KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan melepaskan jawatan beliau sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN). Memetik laporan portal Harakahdaily pada Rabu, pengumuman peletakan jawatan berkenaan oleh Menteri Besar Terengganu itu dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat. Dalam kenyataan tersebut, Naib Presiden Pas itu berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada pengurusan PN. “Assalamualaikum kepada semua sahabat, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya, Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada hari ini, Rabu, 11 Disember 2024. Sekian. Harap maklum,” katanya dalam mesej ringkas kepada portal terbabit. Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pucuk pimpinan PN berhubung keputusan Ahmad Samsuri itu.
Ahmad Samsuri merupakan pemimpin berprofil tinggi dalam kepimpinan Pas yang juga antara parti komponen dalam PN. Justeru, tindakan yang diambil beliau disifatkan sebagai sesuatu yang mengejutkan. SUMBER: BERNAMA, AstroAwani |
Nurdianah replied at 12-12-2024 11:34 AM
Sebab Semburet naik Setiausaha Agung kew
nyahh
Nurdianah replied at 12-12-2024 11:34 AM
pokokmeranti replied at 12-12-2024 11:50 AM
sbb geng tebuk atap gagal yakinkan Zahid utk PM dan kamu TPM ke? merajuk ke?
Apoo replied at 12-12-2024 06:08 PM
Dia antara yg pi jumpa Zahid, pujuk Zahid bawa BN join PN. Siap offer Zahid jadi PM, dia TPM. Seka ...
Samerosie replied at 12-12-2024 06:58 PM
Duit dah tak de apa nak di treasury kan pun. Negeri sendiri pun harap ihsan federal gaji paling ti ...
terma2nkondisi2 replied at 13-12-2024 12:14 AM
ok la kan.. tred ni boleh dianggap sbg kawasan selamat utk walanon2 berkumpul melepaskan segala kema ...
ADVERTISEMENT