CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tesla Bakal Keluarkan Telefon Pintar Pertama? Ini Jawab Elon Musk – “Kami Terpaksa..”

13-12-2024 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16524| Komen: 9



Sejak beberapa hari yang lalu, tular berita di platform media sosial mengatakan jenama Tesla bakal melancarkan telefon pintar pertama.

Difahamkan, telefon bimbit tersebut dikatakan akan digelar sebagai ‘Tesla Model Pi 5G’ atau ringkasannya ‘Tesla Model Pi’ biarpun syarikat terbabit tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lagi.

Lebih membuat orang ramai berasa kagum, telefon bimbit yang didakwa bakal dilancarkan oleh Tesla itu boleh dicas semula oleh cahaya matahari, boleh disambung terus ke satelit Starlink, langganan percuma pengguna platform X dan perlindungan data peribadi yang optimum.

 


Malah telefon pintar itu dikatakan akan dijual pada harga yang cukup murah iaitu sebanyak $299 (RM1016).

Bagaimanapun, harga, ciri-ciri, dan nama telefon pintar itu hanyalah spekulasi yang tidak benar dan hal itu dinafikan sendiri oleh Elon Musk.

 
"Ia bukan sesuatu yang kami mahu lakukan, melainkan kami terpaksa melakukannya."

SUMBER : Glass Almanac, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-12-2024 09:54 AM
wOW bestnyer.. harap bila masuk MARKET m'SIA IDAK LER REGA YAHUDI EVENTHO DIA NI PENYOKONG ZIONIS
Quote belilies 13-12-2024 11:02 AM
Gigih iols baca. Masuk perenggan 2 terakhir tu rupanya berita palsu!
Quote Dwdrum 13-12-2024 11:11 AM
Tesla ev automaker... Mahu buat hoax at least guna name starlink...paling teruk boleh goreng satelite phone... Or device connect dari phone to starlink connection..

Aku pula kena ajar cara mahu goreng
Quote sayurmayur88 13-12-2024 11:12 AM
hahaha, kalau lah betol....
best, beli phone murah dapat all in one.. jemur je kat laur umah/opis utk cas..
sambung ke satelit tesla utk tenet...
Quote edayildiz 13-12-2024 11:52 AM
belilies replied at 13-12-2024 11:02 AM
Gigih iols baca. Masuk perenggan 2 terakhir tu rupanya berita palsu!

la thnks. xsempat baca lg..br baca tajuk
Quote batmana 13-12-2024 02:44 PM
Ade je kt tenet ..Tesla phone .tapi bukan Tesla buat .ntah mana made in China guna chip mtk buat..
Quote grouper 13-12-2024 02:50 PM
Bungkus Telco msia camni..x yah subscribe ngan telco tepon dtg ngan build in internet connect direct satellite. Masuk utan ke p tengah2 laut ada je satellite connection
Quote alesandra 13-12-2024 04:16 PM
Nak kata palsu sgt pun x jugak. elon sendiri penah tanya kt X.tapi lps tu senyap je.
Quote Decaffeinated 13-12-2024 07:43 PM
Fake news pun boleh buka benang, janji ada question mark.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.267023 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top