CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya sudah tidak layak untuk masuk pertandingan, Nak saya bersaing dengan siapa? Ajai, Syafinaz, Hetty" - Mas Idayu

13-12-2024 07:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11201| Komen: 22

 


Sering diasak masuk bertanding sebagai peserta dalam mana-mana pertandingan bakat, penyanyi dangdut Mas Idayu kekal dengan pendirian tidak akan menjatuhkan reputasi sendiri hanya demi kepuasan orang lain.

Sinonim sebagai juri tetap dalam pertandingan nyanyian Famili Duo, Mas Idayu bertegas, tetap relevan dan tempat paling layak buat dirinya hanyalah di kerusi juri berkongsi ilmu dan pengalaman 30 tahun dalam industri.

Berdasarkan pencapaian dalam karier, pemilik nama sebenar, Masidayu Mesnun, 52, juga mengakui tidak lagi layak bertanding dan jika soalan ditanyakan kepada penyanyi bergelar juri sepertinya, pasti jawapan juga serupa.

“Saya sudah tidak layak untuk masuk pertandingan. Saya masih relevan dalam industri. Takkan saya nak menjatuhkan diri (reputasi) semata-mana nak ikut cakap netizen? Kalau nak saya masuk pertandingan nak saya bersaing dengan siapa? Ajai? Syafinaz? Hetty Koes Endang? 


“Kalau minta Hetty Koes Endang masuk pertandingan sekali pun, takkan dia nak masuk? Tak sesuai,” katanya ketika ditemui di pelancaran single baharunya berjudul Harum Mekar Di Hati di Redbox The Curve. 

Nama Mas Idayu kembali panas sejak hujung minggu lalu selepas dia mengkritik pasangan duo Naqiu dan Joey yang tersingkir pada peringkat separuh akhir. 

Dalam komennya, Mas mendakwa Joey terlupa lirik dan tidak pernah menang apa-apa pertandingan sebelum ini. 

Bercakap mengenai kritikan terhadap pasangan duo tersebut, kata Mas, Joey sepatutnya memberitahu apa sebenarnya yang berlaku sewaktu sesi siaran langsung. 

“Kalau betul dia tak lupa lirik, dia patut beritahu ketika itu. Bukan diam dengan alasan untuk elak kontroversi. Bila jawab dengan wartawan boleh pula tak elak kontroversi. 

“Bukan sebab lirik mereka tersingkir pada malam itu. Tomok pun pernah lupa lirik sebelum ini. Jadi jangan besarkan isu lirik. Persembahan mereka bukan tidak baik, tetapi ada peserta yang lebih baik daripada mereka. Takkan saya nak buang peserta lain disebabkan nak selamatkan mereka,” ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang terkenal dengan lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan itu muncul dengan single baharu bergenre pop rock berjudul Harum Mekar Di Hati ciptaan Ajai dan lirik oleh Raizo Almirez. 

SUMBER : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 13-12-2024 08:15 PM
Dia ingat level dia level hetty kos endang ke?...peeelissss....suara pun x sedap..cemanala org angkat dia jadi juri...euwwww...x layak
Quote sailormars 13-12-2024 08:24 PM
kaka tngok video dia bagi kenyataan...geli betul ati kaka tngok dia dgn yakin menceritakan kehebatan beliau...bangun la mas, kami yg sezaman dgn kamu tahu sejauh mana tahap pencapaian kamu...hahaha...jangan malukan diri sndiri pls...
Quote noor2 13-12-2024 08:28 PM
CT yg hebat tu kalau dibenarkan dan disuruh untuk bertanding tentu dia nak....ni Mas idayu ni cari 1001 alasan sb x berani..kritik org mcm.dia menyanyi hebat ...hakikatnya..
Quote Hoola 13-12-2024 08:29 PM
Edited by Hoola at 13-12-2024 08:30 PM

bgmana pula pncpaian anda?
-netijem
Quote L.U.S.M 13-12-2024 08:30 PM
Nk puteh,hidung terpacak, hujung2 muka kejung mcm hantu pocong
Quote L.U.S.M 13-12-2024 08:30 PM
Nk puteh,hidung terpacak, hujung2 muka kejung mcm hantu pocong
Quote pichee 13-12-2024 08:31 PM
klu kita confident menyanyi... kita ok je nm nyanyi bila2.. tp klu so-so, mmg byk la alasan..
Quote fazila17 13-12-2024 08:33 PM
Menyanyi hauk, menjuri berganda hauk

Quote virgocircus 13-12-2024 08:33 PM
Lol poyolah ko!
Quote Lampuled 13-12-2024 08:36 PM
Bersaing dgn fazura.
Quote lovelytouch 13-12-2024 09:06 PM
Akaq idoklah mengidolakan sheols tapi mmg x dpt dinafikan sheols kalau buat show mana2 award pasti akan trending & mendpat pujian sbb showmanship sheols mantap jua.. time tu ramai pulak yg mengiyakan "mmg layak jadi juri"
Quote bottombikini 13-12-2024 09:09 PM
kalau tak kerana laki tu
tak merasa la jadi juriiiii

lagi nak feeling2 sebaris dgn pinas
eh belakang sikit
Quote linb 13-12-2024 09:11 PM
Siapa yang pilih gambar yang ni
Quote MyLadyMarmalade 13-12-2024 09:24 PM
Kalau masuk bertanding takut terkandas di pusingan pertama unless bertanding di tibi tigasuku iykyk
Quote burberry99 13-12-2024 09:32 PM

hang ni sebenarnya walatah ke walafaz

..kat mana2 thread mesti nama fazura disebut2 wpun offtopic .

marah bamtah camni uols bertukar arah jadi fan fazura

Quote I.K.A888990 13-12-2024 09:41 PM
agak2 kalau kena kritik time bertanding mesti dia pun sentap & bagi mcm2 alasan
Quote TerataiMelur02 13-12-2024 09:41 PM
Kalau jujur je kan senang.. award pun tah berapa kerat. Cakap je “suara saya tak sesuai untuk bertanding..mesti tersingkir awal”
Quote Lampuled 13-12-2024 10:04 PM
burberry99 replied at 13-12-2024 09:32 PM
hang ni sebenarnya walatah ke walafaz

..kat mana2 thread mesti nama fazura disebut2 wpun of ...

Kite sebut jer nama siapa pun ikut keadaan .
Quote Loyarcabuk 13-12-2024 10:08 PM
Adoiiii....perasan betul mas idayu ni....syafinaz  & Hetty tu not your level....bertiang tiang mereka much educated & ada their own class....you are just penyanyi dangdut yg pandai gelek je.Bagi Komen as juri pun no input...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.177615 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top