peningkatan usia perlu melihat benda lain seperti menguruskan keluarga.

"Anak-anak makin membesar jadi perhatian saya lebih kepada itu. Tapi sekarang bila saya tengok sambutan, Alhamdulillah secara tak langsung saya tak nafikan ia jadi macam satu suntikan semangat untuk saya terus aktif dan kembali aktif.

"Saya akan terbabit dengan Malam Laguan Puisi: Bunyian Irama dan Prosa bersama Leaism, Ayu Damit, Azizul Haqim dan ramai lagi anjuran FB Media Ventures dikendalikan oleh Sham Cairel pada 8 Februari tahun depan di Panggung Eksperimen Aswara.

"Selepas itu disusuli pula dengan projek Seluloid berkonsep rakaman semula lagu lama dengan nafas atau susunan baru juga dengan Sham Cairel," katanya.

Menurutnya, pada usia muda dulu dia mungkin kurang memberi perhatian terhadap konsep begini.

"Tapi lama-lama saya sedar sebagai anak seni saya perlu memikul tanggungjawab untuk melestarikan karya-karya yang dah ada. Sekarang ini kita tahu lagu-lagu Tan Sri P Ramlee dah habis tempoh royaltinya.

"Ia dah jadi 'public domain'. Jadi saya rasa kalau dulu mungkin banyak pihak ambil kesempatan atas karya-karya legenda. Harapan saya sebagai anak seni yang sudah lama, saya cuma berharap karya-karya agung ini boleh dikekalkan sampai ke beberapa generasi lagi.

"Kalau kita sendiri tak angkat karya-karya hebat tanah air, saya tak fikir orang lain nak buat kerja ini mewakili kita. Itu antara benda yang mendorong saya dalam bidang nyanyian," katanya.

Menyentuh mengenai lakonan pula, drama lakonan Aqasha berjudul Nafsu kini sedang ditayangkan menerusi laman penstriman Viu.

"Saya sekarang bukan terlalu memilih tapi pada saya sebagai pelakon dah sampai waktunya untuk saya tampil dengan naskhah yang ada kekuatannya.

"Saya percaya saya boleh memberi apa sahaja yang saya ada untuk kuatkan projek drama. 20 tahun dulu saya buat apa saja konsep drama sama ada komedi dan abstrak semuanya saya layan.

"Tapi sampai satu tahap, saya ada selera sendiri. Sekarang saya selesa bertumpu kepada benda yang saya betul minat dan faham," katanya.



Sumber:-  Harian Metro
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 10-12-2024 10:21 AM
40 mid crisis ka
Quote Perawankota 10-12-2024 10:27 AM
Kdg2 baca igs dia mcm erm….
Quote selipar_hijau 10-12-2024 10:29 AM
dia dah pernah masok Gv belom?
Quote prince_marhaen 10-12-2024 10:52 AM
handsome, talented, tapi bosan...kuat merentan & poyo sangat selalu.. acah2 deep 24 jam... uols bukan M.Nasir ye...
Quote Lampuled 10-12-2024 11:05 AM
Tapi suara dia mmg sedap. Rugi tak menyanyi.  Lagu embun tu sedap betul dgr.
Quote IzzahF 10-12-2024 11:06 AM
kalo retis ppuan tetiba aktif balik biasanya nk serai. kalo retis lelaki?
Quote supernaturalee 10-12-2024 11:52 AM
IzzahF replied at 10-12-2024 11:06 AM
kalo retis ppuan tetiba aktif balik biasanya nk serai. kalo retis lelaki?

kunyit????????






Quote immortallez 10-12-2024 12:08 PM
Tak dinafikan suara dia masih best walaupun dah 40an. Berlakon pun okay. Masa dalam filem Embun memang handsome sangat
Quote shahirakay 10-12-2024 12:16 PM
dulu dalam 15years agi ai olls pernah ber yahoo messenger dengan aqasha ni. dia kan ada blog, ai rajin la baca tulisan dia. pastu ada widget ym tu kan. i tanya antara nyanyi dengan acting mana dia lagi cinta. dia kata music comes first, tapi in terms of rezeki, lebih kepada acting. so dia layan je la.. gituuuu me olls trobek
Quote Bubbleguppy 10-12-2024 12:34 PM
Selain BAKAT, dah boleh mula kumpulkan TEAM yg KUAT utk merealisasikan impian tu. Mana tau, bukan sahaja MASYHUR di tanah air, tapi boleh tembus pasaran Indonesia
Quote LaskarHijayu 10-12-2024 12:51 PM
selipar_hijau replied at 10-12-2024 10:29 AM
dia dah pernah masok Gv belom?

Dah. Kuat berpeluh masa kat gv tu.

Tapi dia cover lagu gingerbread ku cari damai dihati tu sedap betol laaa
Quote hokeypokey 10-12-2024 01:55 PM
suara kau memang sedap, sila menyanyi lagi.. aku nk dengar lagu2 macam pompa bensin dulu..
Quote zuriey 10-12-2024 02:46 PM
lalu lalang dkt tiktkok i dia cover lagu satu masa
cair btl dgr suara heolsss
Quote mrsLucky 10-12-2024 02:52 PM
eventho i bukan peminat but i notice...he makin berumur makin handsome..berlakon okay..suara sedap..
Quote pocongkiutss 10-12-2024 02:57 PM
mrsLucky replied at 10-12-2024 02:52 PM
eventho i bukan peminat but i notice...he makin berumur makin handsome..berlakon okay..suara sedap..

Betul .dia ni makin berumur makin ada rupa..masa muda dulu kureng sket

Sore pun sedap ha

Garita sedang memerhati kacuk jepun
Quote cattiecute 10-12-2024 03:20 PM
teringat lagu heols yang ada ayat "gigit gigit cuping telinga muuuu"
terbayang2 aqasha gigit telinga iols
Quote sukanyanyi 10-12-2024 03:28 PM
Iols penah amik gambo dgn heols masa team embun dtg promo pilem kat uni iols. Tersangat crush kat heols masa tuh sbb suka bangat lagu embun tu. Iols malah dumped bopren chenta munyit iols sbb tak rasa kat heols mcmana iols rasa kat bamqasha. Lols. Kenangan
Quote Zezo 10-12-2024 03:28 PM
Aqasha ni satu je. Dlm tv x ensem. Tp bila tgk live...ya, ensem sungguh. Starstruck gak la aku tgk. Jenis x photogenic kot. Dlm tv biasa² and selekeh je. Real. Ok, dia mmg ada aura. Tu yg Rita pun gila sekejap kt dia. Even wife dia pun, sanggup pertahankan.
Quote sukanyanyi 10-12-2024 03:32 PM
cattiecute replied at 10-12-2024 03:20 PM
teringat lagu heols yang ada ayat "gigit gigit cuping telinga muuuu"
terbayang2 aqasha gigit telinga ...

Hahahah.. sampai skang iols tak paham kenapa boleh terciptanya lagu dgn lirik gigit cuping telinga.. dia dah mcm level lirik bola2 api..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.043274 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top