KUALA LUMPUR: Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam. Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan sambil menjelaskan ia tidak menggambarkan rasa hormat yang mendalam terhadap Malaysia, simbol kebangsaan atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di pentas antarabangsa. "Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan pada jersinya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF hari ini. "Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal dengan sebarang tindakan tidak disengajakan yang disebabkan oleh kesilapan ini," menurut kenyataan itu.
Menurut Victor, pihaknya sedang meneliti secara menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi. Logo Jalur Gemilang yang ditampal secara terbalik di kiri baju dalam perlawanan menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen jelas kelihatan di televisyen dan mencetuskan kekecohan di media sosial. Pada perlawanan pertama kumpulan A itu, Zii Jia berjaya menewaskan Tien Chen 21-13, 21-15. SUMBER: BERNAMA, AstroAwani |
ctaz replied at 12-12-2024 08:50 AM
HAHAHAHAHAHA.....
orkid_amani replied at 12-12-2024 09:40 AM
LZJ ni dah la baaanyaaak heaters pakai pulak baju bendera terbalik masa 2nd set break tuu..silap tea ...
shamsadis replied at 12-12-2024 09:20 AM
bengong, patut yang pakai baju tu, tengok, yang pakai pun terlibat sama agaknya, aku wasangka
ADVERTISEMENT