PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan kononnya beliau ‘pengkhianat negara’ susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas kerajaan menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2018. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sama sekali tidak berhasrat menggadai kedaulatan Malaysia dan menegaskan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama serta negara. “Jika saya khianati negara, maka seluruh Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) pada masa (2018) itu juga khianat,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Katanya, beliau berpandangan keputusan ICJ mengenai Batu Puteh selaras dengan komitmen yang dibuat kepada negara lain dan Batuan Tengah yang dianugerahkan kepada Malaysia pula dianggap lebih berharga berbanding Batu Puteh, yang dianugerahkan kepada Singapura.
Dr Mahathir berkata, beliau hairan kenapa digelar pengkhianat sedangkan beliau melakukannya tanpa sebarang keuntungan peribadi. Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan melepaskan Batu Puteh kepada Singapura dianggap sebagai pengkhianatan besar kepada negara. Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, ketika semakan dan tafsiran kes ini dibuat pada 2018, Dr Wan Azizah duduk disebelahnya dan didakwa tidak membantah. SUMBER: KOSMO! ONLINE |
lostnfaun replied at 11-12-2024 07:54 AM
Rupanya masa kalah dulu sebab ada surat dari SUK johor pasal Batu Puteh.
Dlm pc Tun,.lawyer dia ad ...
lostnfaun: Rupanya masa kalah dulu sebab ...
kucingitam replied at 11-12-2024 09:08 AM
mula dah nak menyalahkan org lain..yg buat keputusan, dia..kalau org lain bantah, ingat dia nak dgr ...
kemaruk replied at 11-12-2024 08:59 AM
Dapat info dari meme atau tiktok ke
Orix replied at 11-12-2024 09:47 AM
Sebelum buat keputusan dh bincang dgan kabinet yg ad pd ms tu. Atok kalo buat keputusan sendiri xd ...
lostnfaun replied at 11-12-2024 07:54 AM
Rupanya masa kalah dulu sebab ada surat dari SUK johor pasal Batu Puteh.
Dlm pc Tun,.lawyer dia ad ...
johan-adx replied at 11-12-2024 02:10 PM
time paklah tu dh takde org lain..so paklah plg kekananan waktu tu
no choice
ADVERTISEMENT