CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pengakhiran semua dan permulaaan segala-galanya" – Fazura tamat idah

13-12-2024 07:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12248| Komen: 34


 


Pelakon sensasi, Nur Fazura mengumumkan dia sudah tamat menjalani tempoh idah selepas sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

Menerusi hantaran terbaru dalam Instagram, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi fotonya berbusana serba putih.

“The end of it all and the beginning of everything (Pengakhiran semua dan permulaaan segala-galanya),” tulisnya pada bahagian kapsyen beserta tanda pagar #enddofiddah.


Menerusi tinjaun Kosmo! Online, pelakon filem Dendam Pontianak itu juga dilihat sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram bekas suaminya.

Malah akaun Instagram Fattzuralovelife yang sebelum ini sering berkongsi rutin kehidupan mereka sekeluarga juga sudah dipadam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat buatnya agar teruskan kehidupan dengan tenang.

“Alhamdulillah fokus pada karier dan anak sahaja selepas ini. Semoga yang indah dan baik sahaja di hari mendatang,” komen netizen.

Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

SUMBER : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 13-12-2024 07:46 PM
Okay MissJuraJan
Quote Isninselasarabu 13-12-2024 07:48 PM
Taste baju tu mcm org tue lah faz.. dulu fashion icon kot.  Ngapain ngapain?
Quote Hypothetically 13-12-2024 07:49 PM
Ok road to positive vibe no more merempan, janji.
Quote Zeelalala 13-12-2024 07:51 PM
first time dlm hidup aku baca org letak #endofiddah
Quote kiwibenz 13-12-2024 07:58 PM
Terpaling meratib tenang
Quote Fazzbulous 13-12-2024 08:04 PM
kiwibenz replied at 13-12-2024 07:58 PM
Terpaling meratib tenang

dah tu?tenang takleh?meroyan takleh?takkan nk kne mati bru ok?
Quote cm_vungtau 13-12-2024 08:07 PM
Kenapa ada dua d belakang end?
Quote MyLadyMarmalade 13-12-2024 08:11 PM
Setting a new trend ke ni kena buat posting habis iddah? Alhamdulillah semoga tenang² aje as you have gotten what you asked for, purely yours.

Mungkin fans pun dah boleh berhenti bercekau tak sudah. Pastu masing² quote "ko tinggal serumah dgn si polan ke yang tau luar dalam ni?". Siri bercakap dgn cermin masing².

Mungkin fans yang kena move on dan teruskan hidup sebagai penunggu gaji tiap hujung bulan while the artists are having their lives.

Ok kaka faz, noted with thanks
Quote Minami2013 13-12-2024 08:16 PM
Nak kata dia announce sbb kalo keluar mana2 org tau dah habis iddah tapi dah ke indon kot dia pergi
Quote virgocircus 13-12-2024 08:37 PM
Nampak gayanya tidak mungkin berpaling utk kedua-duanya. Dah meluat, menyampah sgt agaknya. Dah jodoh setakat tu, semoga bahagialah masing2.
Quote pichee 13-12-2024 08:38 PM
nper ada # mcm tu... huhu
Quote Qatrunnadaain 13-12-2024 08:39 PM
Mana ig dia? Iols tak jumpa bila search.
Quote virgocircus 13-12-2024 08:55 PM
Qatrunnadaain replied at 13-12-2024 08:39 PM
Mana ig dia? Iols tak jumpa bila search.

Kena blocked la kot...ada je meols baru lepas tgk ni.. huhu
Quote jas7512 13-12-2024 08:57 PM
Xde ke ckit rasa malu cik puan....org puan lg better klu x war2kan apa2..org gila je yg rai kan end of iddah...nasiblah kau ada benak sbg penyokong..klu org kutuk pun mesti benak sokong kau
Quote NuansaBiru 13-12-2024 09:23 PM
Hidup berpaksi validasi dr masyarakat umum mmg begitu lah ya
Semua nak disohorkan
Aku bahagia
Aku tenang
Aku kuat
Aku dah move on
Yada yada yada

I don't know lah
I don't live in such world
Quote clara_nur 13-12-2024 10:12 PM
Zeelalala replied at 13-12-2024 07:51 PM
first time dlm hidup aku baca org letak #endofiddah

Actually, diala org pertama cipta sejarah dlm industri hiburan..

First time, artis yang :
- bawak byk bodigad ke court
- menceceh tepi longkang bg reason sbb cerai
- mengadu tak dpt duit raya
- mengaku sengsara selama berumahtangga
- plg byk drama sblm dan sesudah cerai
- terpalingg mulia maapkan mertua dpn reporter
- first celebrate iddah Dan umum kt public

Haaaa...kalo ada lg, sila tambah.
Quote green~tea 13-12-2024 10:20 PM
Qatrunnadaain replied at 13-12-2024 08:39 PM
Mana ig dia? Iols tak jumpa bila search.

Apa uolz buat sampai kene blok
Quote Qatrunnadaain 13-12-2024 10:40 PM
green~tea replied at 13-12-2024 10:20 PM
Apa uolz buat sampai kene blok

False alarm, sorry semua!! Iols type nama dia tak keluar profile. Kena type miss kat depan rupanya.. dulu mcm boleh je.

So tak kena block, hahaha .. panic pula xsangka faz nak block iols yang xpernah comment or follow dia pun haha
Quote ajeajelah 13-12-2024 10:41 PM
Kenapa fazura buat posting kat ig pasal dia dah habis idah? Aneh. This particular posting ni isyarat jelas fazura memang nak validasi netizen. Terang lagi bersuluh.

Aku kesian kat fazura ni. Sejak akhir-akhir ni, tindakan dia berdasarkan posting aneh-aneh belaka. Aku cakap ni bukan nak kutuk dia tapi nak nyatakan pendapat aku based on her postings lately. Mungkin firasat aku yang salah.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.034007 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top