|
Kuala Lumpur: Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah dilaporkan sudah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Alif Teega pada Ogos lalu. Aisyah atau nama sebenarnya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor. Aisyah dilaporkan berkata, ia adalah ujian berat buat dirinya selain meminta supaya orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.
"Dari bulan lepas sebenarnya (fail cerai). Doakan saya sebab ujian saya sangat berat," katanya. Aisyah bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan itu malah menegaskan tindakan berkenaan adalah atas pilihannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. "Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa," katanya.
|
edayildiz replied at 2-9-2024 01:28 AM
antara dua ni mana lagi saiton diantara aaiton?


miss_perfect replied at 2-9-2024 12:46 AM
Kenapa macam nak terkejut. Dah agak dah dia akan fail cerai bila dia dapat 100% syarikat dan lepas d ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-4-2026 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.708192 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.