CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya diminta buat ujian air kencing, keputusannya negatif’ - Zahnita Wilson

12-12-2024 10:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39987| Komen: 53

 


Bekas model dan usahawan Zahnita Wilson mendedahkan diminta melakukan ujian saringan air kencing oleh pihak berkuasa bagi membuat permohonan mendapatkan khidmat polis pengiring untuk menjemput dua anaknya di rumah suami semalam.

Menurut Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkata, dia bersetuju untuk melakukan prosedur tersebut walaupun tidak mengetahui motif sebenar dan hasil saringan adalah negatif daripada sebarang penggunaan bahan terlarang.

“Saya ada perintah mahkamah dan boleh dapatkan pengiring (polis) namun proses dan permintaan tersebut tidak berjalan lancar.

“Saya diminta melakukan ujian air kencing. Jika mereka nak, tidak mengapa dan saya buat. Tiada apa yang hendak saya sorokkan dan keputusannya negatif,” katanya dalam satu temu bual.

Terdahulu, Zahnita, membuat pendedahan dalam media sosial berhubung keganasan rumah tangga yang sedang dihadapinya.


Menerusi perkongsian foto dalam media sosial, pelakon itu memaparkan bukti bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam selepas mendakwa berlaku pergaduhan bersama Abdul Zackery selepas isu orang ketiga dibangkitan.

Zahnita seterusnya memfailkan permohonan cerai terhadap Abdul Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember lalu.

Dia juga mendapat hak penjagaan sementara interim dari Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan pada 6 Disember lalu.

Manakala pada 9 Disember lalu, dia juga berjaya mendapat perintah perlindungan interim (IPO) dari Mahkamah Majistret Kuantan bagi melindungi diri dan anak-anak daripada Abdul Zackery.

Difahamkan, dia juga kini dalam proses untuk mendapatkan hak penjagaan penuh empat anaknya.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 12-12-2024 10:12 PM
skeri
Alhamdulillah tak ada apa apa
Quote primarikey 12-12-2024 10:14 PM
Rasanya dia ni kurus sbb menderita dan byk mkn ati spnjg tempoh 20 tahun tu
Quote jasmeen 12-12-2024 10:28 PM
Dia ni kalau letak filler pastu gain weight sikit kejap je dia boleh capai rupa dia yg dulu
Quote I.K.A888990 12-12-2024 10:34 PM
mmg ada prosedur polis minta ujian air kencing ke kalau nak request polis pengiring?
Quote 8Queen8 12-12-2024 10:37 PM
Semoga dipermudahkan urusan Zahnita
Quote bottompro 12-12-2024 10:37 PM
iols masih skeptical dgn sheols. hehe
Quote CurangLagi 12-12-2024 10:38 PM
Siannya.. muka dia mcm ni.. cengkung teruk. Polis pun.. hmmmm
Quote immortallez 12-12-2024 10:41 PM
Suami dia ada ambik drugs ke? Teringat Bobby Brown & Whitney. Harap Zahnita bersih dari salah guna dadah
Quote DeLuna85 12-12-2024 10:43 PM
Tak apa. Follow je sebab tak salah tak perlu takut. Selagi tak mendatangkan masalah. Kot la suami dia report bini dia ni ada ambil dadah.
Quote DeLuna85 12-12-2024 10:44 PM
jasmeen replied at 12-12-2024 10:28 PM
Dia ni kalau letak filler pastu gain weight sikit kejap je dia boleh capai rupa dia yg dulu

Nak buang eyebag pun rm4k je Uolls. Ada duit cepat je dia nak cantik.
Quote syamzana 12-12-2024 10:56 PM
immortallez replied at 12-12-2024 10:41 PM
Suami dia ada ambik drugs ke? Teringat Bobby Brown & Whitney. Harap Zahnita bersih dari salah guna d ...

husband dia mmg sangkut dadah pun tp elok segar bugar tuannya manakala bini yg -ve ni mmg sekali pandang mcm org makan dadah. makan hati lama sgt sampai gitu rupanya
Quote hyie 12-12-2024 11:13 PM
takpelah diknon, itu kerja polis dan polis tahu 4W1H kena buat prosedur tu
Quote Momohizan 13-12-2024 12:49 AM
I.K.A888990 replied at 12-12-2024 10:34 PM
mmg ada prosedur polis minta ujian air kencing ke kalau nak request polis pengiring?

Tak. I'm very sure takde.

I rasa Abdul Scary ada bagi statement kat polis Zahnita salah guna dadah. Ni maybe IO baru teringat nak buat urine test bila nampak muka Zahnita kat balai.
Quote cmf_jeangrey 13-12-2024 02:41 AM
DeLuna85 replied at 12-12-2024 10:44 PM
Nak buang eyebag pun rm4k je Uolls. Ada duit cepat je dia nak cantik.

Kat mana tu uols? Byk good feedback tak?


Quote Zeelalala 13-12-2024 02:49 AM
I agak laki dia ada report bini dia ambik bende tu juga.

Anyway....ni soalan serius...sbb i x pernah ambik dadah....jadi tak tau....kalau org tu dah x ambik drug dlm masa tertentu, mesti air kencing negatif kan?

Soalan je..jangan marah
Quote LadyCarefree 13-12-2024 03:15 AM
bottompro replied at 12-12-2024 09:37 PM
iols masih skeptical dgn sheols. hehe

Dari first time nampak dia kat IG dan xkenal dia siapa, iols nampak negative vibes selubungi dia. Ha gitu. LOLLL
Quote Sheila1987 13-12-2024 03:33 AM
Zeelalala replied at 13-12-2024 02:49 AM
I agak laki dia ada report bini dia ambik bende tu juga.

Anyway....ni soalan serius...sbb i x pern ...

Tak tau jugak.

Cuma yang tau, kalau dah ambik, bukan senang nak tinggal. So betollah tu dia tak ambik.

Maybe polis pon syak dia ambik, sbb tgk kurus semacam.
Quote borrow 13-12-2024 07:58 AM
Edited by borrow at 13-12-2024 08:01 AM
Zeelalala replied at 13-12-2024 02:49 AM
I agak laki dia ada report bini dia ambik bende tu juga.

Anyway....ni soalan serius...sbb i x pern ...

nah jawapan gugel sbb ni bukan bidang ai


Urine tests

Urine testing is the most commonTrusted Source drug testing method.


While detection windows may vary, a 2017 review suggests that cannabis may be detectable in urine for the following amounts of time after last use:


  • single use (one joint, for example): 3 days
  • moderate use (4 times per week): 5–7 days
  • chronic use (daily): 10–15 days
  • chronic heavy use (multiple times per day): more than 30 days


https://www.healthline.com/health/how-long-does-weed-stay-in-your-system#test-type


Quote borrow 13-12-2024 08:01 AM
ambil positif je la. Dptlah clearkan doubt. Sbb fizikal tu agak sus.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.069744 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top