Penyanyi, Adira Suhaimi tidak sedar apabila dia terpaksa dibawa ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor dengan menaiki ambulans baru-baru ini. Adira berkata, kejadian itu berpunca kerana dia tiba-tiba pengsan akibat mengalami demam selain tidak mendapat rehat yang mencukupi. "Ketika kejadian saya tak ingat apa-apa. Apabila buka mata saya sudah ada dalam ambulans. Perasaan takut memang ada, lagipun ini kali pertama saya naik ambulans. "Sebenarnya, selain ke hospital untuk melahirkan empat anak, saya tidak pernah duduk di wad. Tetapi insiden pengsan akibat letih dan demam ringan pada hari itu menyebabkan tubuh saya tidak mampu bertahan sampai tumbang,"katanya. Menurut Adira, dia kini lebih berhati-hati supaya tidak melakukan kerja yang melebihi had selain perlu mendapatkan rehat secukupnya. "Doktor ada cakap selain demam dan kurang sel darah merah, faktor keletihan melampau turut menjadi punca saya pengsan.
"Selama ini saya sangka saya 'supermom' yang boleh buat segala-galanya serentak kerana kalau cuti sehari pun saya tetap nak uruskan anak-anak. "Kudrat saya ada, cuma badan tak mampu lagi hadap keletihan. Jadi selepas ini saya pastikan hari cuti say berehat. Kalau saya tak sihat, saya tak boleh jaga anak-anak," katanya. Sumber:- Harian Metro |
"Selama ini saya sangka saya 'supermom' yang boleh buat segala-galanya serentak kerana kalau cuti sehari pun saya tetap nak uruskan anak-anak.
talapia replied at 10-12-2024 01:59 PM
terkesan dengan ayat ni.
Satu masa dulu aku mcm ni la.. segala benda aku usahakan seboleh mungkin. ...
Zeelalala: Aku tak boleh lah tengok doran ...
talapia replied at 10-12-2024 01:59 PM
terkesan dengan ayat ni.
Satu masa dulu aku mcm ni la.. segala benda aku usahakan seboleh mungkin. ...
ADVERTISEMENT