CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Coach’ Badminton Disekat Ke Olimpik Kerana ‘Kuota’ Terhad, Presiden MOM Boleh Bawa Isteri & Anak?

5-8-2024 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31833| Komen: 57



Menjadi bualan hangat apabila pemain badminton profesional perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa berjuang pada penampilan sulung di Sukan Olimpik bagi edisi 2024 di Paris tanpa jurulatih Nova Armada di sisinya.

Memetik Beautifulnara, Jin Wei yang ditemui sebelum ini berkata, permintaannya untuk membawa jurulatih dari Indonesia itu kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berjaya susulan kuota kad akreditasi yang terhad dikeluarkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

“Saya seorang saja tak ada jurulatih. Seharusnya setiap atlet layak ke Olimpik kena ada jurulatih masing-masing, tapi saya tak tahu kenapa jurulatih saya tak dapat pergi sebab dia tidak mempunyai kad akreditasi” ujarnya ketika ditemui media.

Meskipun pulang tanpa iringan pingat, nama Jin Wei kembali meniti di bibir netizen berikutan isu ‘kuota’ yang didakwa diberikan kepada ahli keluarga pegawai pengiring ke Olimpik yang masih berlangsung ketika ini.



Ini berikutan tersebarnya foto ahli keluarga Presiden Majlis Olimpik yang memakai ‘lanyard’ akreditasi yang membenarkan seseorang itu keluar masuk ke acara, majlis atau kawasan yang dibenarkan pihak pengurusan Olimpik Paris.



Kecoh ketika ini apabila netizen mula mempersoalkan mengapa ‘coach’ Nova tidak diberi pelepasan sewajarnya untuk mengiringi atlet sebaliknya kuota-kuota tersebut diberikan kepada ahli keluarga pengurusan tertinggi majlis sukan Malaysia.

Berikutan itu, ramai mula ‘memetik’ nama Hannah Yeoh dan juga Adam Adli selaku Menteri dan Timbalan Menteri Sukan untuk memberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat Malaysia.



 

Apa pun, sama-sama kita nantikan penjelasan dari pihak yang terbabit.

Sumber :   Beautifulnara








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-8-2024 06:57 PM
Open secret kan..
Meh ikut papa gi olimpik...
Ajom le kite...
Quote Momohizan 5-8-2024 07:02 PM
shernazz replied at 5-8-2024 06:57 PM
Open secret kan..
Meh ikut papa gi olimpik...
Ajom le kite...

Wah Presiden MoM...makan angin sefamily. Haprak betul rentua sefamily...mana dapat peruntukan? Nak report SPRM tak?
Quote Fly_over 5-8-2024 07:04 PM
mesti kata pakai duit sendiri khuensss.. jibauk..
Quote lostnfaun 5-8-2024 07:04 PM
Kena tanya menteri & timbalan sekali berapa ramai bawa pengikut.

Biasanya kalau menteri, timbalan & pegawai kementerian pergi, ramai jgk tukang angkut beg akan dibawa jgk. Guna duit kerajaan apa ada hal.
Quote nanaloma 5-8-2024 07:12 PM
Ouch ni zaman internet yaaa
Semua henpon ada camera
Zaman dulu ye la takde sape yang tau
Zaman ni segala kerabat sedara mara orang kenal
Lenkali pergi pakai duit sendiri
Quote annehuda 5-8-2024 07:18 PM
Tak silap aku ada yg keje gomen penah spill kan mmg geng2 gred atas ni bleh bawak anak bini kalau pegi oversea? Patutnye zaman penjimatan ni kene buang kuota tu. Nak pegi makan angin pakai la duit sendiri
Quote naina 5-8-2024 07:21 PM
Mana audit perbelanjaan ke paghihh
Rakyat nak tengok
Quote sfrnna 5-8-2024 07:28 PM
Wow. Untung ya jadi anak bini menteri. Keluarga atlet luar negara pun beli ticket tau. Ni yg takda keperluan pulak ambil kesempatan. Engko bukannya kena buat report lawatan ke apa.
Quote Manjahati 5-8-2024 07:38 PM
Harapnya jgn disenyapkan isu ni…
Quote fattymah 5-8-2024 07:53 PM
Agak sedih tgk dia main.. nasib coach Vietnam tlg
Quote Decaffeinated 5-8-2024 07:55 PM
aku tolong jawab

itu pass menonton bukan akreditasi

Quote albedah 5-8-2024 07:57 PM
Netizen kene tinjuk kuasaaaaa
Quote dubuk 5-8-2024 08:03 PM
Semoga mendapat balasan seksa kuburrr
Quote TeropongThaico 5-8-2024 08:08 PM
Kesian dia...
Harap yg berkenaan jgn buat diam je
Quote bottombikini 5-8-2024 08:34 PM
cili kasi tarukkkk
Quote Meraki 5-8-2024 08:53 PM
Paris kennnn...menggeletisla nak ikut
Quote MissYouSayang 5-8-2024 08:54 PM
Penampakan muntri ahso di situ yachhhh..lancoo
Quote beatgirlX 5-8-2024 09:14 PM
Hannah tu bkn dpn tu ke? X kan x perasan? Ke buat2 x nampak?
Quote haruslah 5-8-2024 09:57 PM
Ni yg kantoi
Yg x kantoi berapa ramai pulakkk

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.203376 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top