CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak derhaka pukul kepala ibu dengan topi keledar dihukum penjara lima bulan

8-8-2024 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38416| Komen: 62




MELAKA – Perbuatan kejam seorang anak memukul kepala ibu kandungnya dengan topi keledar berbalas selepas dia dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ezat Hamidee Abdul Latif, 35, membuat pengakuan bersalah atas kesalahan tersebut.

Tertuduh didakwa mencederakan Asiah Mohd. Said, 60, dengan memukul kepala mangsa menggunakan topi keledar pada pukul 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Telok Mas pada 4 Ogos 2024.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak sedemikian selepas berang kerana ditegur ibunya agar tidak berkawan dengan individu yang terjebak dadah kerana lelaki itu sedang menjalani tempoh pemulihan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar memohon hukuman setimpal kerana mangsa adalah ibu kandung tertuduh.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh bermula dari tarikh ditangkap pada 4 Ogos lalu.

Sementara itu, tertuduh mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis methamphetamine kepada diri sendiri. Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin. 


Sumber: KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 9-8-2024 12:18 AM
Hahhahaha sorry, meols terketawa tgk si buntal ni.
Kemain ko eh, kurang ajo dgn mak sendiri. Tak padan dgn buntal, baju pink, tapi perangai mcm musibat.
Kau mmg mendalami watak babi pink ek??
Quote Itzy 9-8-2024 12:29 AM
Harap2 insaf la bila dalam penjara nanti, nasib baik mak kau tak mati. Kalau mati mak kau mampus kau dalam neraka. Anak derhaka.
Quote sukacactus 9-8-2024 06:18 AM
Ehhh! Padanla pulak body bulat gitu dgn baju pink lg….sebijik serupa b**i perangainya
Quote sayurmayur88 9-8-2024 08:56 AM
menahan diri daripada mem body shaming. k bye
Quote sangbara2020 9-8-2024 09:18 AM
larat dia nk angkat helmet membalun maknya....kecik2 xnak mampos
Quote lightheaded67 9-8-2024 09:20 AM
perot kuat minom??
Quote syamzana 9-8-2024 09:31 AM
komen2 forumer tidak mengecewakan
Quote ifanonline 9-8-2024 09:36 AM
dadah ni memang pemusnah masyarkata...ia bermula dgn rokok dan vaping
Quote puyoes 9-8-2024 09:45 AM
boboyotttt haih. yg bukan2 je perangai boyot nih. dapat pijak leher dapat pahala ni
Quote johan-adx 9-8-2024 10:10 AM
5bln tu hukuman dunia je..'kt sana' lg pedih
Quote edayildiz 9-8-2024 10:11 AM
mengandung brp bln tu hahaja
dasar ank dari neraka..xberkat hidup
Quote hayrin86 9-8-2024 10:18 AM
Kena penjara lima bulan bermula sekarang, terpaksa menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dalam jel jawapannya..
Quote renko 9-8-2024 10:32 AM
baru betul gemuk babi
Quote ReginaGeorge 9-8-2024 10:41 AM
Bukan yg terakhir. Pasti dia akan buat lagi. Mungkin lepas ni tak hidup dibuatnya.
Quote supernaturalee 9-8-2024 10:53 AM
x sedor diri
membulat tu jgn2 duk melantak ape yg mak dia masak
pahtu pi bantai plak org tua tu
dasarrrr



Quote vanillaninja 9-8-2024 10:53 AM
Dah jatuh hukum wajib pakai bra dah lahanat ni. Ingat comel ke pakai pink?
Quote Purestteam1 9-8-2024 10:57 AM
mohon jauh la kaum keluarga ku dari perangai camni.. patut masa kecik dicekik je mamat ni...haha
Quote cikatilia 9-8-2024 12:01 PM
apa kerjanya ni..
mengabehkan boreh sama menghisap aje ke?? yihhhh
Quote azimodin 9-8-2024 02:11 PM
Ntah la.  Aku memang anti betul dengan penagih tapi cakap lebih2 nanti ada pulak yg buat ayat "x kena dekat keluarga sendiri boleh la sembang"
Masalahnya dah jadi. Pastu menyusahkan orang sekeliling. Elok mampos je la

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.083414 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top