CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TMJ Diberi Penghormatan Tertinggi Guna Ruang Udara Korea Utara

20-9-2017 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3904| Komen: 15

Sejak awal Febuari lalu, hubungan negara kita dengan Korea Utara mula tegang susulan insiden pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2, KLIA2. 

Namun, difahamkan perkara tersebut tidak menjejaskan jalinan hubungan baik antara Korea Utara Dengan kerajaan negeri Johor.  

sumber : Facebook Johor Southern Tigers

Semalam Charge D'Affairs Korea Utara, Kim Yu Song dilaporkan mengadakan kunjungan ke Istana Bukit Serene, Johor untuk bertemu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Memetik laporan Sinar Harian, selain membincangkan hubungan dua hala dan juga mengenai isu semasa dunia, pertemuan kali ini turut membincangkan perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan 'AFC Asian Cup UAE' 2019 Peringkat Kumpulan B di mana kedua-dua pasukan akan menjamin keselamatan para pemain dan pegawai pasukan.


"Perbincangan tersebut membuahkan hasil yang sangat positif di mana pada masa yang sama, Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara," petik kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers

Dalam pada itu, hasil pertemuan itu juga menyaksikan Tunku Mahkota Johor turut diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara. 

"Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. ALLAH Peliharakan Sultan," petik kenyataan itu lagi.- CARI

2

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote finesse 20-9-2017 06:30 PM
Hebatnya... Trump pun x mampo..
Quote alya_daniela 20-9-2017 06:49 PM
nak pergi korea utara tu utk apa je
Quote cmf_BeachBoys 20-9-2017 06:54 PM
Keturunan temenggung nak mendunia gak ke?
Quote grouper 20-9-2017 07:19 PM
Boleh le tlg nego pasal bom nuklear n icbm sekali..kesian org jepun missile dok lalu atas pala je
Quote AbukRokok 20-9-2017 07:23 PM
korut takut ama piramid kita yang ada kuasa plasma TV
Quote Burong_Hantuk 20-9-2017 07:39 PM
wah tahniah
Quote mawarika 20-9-2017 09:03 PM
Salute tmj..! Kirim samyang ramen dari korea.
Quote Orix 20-9-2017 09:05 PM
Sooo??? {:nose
Quote ResellerMaxis 20-9-2017 09:47 PM
alya_daniela replied at 20-9-2017 06:49 PM
nak pergi korea utara tu utk apa je

team malaysia kena lawan korea utara dekat korea utara..kelayakan piala asia rasanya..
Quote akusukaq 20-9-2017 10:26 PM
Edited by akusukaq at 20-9-2017 10:33 PM

team malasia lawan team korut kat korut.baik terus bg dorang menang je .tk payah bertanding.yg penting tak kena tahan dgn alasan bukan bukan. tak  kan dh lupa kut. dorang kalu kalah mesti tak boleh terima.mane ada semangat sukan cuma ada semangat kenegaraan je
Quote cheergirlz 20-9-2017 10:55 PM
harap2 kerjasama yg baik..
Quote miauw 21-9-2017 08:29 AM
wah...klu betul berita ni, mmg btl2 satu kebanggaan buat johor. yela korea utara kn sume org tau tahap ketidakterbukaan dkt negara luar yg ketat. sekali amik ko..di beri kebebasan utk guna ruang udara dorang.  org yg guna ruang udara sesebuah negara boleh guna peluang tu utk cari koordinat ape2 or kata mudahnya mengintai.hihihi.kt sini maksudnya depa prcaya dgn kerajaan johor.  

p/s:  aku bukan johoreans
Quote -electrifying- 21-9-2017 11:11 AM
bnda positif kite sokong lah, diharap nnti tak tertembak plak yer
Quote nadihazza 21-9-2017 03:23 PM
harap tak de udang di sbalik mee bandung lah yek..hope semua selamat..
Quote tripleid 21-9-2017 04:19 PM
selayaknyala..negeri low class bekawan dgn negara low class yg kena banned satu dunia...kalo hebat sgt try pi terbang kat air space usa.mampoo??

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.045729 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top