CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mandi bersama kunci kebahagiaan rumah tangga Dini dan Janna - "Selepas mandi kami akan solat dan saya akan sikat rambut isteri"

10-6-2024 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9232| Komen: 121

Description: Ucapan Dini Schatzman untuk Janna Nick sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada majlis keraian di sini, malam tadi, mencuri perhatian ramai apabila aktor itu mendedahkan rahsia kebahagiaan ...

Ucapan Dini Schatzman untuk Janna Nick sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada majlis keraian di sini, malam tadi, mencuri perhatian ramai apabila aktor itu mendedahkan rahsia kebahagiaan rumah tangga.

Melalui rakaman video, Dini terbuka berkongsi mengenai rutin harian mereka termasuk membersihkan diri berdua sebelum solat jemaah.

"Menjalani kehidupan bersama, kami banyak merakam momen manis dan kami muat naik dalam media sosial. Tetapi ada banyak lagi momen orang tidak nampak kerana kami tidak kongsi.

"Antara rutin kegemaran yang kami tidak kongsi adalah setiap malam apabila kami pulang, tak kiralah, jika salah seorang daripada kami pulang awal, kami akan tunggu untuk mandi bersama.

"Selepas mandi kami akan solat dan saya akan sikat rambut isteri sebelum kami tidur. Itu adalah rutin terbaik yang kami lakukan. Kalau kami tidak sempat buat rutin itu, rasa hidup kami tidak lengkap," katanya.



Dalam ucapan kira-kira empat minit itu, Dini yang membintangi filem Malbatt: Misi Bakara turut memuji sikap Janna yang masih mempunyai keinginan menuntut ilmu.

Disebabkan semangat yang ditunjukkan isterinya itu, Dini juga terdorong untuk melanjutkan pelajaran biarpun perkara itu tidak ada dalam perancangannya.

"Saya suka momen apabila kita berbincang mengenai masa depan. Awak menyatakan mahu sambung belajar. Saya sangat sokong minat awak itu.

"Saya juga mahu mengikut jejak langkah awak untuk melanjutkan pelajaran walaupun saya tidak suka belajar. Awak banyak merubah hidup saya ke arah yang lebih baik, sayang," katanya.

Janna yang menyaksikan video itu dipertontonkan bukan sahaja mengalirkan air mata kerana terharu dengan usaha suaminya merakamkan video sebagai kejutan.

Sementara itu, Janna memberitahu majlis itu dianjurkan bagi meraikan insan yang cukup dekat dengan dirinya dan tidak berpeluang menghadiri majlis pernikahan mereka, tahun lalu,

"Semua yang ada dalam dewan ini pernah bekerja dengan saya sebelum ini. Tiada seorang pun saya tidak kenal... Semuanya saya kenal.

"Anda semua cukup istimewa di hati kami. Anda juga orang yang kami hargai sepanjang saya berada dalam karier seni .

"Tidak kisahlah lama atau sekejap tempoh perkenalan, kami tetap hargainya. Insya-Allah kami akan sentiasa doakan kalian," katanya.

Antara rakan artis yang memeriahkan acara itu adalah Datuk Afdlin Shauki, Erma Fatima, Nora Danish, Umi Nazeera, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Diana Danielle, Emma Maembong, Nazim Othman, Keith Foo, Puteri Sarah Liyana dan Sherry Alhadad.

Dini dan Janna melangsungkan perkahwinan di sebuah resort mewah di Langkawi pada 10 Jun, tahun lalu.

Majlis tertutup itu menyaksikan Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka 27 Mac 2019.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 10-6-2024 10:51 PM
berak sama2 lagi sweet
Quote codenamedream 10-6-2024 10:54 PM
sleepandream replied at 10-6-2024 10:51 PM
berak sama2 lagi sweet

Toilet bowl yg sama atau ada 2 toilet bowl?
Quote I.K.A888990 10-6-2024 10:56 PM
ahhh gitu tapi habis lah nanti retis berair berlendir berspender nnt tak nak kalah gak keluar statement lps ni..come on ayuh
Quote Hoola 10-6-2024 11:03 PM
Edited by Hoola at 10-6-2024 11:06 PM

elok la
ko belai la bini tu betul2
karang mental ke skt dia dtg balik, netijem jugak kena jd doktot.tkg mndgr masalhnya. bosan
Quote doodlediddle 10-6-2024 11:07 PM
Omg gelinya. Ni pun nk bagitahu public??? Xde rase malu Betul!!!
Quote imransulaiman 10-6-2024 11:19 PM
Nak seiras pula rupa mereka. Macam kembar gugirl!
Quote slyfynx 10-6-2024 11:47 PM
Bodo.
Pastu nk nmpk alim sikit cite la solat berjemaah pastu.
Nape x cite style ape korang buat atas katil?
Quote divalaura 10-6-2024 11:59 PM
dapat ke netz benak ubi, dikatanya pulak selalu mandi bersama pun tak dapat anak jugak. ada je netz yang jenis benak sampai tak boleh fikir semua tu rezeki masing2..rezeki zuriat semua tu dari yang "atas sana".
Tak perlu lah JN dan DS duk kompang isu macam ni walaupun reputs tanya ke apa..
nanti kang kena kecam JN jugak yang mental menangis tayang kat socmed
Quote anony-mous 11-6-2024 12:04 AM
Betul la tu. xsilap ni sunnah nabi kn?
Quote naina 11-6-2024 12:05 AM
Tak perlu kot cerita dalam kelambu korang
Geli mendengarnya
Fahamla memang tengah momen manis dan bahagia
Tak perlu cerita dan tunjuk benda2 dalam kain
Quote Rogue98 11-6-2024 03:26 AM
Asik kena marah pun dini ni tahan jer ...sampai bila nak role play jadi budak2...
Quote gekkou 11-6-2024 04:31 AM
"Antara rutin kegemaran yang kami tidak kongsi adalah setiap malam apabila kami pulang, tak kiralah, jika salah seorang daripada kami pulang awal, kami akan tunggu untuk mandi bersama.


dah kongsi pun
aiyooo
Quote Sazreena 11-6-2024 08:26 AM
Dini dah jadi bini...
Quote chandrahusin 11-6-2024 08:33 AM
gamba cuci muka
diorg nmpak mcm besties gituhh
Quote bitterchoc 11-6-2024 08:34 AM


Eh apsal lerr benda gini pun nak citer hehehhehe
Quote adelea 11-6-2024 08:39 AM
Aduiii … aku rasa tak yah kot citer bende2 macam ni.. riso aku tgk org skrg … semua bende dlm kain nak citer
Quote imanamsyar 11-6-2024 08:43 AM
rahsia rumahtangga? heheeeeee..kalau kawin baru setahun dua, xyah kongsi lah..panjangggggggg lagi perjalanan tuh..
Quote asudau 11-6-2024 08:44 AM
Ayoo..baru setahun dik
Quote jlo 11-6-2024 08:44 AM
aduh takyah la cerita itu semuaaaa

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.044714 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top