CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah dituduh jaja kisah sedih

10-12-2024 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9624| Komen: 72

 

Tidak semua orang menyenangi populariti sekelip mata diraih ibu tunggal dua cahaya mata ini.

Kemelut rumah tangga yang dilaluinya menyebabkan nama Bella Astillah melonjak secara tiba-tiba.

Daripada seorang isteri dan ibu rumah tangga, perlahan-lahan namanya mula dikenali sebagai penyanyi dan pelakon.

Tidak cukup itu, Bella turut menjadi buruan produk sebagai jurucakap dan duta.

Bagaimananpun, ada yang mula mempertikaikan kemasyhuran diraih wanita berasal dari Sabah itu, Bella dituduh menjaja kisah sedih semata-mata untuk mendapat tempat di hati peminat dan industri.

Namun pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mempersoalkan bilakah masanya dirinya menjual cerita sedih?

"Saya tidak tahu bila masa saya menjual cerita sedih, rasanya tidak ada. Cuma, kadang-kala bila terlalu sibuk dengan kerja, saya luahkan rasa rindu lepada anak-anak, bukan cerita sedih.


"Setakat ini, Alhamdulillah saya gembira bersama keluarga dan kehidupan semakin baik. Saya juga sibuk cari rezeki untuk anak-anak, fokus saya buat masa ini adalah pada kerja.

"Cuma, ada ketikanya konten bersama anak-anak yang saya kongsikan dalam media sosial adalah rakaman daripada orang lain yang saya kongsikan semula.

"Saya tidak menyalahkan sesiapa yang nak komen negatif kerana terpulanglah kepada tanggapan masing-masing," katanya yang ditemui di Majlis Media Gathering Nabila Razali & Bella Astillah di ibu negara, semalam.

Menurut Bella lagi, dia juga tidak berkecil hati apabila ada yang mempersoalkan kebolehannya sebagai penyanyi.

Bella berkata, dia mengingati pesanan guru vokal, Cikgu Syafi agar tidak melatah dengan komen negatif dilemparkan.


"Cikgu Syafi selalu pesan, dengan komen-komen itu pun sebenarnya boleh membina semangat. Orang luar ada pendapat masing-masing.

"Mungkin mereka mahu saya jadi yang terbaik dan tidak mahu melihat saya dikecam. Saya faham dan terima sahaja apa yang orang ingin perkatakan mengenai saya.

"Saya terima komen negatif itu untuk kuatkan lagi semangat saya dan komen positif pula menjadikan semangat saya lebih besar," katanya lagi.

Sementara itu, mengulas hubungannya dengan Stacy Anam susulan penarikkan diri penyanyi itu daripada konsert A Night With Sumandak Stars, kata Bella hubungan mereka baik cuma masih belum berkesempatan untuk berjumpa.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersua dengan Stacy.

"Sebenarnya kami tidak ada masalah. Isu ini jadi besar mungkin disebabkan ada kenyataan yang dibuat, tetapi sebenarnya tak ada apapun.

"Saya berterima kasih kepada peminat yang mendoakan. Mereka banyak berikan komen positif kerana tahu kami memang tiada masalah. Tapi, isu ini jadi besar, bagaimanapun saya tidak terkesan dan okay sahaja," katanya.



SUMBER: Berita Harian
 
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 10-12-2024 08:00 PM
yela teringat video ko bercucur air mata meleleh hingus waktu sesi dedah curang 11 kali tu..
Quote princessmiang 10-12-2024 08:11 PM
Elok berpasangan dengan kayu..dua2 penonggang cerai
Quote Barebow77 10-12-2024 08:15 PM
Kalau abg bedul ibarat galah..mahukan dik bella menjadi buahnya..
Quote missyL 10-12-2024 09:04 PM
Betol pn
Quote Aneem 10-12-2024 09:09 PM
Alasan kau semedang la tak tau
Mmg bodo dari kecik ke?
Ke otak dh kemik mcm muka kau?
Quote Hoola 10-12-2024 09:12 PM
orglain pun ada laki curang dan mnjanda
but your nvr ending stories are so ystrday
#kamidahbosan

-netijem
Quote doubleA 10-12-2024 09:32 PM
Kalau cerita dia ni keluar tv, iols tukar channel. Koser nak tengok lakonan hauk control dia
Quote Nizleen86 10-12-2024 10:04 PM
Makcik riben.
Quote pocongkiutss 10-12-2024 10:05 PM
Mmg betul khen
Quote Glass_shoes 10-12-2024 11:16 PM
hokeypokey replied at 10-12-2024 08:00 PM
yela teringat video ko bercucur air mata meleleh hingus waktu sesi dedah curang 11 kali tu..

images.jpeg
Quote hokeypokey 10-12-2024 11:28 PM
Glass_shoes replied at 10-12-2024 11:16 PM

foundation pun cair dek bercampur air mata ngan hingus.. shading hidung sampai senget benget..
punya la sedih cerita dia, tu yg muaz pun boleh meleleh..
Quote L.U.S.M 11-12-2024 01:57 AM
Tak tahu bila jaja?alahai
Yang ko buat show siap ckp klu suami hilang cari dirumah kawan tu bukan menjaja cerita sedih ke..habis tu cerita apa?

Takkan cerita gembira
Quote L.U.S.M 11-12-2024 01:58 AM
hokeypokey replied at 10-12-2024 11:28 PM
foundation pun cair dek bercampur air mata ngan hingus.. shading hidung sampai senget benget..
pu ...

Quote aavakateimani 11-12-2024 07:02 AM
xsedih pun drama byk episodes
Quote aavakateimani 11-12-2024 07:03 AM
kisah bella and friends lagi sedih
Quote Glass_shoes 11-12-2024 08:46 AM
hokeypokey replied at 10-12-2024 11:28 PM
foundation pun cair dek bercampur air mata ngan hingus.. shading hidung sampai senget benget..
pu ...

Nangis Alep curang X
Nangis diri sendiri kantoi curang ✓
Quote hokeypokey 11-12-2024 01:42 PM
Glass_shoes replied at 11-12-2024 08:46 AM
Nangis Alep curang X
Nangis diri sendiri kantoi curang ✓

2-2 pun bukan, nanges sbb kena kecam.. hahaha
Quote burberry99 11-12-2024 01:47 PM
sendunya kau
Quote brainbiru 11-12-2024 01:47 PM
Hari tu masa nenek singapore ayden video call ayden n cakap kesian ayden, ayden rindu daddy ye? Nabellah Awang ni triggered n sekat call dah lps tu. Sbb dia kata x nak anak2 dia keliru. Dia kata Anak2 dia, happy je. X sedih. X perlu dikasihankan. Tp nenek pulak nak berkasihankan anaknya.  So dia x nak anak2 keliru. So nak tanya.. yg dia dok biar anak2 dia dilayan oleh lelaki2 arround her ni, anak2 x keliru ke??
[tiktok]7416871311001128199[/tiktok]
Screenshot_20241207_010518_TikTok.jpg 20241207_002916.jpg Screenshot_20241207_011310_TikTok.jpg

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.077640 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top