|
Ibu kepada penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan pesan buat anak lelakinya itu susulan isu hangat yang membabitkan dirinya, sebelum ini. Menerusi hantaran di Instagram, Siti Hafiza meluahkan rasa syukur kerana Aliff sudah mampu tersenyum kembali setelah melalui detik pahit dalam kehidupannya. Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu juga berharap anak lelakinya diberi kekuatan selain dapat belajar dari kesilapan yang dilakukan. "Masyaallah, dah lama kami tak nampak senyuman Aliff." "Muhasabah diri dan belajar dari kekhilafan dan berazam menjadi seorang insan yang lebih baik kerana Allah SWT. Kita semua adalah pendosa tapi Allah SWT Maha Pengasih." "Kehidupan lepas adalah pengalaman tetapi apa yang lebih penting adalah sekarang dan masa hadapan. Yang terpenting adalah pengakhiran kita." Sementara itu, Siti Hafiza mengatakan mereka sekeluarga termasuk suami dan dua anak perempuanya mendoakan agar segala urusan Aliff di dunia dan akhirat akan dipermudahkan Allah SWT. Sumber : Beautifulnara |
rain2169 replied at 22-6-2024 03:32 AM
Hensemnya Aliff tersenyum…..

. Done berlendier....
DeLuna85 replied at 22-6-2024 01:54 PM
Nafkah anak dia bg berapa?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-7-2026 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.047213 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.