CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan makan ikan yu, banyak lagi ikan lain – Haneesya Hanee

9-7-2024 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20244| Komen: 24

Description: Seumpama aktivis alam sekitar, pelakon Haneesya Hanee menasihati orang ramai agar tidak memakan ikan yu yang kini merupakan spesis terancam.

Seumpama aktivis alam sekitar, pelakon Haneesya Hanee menasihati orang ramai agar tidak memakan ikan yu yang kini merupakan spesis terancam.

Kata Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 24, masih banyak lagi spesis ikan lain yang boleh dijadikan menu makanan selain ikan yu.

“Sekadar peringatan, ikan yu adalah spesis terancam.

“Terdapat banyak ikan lain yang boleh dimakan.

“Harap jangan makan ikan yu,” katanya menerusi InstaStory.

Dalam masa sama, pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu turut mengajak orang ramai melihat cara menangkap ikan yu.

“Ya, memang ikan yu sangat sedap terutamanya sup sirip tetapi cuba cari bagaimana mereka menangkap haiwan tersebut,” ujarnya lagi.

Haneesya menyuarakan perkara tersebut selepas melihat sebuah artikel mengenai ikan yu.

Artikel berkenaan menceritakan perihal seorang wanita Jepun membeli ikan yu di sebuah pasar raya di Malaysia dan menghasilkan hidangan kari.


Ini bukan pertama kali anak jati Pulau Pinang itu menzahirkan rasa prihatin terhadap spesis terancam itu apabila dia pernah menangis di sebuah restoran kerana menu sup sirip dihidangkan menjadi tular. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biskut_milo 9-7-2024 11:32 PM
Bila dah takde benda nak cerita...ikan yu pun jadila..
Quote EncikRhoma 10-7-2024 07:17 AM
Kenapa rasa macam cringe?
Quote dua_chzy 10-7-2024 07:19 AM
Isi ikan yu tak sedap.

Tapi sirip sedap.
Quote matjerk 10-7-2024 07:32 AM
biskut_milo replied at 9-7-2024 03:32 PM
Bila dah takde benda nak cerita...ikan yu pun jadila..

Masa kes alep dulu... ada gambar alep naik bas..dgn someone..yg dikatakan haneesya ni...

Kenmain la dia excited buat video menafikan... dia punya meloncat tu.. mcm happy bebenor nama dia naik....
Quote September14 10-7-2024 08:23 AM
Sepatutnya dia jd xtivis alam sekitar ke binatang dulu ke baru la ckp pasal isu ni… baru kena sikit. X semena2 ckp pasal ikan yu kan dah kena kecam dgn acis forumer
Quote debab_78 10-7-2024 08:30 AM
she ratu under afer razak kan.. mgkn benda ni utk advokasi dia dlm dunia pageant... kalo tak salah she akan wakil malaysia next year...
Quote anilanil 10-7-2024 09:05 AM
Minah, baik la mkn ikan yu yg halal drpd tegok alcohol yg sah-sah haram.
Quote slyfynx 10-7-2024 09:27 AM
tiber...
ce buat keje dgn animal rescue dulu ke, atau animal shelter ke,
baru org dgr sikit "pendapat" ko ni
Quote MistrezHermanaz 10-7-2024 09:32 AM
dh knp pulak..xde benda lain dh nk ckp psl karier sendiri ke..yg menangis kt kedai mkn tu, sapa yg order ikan yu tu
Quote lucky_peace 10-7-2024 09:39 AM
anilanil replied at 10-7-2024 09:05 AM
Minah, baik la mkn ikan yu yg halal drpd tegok alcohol yg sah-sah haram.

Auch sis
Quote melekaifc 10-7-2024 09:55 AM
nganjing produk ngai kot
Quote KamikuP 10-7-2024 02:14 PM
Sedap ke minom arak dek?
Quote hokeypokey 10-7-2024 04:04 PM
ape tetiba cerita ikan plak minah ni
Quote CoffeeOverdose 10-7-2024 04:16 PM
ikan masin yu sedap dek. tk mampu akak nak boikot. tp ko akak mampu boikot sbb tk pernah minat ko. kenal ko pun sbb isu mak ko meroyan org panggil ko black.
Quote TomyamPuteh 10-7-2024 04:22 PM
Anak ikan Yu buat gulai sedap weh. Kasi dia bendi sama. Perghhhhh.
Quote Rogue98 10-7-2024 04:24 PM
Kalau dah orang bagi free kita makan jer lah..takkan nak membazir. Nak beli sendiri mmg tak lah...baik beli salmon lagi sedap.
Quote kucingitam 10-7-2024 04:28 PM

aku pun rasa gitu
Quote dewi_rina 10-7-2024 05:02 PM
ngai tu makan ikan yu pun tak syantik, rupa tetap ikan keli
Quote biskut_milo 10-7-2024 05:56 PM
matjerk replied at 10-7-2024 07:32 AM
Masa kes alep dulu... ada gambar alep naik bas..dgn someone..yg dikatakan haneesya ni...

Kenmain  ...

Any publicity is good publicity.

Dulu dia and mak dia jual serum rambut. I beli 1 bottle time dia open booth kat publika. Serum dia reallllly good! Bila nk beli lagi dia kata dah tak jual.. ceh

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.224938 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top