Hangat diperkatakan mengenai isu keganasan rumah tangga, pelakon Hisyam Hamid beranggapan kaum lelaki yang memukul perempuan adalah insan lemah. Memetik Kosmo, Hisyam berkata kaum lelaki yang juga ketua keluarga sepatutnya melindungi wanita dan jika mahu memukul cari individu yang sesuai. “Sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga, tanggungjawab kalian adalah untuk melindungi keluarga terutama sekali wanita, bukan untuk mengambil kesempatan. “Pada saya lelaki yang lemah sahaja akan pukul perempuan sebab kalau nak bandingkan kekuatan, sah-sah perempuan kalah. Kenapa nak pukul mereka? Kita sebagai lelaki pastikan keperluan mereka cukup. Kalau nak pukul, cari seseorang yang sesuai,” katanya. Sementara itu, Hisyam turut menasihati lelaki yang panas baran supaya mencari tempat untuk melepaskan tekanan, bukan dengan cara memukul pasangan.
“Pada golongan yang suka memukul atau mempunyai masalah panas baran, itu semua hanyalah psikologi. “Cari ruang untuk melepaskan ketegangan atau berjumpa dengan pakar. Lepaskan kemarahan terpendam, bukan dengan cara pukul apatah lagi terhadap insan lemah,” katanya. SUMBER: Kosmo, Rotikaya |
Kekunci_Hitam replied at 11-12-2024 11:52 PM
dia ni tak hensem mana pun tapi bila tengok dia meols cair....
ADVERTISEMENT