CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Haritu Kata Kuota Khas, Sekarang Lain Pulak…” – Norza Guna Dana Sendiri Bawa Keluarga Ke Olimpik Paris 2024, Jelas MOM

7-8-2024 09:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7453| Komen: 31



Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membawa anak isteri ke Olimpik Paris 2024 sedangkan pemain perseorangan badminton negara terpaksa pergi tanpa ditemani jurulatih.

Menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan bagi membawa ahli keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 Paris.

Memetik Astro Awani, MOM berkata semua perbelanjaan untuk keluarga Norza dibiayai sendiri oleh presiden mereka itu.


Jelas badan persatuan itu lagi, MOM dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hanya memudahkan akses Norza dan keluarga dan itu dilakukan bagi memastikan tiada sumber kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut.

Kehadiran Norza dan keluarganya itu difahamkan telah mematuhi sepenuhnya peraturan IOC dan MOM.

"Pada saat ini, adalah penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada perkara paling penting, iaitu menghulurkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada atlet negara yang mewakili negara di pentas dunia."

"Marilah kita bersatu hati dan menyalurkan tenaga kita untuk meraikan pencapaian mereka dan menggalakkan usaha mereka."

Tambah MOM lagi, kuota khas diperuntukkan untuk pucuk pimpinan mana-mana badan/majlis atau jawatankuasa Olimpik negara masing-masing.

"Kuota ini hanya menyediakan akses ke kawasan VIP dan tidak meliputi akses ke padang permainan, bilik persalinan atau tempat penginapan atlet di perkampungan sukan."

"Ia menjadikannya tidak praktikal untuk jurulatih atau kakitangan sokongan menggunakan kuota ini kerana ia tidak memberi akses yang diperlukan untuk menyokong atlet secara efektif."

Menjengah ke ruangan media sosial sejak isu ini hangat diperdebatkan netizen, masih ramai nampaknya yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan MOM itu.


Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.


Sumber : Beautifulnara











Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 7-8-2024 10:20 PM
netizen flip hair sajork yach
Quote riyadhK 7-8-2024 11:36 PM
Masalahnya memang kuota jurulatih untuk setiap atlet tu ada ke tak? Ke ioc kira borong bagi kuota sekian2 kepada setiap negara macam kuota haji tu, cukup tak cukup pandai2 la kau
Quote sayurmayur88 8-8-2024 08:21 AM
no komen..
Quote Decaffeinated 8-8-2024 09:10 AM
"Pada saat ini, adalah penting bagi kita ... memberi tumpuan kepada perkara paling penting, iaitu menghulurkan sokongan ... kepada atlet negara yang mewakili negara di pentas dunia."

Ayat cliche mengelak untuk menjawab.
Quote syamzana 8-8-2024 09:23 AM
ye ye ye yadda yadda yadda....

netizen:
Quote dua_chzy 8-8-2024 10:13 AM
Go die.
Quote Firenzza 8-8-2024 10:41 AM
Apa jasa dia dpt tan Sri?
Quote supernaturalee 8-8-2024 11:16 AM
Firenzza replied at 8-8-2024 10:41 AM
Apa jasa dia dpt tan Sri?

kuota




Quote SWORKS27 8-8-2024 11:57 AM
ahh..lantak kau la..malas nak diperdebatkan isu2 ni..
kalau kau rasa ada buat salah guna kuasa..nko tanggung la akibatnya di padang masyhar nti
Quote tepisket.. 8-8-2024 01:20 PM
Semoga kau kena rompak dengan pencopet kat Paris tu. Pastu duit ko habis sbb bini ko ajak beli kat butik mahal.. haha
Quote ais_kosong 8-8-2024 02:10 PM
resit plis la la la
Quote nuryakmal 8-8-2024 03:56 PM
lain kali corp comm mohon jive kan jawapan.
Quote belilies 8-8-2024 04:51 PM
Yg paling takleh terima tu heshe sendirik presiden BAM. Acaner tu? Kesian org tu pg main badminton tak bawak coach, ko lak sedap2 angkut bini ngan anak pg paris.
Quote Firenzza 8-8-2024 04:59 PM
belilies replied at 8-8-2024 04:51 PM
Yg paling takleh terima tu heshe sendirik presiden BAM. Acaner tu? Kesian org tu pg main badminton t ...

Ni la menonggang namanya....org lain perah keringat utk layak olimpik dia plk amik kesempatan angkut anak bini, dia x pg Paris pun player blh bertanding klau player yg x pg adakah anak bini dia blh pegang raket?
Quote belilies 8-8-2024 05:02 PM
Firenzza replied at 8-8-2024 04:59 PM
Ni la menonggang namanya....org lain perah keringat utk layak olimpik dia plk amik kesempatan angk ...

Yg lagi pelik sana sini heshe buat stetmen kata layak pakai kuota khas tu tapi tak ada pun justify kenapa player badminton tu tak dapat bawak coach. Presiden bam pun lagi, patut lepaskan lah satu kuota tu pinjamkan ke player badminton tu. Nampak sangat tak concern. Nak menangkan sangat bini anak, tah apa contribution pun, menyemak je!
Quote sharlenetexas 8-8-2024 05:13 PM
Lidah bercabang lidah bewok.


Quote jihyomelly 8-8-2024 05:43 PM
cepat nau u turn…mana satu betul? harini cakap lain esok lain nyanyuk ka
Quote MissVixen 8-8-2024 05:54 PM
Babik. Orang macam ni nyawa liat.
Quote dani-rox 9-8-2024 07:45 PM
Menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan bagi membawa ahli keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 Paris.
Memetik Astro Awani, MOM berkata semua perbelanjaan untuk keluarga Norza dibiayai sendiri oleh presiden mereka itu.


ye lah tu


Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055995 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top