CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Bangladesh, Sheikh Hasina lari ke luar negara selepas demonstrasi anti kerajaan menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh

5-8-2024 11:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15219| Komen: 67|Original author: maklukpenggoda



DHAKA – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke luar negara selepas demonstrasi anti kerajaan menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.

Beberapa laporan menyebut bahawa beliau dan saudara perempuannya menaiki helikopter tentera ke tempat selamat.

Lokasi Sheikh Hasina masih belum jelas tetapi dia dikatakan menuju ke India.

Kumpulan orang ramai menyerbu kediaman rasmi pemimpin itu di Dhaka walaupun kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung dan menyekat internet.

Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh semalam dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan, menjadikan angka kematian keseluruhan sejak beberapa minggu lalu meningkat lebih 300. – AGENSI 




Sumber – KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 5-8-2024 09:50 PM
Lari ke Malaysia ke?
Quote sharlenetexas 5-8-2024 10:16 PM
Macam rajapaksa.

Quote Skuau 5-8-2024 10:53 PM
ultra78 replied at 5-8-2024 09:50 PM
Lari ke Malaysia ke?

vole sini malezia pirdana mintiri la kaka...
Quote silance 5-8-2024 10:59 PM
Negara dah kucar kacir, PM pun dah lari. Mesti ramai geng pati ni yang nak masuk Malezia. Negara lain pun tak bagi muka pada mereka.
Agency penguatkuasaan di sempadan tolong jaga jangan bagi lepas. Mereka dah terlampau ramai di sini.
Quote Momohizan 5-8-2024 11:15 PM
Patut hantar Bangla kat Malaysia ni balik bejuang untuk tuntut keadilan ekonomi kat negara dia. Bawak sekali anak bini dia kat Malaysia.
Quote Momohizan 5-8-2024 11:16 PM
silance replied at 5-8-2024 10:59 PM
Negara dah kucar kacir, PM pun dah lari. Mesti ramai geng pati ni yang nak masuk Malezia. Negara lai ...

Ramai dah...tengok je la kat KLIA tu. Yang kaya beduit lepas masuk berbondong2. Tak tau berapa lama nak overstay tu. Jahanam
Quote alesandra 5-8-2024 11:19 PM
Kecuali margaret thatcher aku rasa pm wanita neh overated nak mampos . jadi barua,proxy bekas colonizer.sblm ni benazir...pastu  jacinda ardern.nak tgk dia barua sapa senang je..dia cabut lari ke mana hala..lps India katanya ke UK
Quote TOPwind 5-8-2024 11:43 PM
Edited by TOPwind at 5-8-2024 11:45 PM

Dahlah negara miskin

paling kotor dalam dunia.

PM pulak pempuan tua bangka
yg tak berwawasan

Sbb tu negara mcm tu.

lain lah Tun M wpun tua tapi negara maju.
Quote TOPwind 5-8-2024 11:44 PM
Edited by TOPwind at 5-8-2024 11:47 PM

Dahlah negara miskin

paling kotor dalam dunia.

PM pulak pempuan tua bangka yg tak cita2 maju

Sbb tu negara mcm tu.

lain lah Tun M wpun tua tapi negara maju.
Quote gigahertz 5-8-2024 11:51 PM

Malaysia soon will be
Quote gigahertz 5-8-2024 11:52 PM
TOPwind replied at 5-8-2024 03:43 PM
Dahlah negara miskin

paling kotor dalam dunia.

Orang muda tak nak terima arahan pemerintahan dari tua macam tu.
Quote TOPwind 5-8-2024 11:54 PM

Kat Selayang Market banyak kerja kosong

boleh jual sireh
Quote TOPwind 5-8-2024 11:56 PM
Dahlah negara miskin tapi
ada Private Jet Airbus utk PM ni
yang paling mahal didunia.

bodohnya!!!!!!!
Quote ultra78 6-8-2024 12:07 AM
Dah selamat landing di India

NEW DELHI: Bangladesh's former Prime Minister Sheikh Hasina landed in India's northeastern city of Agartala on Monday after fleeing Dhaka, broadcaster CNN-News18 reported.

India is set to offer a safe passage to Hasina, the report said, citing intelligence sources.

Media reports said she had flown in a military helicopter with her sister and was headed to India after resigning after weeks of violent protests in Bangladesh.

Bangladesh Army Chief Waker-Uz-Zaman announced on Monday (Aug 5) in a televised address that he would help form an interim government.

Army Chief Waker-Uz-Zaman said he would invite political leaders to a meeting and would also meet with President Mohammed Shahabuddin on the matter. - Reuters
Quote dua_chzy 6-8-2024 12:09 AM
Uih. Dah kudeta negara Bangla sana?
Quote JohnDeSouza 6-8-2024 12:10 AM
           
Quote JohnDeSouza 6-8-2024 12:10 AM
pm pengecut kah kah
Quote dua_chzy 6-8-2024 12:11 AM
maklukpenggoda replied at 5-8-2024 02:47 PM

Waaaaa see what young people can do. Ni yang tua kutuk dinosor tu tak mau. Seb baik rakyat Malaysia berbudi pekerti baik2.
Quote silance 6-8-2024 12:54 AM
Ngeri tengok depa makan kat dalam video tu, dah macam yakjuj makjuj kot,
Look, how aggressive they are, please ask them out before they ruin this country. kerajaan husnuzon bahawa mereka akan behave di sini ke?

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061160 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top