CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA

12-12-2024 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24460| Komen: 16


 

KEJOHANAN bola sepak antarabangsa, Piala Dunia 2034 akan diadakan di Arab Saudi, sementara Sepanyol, Portugal dan Maghribi akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan 2030, seperti yang disahkan oleh badan induk dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tiga perlawanan dalam kejohanan 2030 juga akan diadakan di Argentina, Paraguay, dan Uruguay bagi memperingati ulang tahun ke-100 kejohanan itu.

Tuan rumah bagi kedua-dua Piala Dunia ini disahkan dalam Mesyuarat Luar Biasa Kongres FIFA pada Rabu, susulan undian yang diadakan.

Kesemua 211 negara anggota FIFA diwakili dalam mesyuarat itu melalui pautan video.

 

Tuan rumah bagi kedua-dua kejohanan dan sambutan ulang tahun ke-100 pada 2030 disahkan melalui dua undian berasingan.

Undian pertama memilih Uruguay, Paraguay dan Argentina sebagai tuan rumah sambutan ulang tahun ke-100.

Undian kedua mengesahkan tiga tuan rumah bagi 2030, serta penganugerahan kejohanan 2034 kepada Arab Saudi.

Negara-negara anggota memberikan undian mereka melalui 'acclamation' – tepuk tangan di hadapan kamera masing-masing melalui pautan video.

Dalam ketiga-tiga keputusan itu, hanya satu pilihan undian tersedia, dan sebelum proses undian secara 'acclamation' itu,Setiausaha Agung FIFA, Mattias Grafstrom, berkata: "Kesemua 211 [persatuan anggota] secara efektif telah memberikan undian mereka sebelum kongres."

Norway memilih untuk berkecuali kerana "kebimbangan terhadap proses bidaan Piala Dunia FIFA semasa" dan bukan kerana Arab Saudi dinamakan sebagai tuan rumah.

Persatuan Bola Sepak Switzerland juga meminta pemerhatian mereka dimasukkan dalam minit kongres.

Pada Selasa, FA Switzerland menyatakan, mereka akan meluluskan bidaan Arab Saudi untuk Piala Dunia 2034, tetapi menuntut hak asasi manusia dipantau oleh FIFA dan organisasi buruh antarabangsa.

Kesatuan Bola Sepak Denmark (DBU) pula memaklumkan, mereka menyokong keseluruhan pakej bagi kedua-dua bidaan Piala Dunia tetapi mahu FIFA memantau penambahbaikan hak asasi manusia.

Pengerusi DBU, Jesper Moller, berkata: "Kami ingin melihat lebih banyak bidaan untuk Piala Dunia 2030 dan 2034 dan kami mengkritik proses keseluruhan ini."

Arab Saudi telah dituduh melakukan 'sportswashing' dalam beberapa tahun kebelakangan ini - menggunakan perbelanjaan luar biasa dalam sukan untuk memperbaiki reputasi negara pengeluar minyak itu berkenaan rekod hak asasi manusia dan kesan terhadap alam sekitar.

Daripada 15 stadium yang dikenal pasti untuk menganjurkan perlawanan Piala Dunia 2034, hanya empat yang telah dibina setakat ini. - Agensi

SUMBER: BERNAMA, AstroAwani
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 12-12-2024 10:00 AM
x lama dah ni
Quote aavakateimani 12-12-2024 10:01 AM
ko happy la skrg
Quote hayrin86 12-12-2024 10:21 AM
Kat Arab Saudi sana kalau bulan Jun hingga Ogos mesti panas punya..
Quote white_musk 12-12-2024 10:58 AM
player kena tutup orat tak?
Quote Weller 12-12-2024 11:04 AM
f1 dah ke sana


bikini show dah buat



world cup pulak lepas ni


huhuhu
Quote ninja boy 12-12-2024 11:26 AM
Mesti buat waktu bulan 11-2 cuaca ok
Quote KamikuP 12-12-2024 11:49 AM
mEolls risau nanti bendera sana kene pijak2 tak hormat sbb ada kalimah Allah
Quote nisako 12-12-2024 12:10 PM
tgk nanti tah ape lagi gi yg dia org buat
Quote Skuau 12-12-2024 02:56 PM
hayrin86 replied at 12-12-2024 10:21 AM
Kat Arab Saudi sana kalau bulan Jun hingga Ogos mesti panas punya..

sesuai letew..bg omputeh kepanasan...
Quote ezacbee 12-12-2024 03:01 PM
Kena bergelek ni..
Quote Barebow77 12-12-2024 03:23 PM
Skuau replied at 12-12-2024 02:56 PM
sesuai letew..bg omputeh kepanasan...

Mesti yang gegerl pakai ala2 bikini jah..konsep kasi tanned kulit sekali..ahgitewww..

Quote Decaffeinated 12-12-2024 11:00 PM
hayrin86 replied at 12-12-2024 10:21 AM
Kat Arab Saudi sana kalau bulan Jun hingga Ogos mesti panas punya..

Dorang buat lah late autumn or winter macam Qatar. Untung dorang ada weather window ni. Malaysia yang ada musim hujan ja.

Quote Decaffeinated 12-12-2024 11:04 PM
Tanah haram Mekah & Madinah. Luar dari dua tempat tu Arab Saudi ni macam arab2 lain gak. Mana boleh hidup takde hiburan.
Quote sharlenetexas 12-12-2024 11:23 PM
No arak no lgbt jugak ke?

Quote sekngucing 13-12-2024 12:32 AM
Arab saudi akan main hujung tahun mcm qatar juga ni
Quote alesandra 13-12-2024 07:50 AM
Weller replied at 12-12-2024 11:04 AM
f1 dah ke sana



Metallica  pun dah perform sana. sungguh sopan hetfield pakai long sleeves

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.031827 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top