CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Angeline Tan Dedah Suami Tak Pernah Paksa Berhijab - "Ini (Tudung) Lebih Sopan Dan Lebih Kemas Untuk Seorang Muslimah"

10-9-2024 07:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19581| Komen: 26




Pelakon Angeline Tan berkata dia berhijab atas kerelaannya sendiri dan suaminya, Sabri Yunus tidak pernah memaksanya untuk memakai hijab.

Menerusi temu bual bersama TV Alhijrah, Angeline berkata dia memilih untuk memakai hijab kerana merasa tanggungjawab untuk menutup aurat sebagai seorang Muslim.


“Abang (Sabri) tak pernah suruh pun dan abang tak pernah minta tapi Angeline rasa sebagai seorang Islam, ini (tudung) lebih sopan dan lebih kemas untuk seorang muslimah.

“Abang kata bab-bab tudung ni dia tak pandai. Dia kata belilah apa yang rasa cantik,” katanya.

Sementara itu, Sabri sempat mencelah mengatakan dia tidak kisah dengan tudung apa yang dipakai oleh isterinya kerana Angeline tetap nampak cantik.


“Sebab pada saya, apa dia pakai, apa pilihan dia tak pernah tak cantik,” katanya.


Terdahulu, Sabri Yunus dan Angeline Tan atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober tahun lalu.

Sumber – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hdon 10-9-2024 07:23 AM
Suka tengok pasangan ni
Quote noor2 10-9-2024 07:25 AM
Beruntungnya dia
Quote suri33 10-9-2024 10:43 AM
Alo sweetnya org2 berusia bercinta.
Quote cap_ayam 10-9-2024 11:02 AM
Ayat2 cinta
Quote lasagna 10-9-2024 12:02 PM
Lucy masih ada slang pelat cina mcm kat PMPMTT..
Quote prizadane 10-9-2024 12:07 PM
Bertuahnya Angeline Tan ni. Convert Muslim ketika usia ni. Muka pun nampak suci. Semoga istiqamah
Quote Dysania@72 10-9-2024 12:30 PM
suka tengok pasangan ni, humbling each other,
Quote sukacactus 10-9-2024 12:31 PM
Mmg betul pun, angeline ni tak pernah tak cantik
Suka aku tgk dia dari dl
Quote 3chanceno 10-9-2024 12:53 PM
Jodoh tu memang Rahsia Allah semuga panjang jodohnya hingga jannah. Angeline nie memang cantik
Quote Belibis 10-9-2024 01:51 PM
Untung wan smail golok..dapat jugak ejas lucy.
Quote noor2 10-9-2024 02:49 PM
3chanceno replied at 10-9-2024 12:53 PM
Jodoh tu memang Rahsia Allah semuga panjang jodohnya hingga jannah. Angeline nie memang cantik

Betul...jodoh tu rahsia Allah dan pengakhiran hidup semua manusia pun rahsia Allah...sesetengah org kita kutuk teruk2 mcm kita ni ahli syurga dan org tu sehina2 manusia sedangkan pengakhiran org tu dan kita sendiri pun entah2 org yg kita kecam tu lebih baik pengakhiran hidup...yg penting kita nk capai satu...iaitu kemuliaan setelah meninggal dunia dan syurga


Maaf tiba2 berlagak mcm ala2 ustazah suci..hakikatnya akak tgh merangkak2 membetulkan diri yg bnyk melakukan kesilapan...
Quote likilu 10-9-2024 03:31 PM
Nampak kemas tu betul

Kalau nak bersiap kan mmg kena over decorate and embellished dgn head cover

Semua civilization pun leader lelaki perempuan cover the head w something, baju pun berlayer layer. commoner je yg semampunya pakai ala kadar je
Quote surihatilara 10-9-2024 07:35 PM
Dah tua pun cantik. Jelly nyaaaa.
Quote SalenaGomez 10-9-2024 08:39 PM
Dysania@72 replied at 10-9-2024 12:30 PM
suka tengok pasangan ni, humbling each other,

Kannnn… dia mcm saling memberi dan menerima seadanya…semoga kekal bahagia till jannah
Quote teen_angelJB 10-9-2024 08:45 PM
Sopan je angeline jawab...
Mualaff ni klu d tgn yg betul, baik jadinye.. Mcm adam corrie tu
Quote TomyamPuteh 10-9-2024 08:53 PM
Kedai Adam Corrie yg baru bukak dkt Queensville tu manjang je penuh orang. Rezeki dia. Aku tak pernah masuk lagi. Aku cuma pegi Dayang Sarawak dkt sebelah dia tu.
Quote Dysania@72 11-9-2024 01:02 PM
lagi aku jeles, aku tak pernah panggil tok laki abang walopun laki aku tua 6 tahun dari aku. muda2 dulu aku rasa panggil abang tu cringe, now dah tua rasa sopan plak...nak menopause gamaknya aku...hahhahahha
Quote myvi132806 11-9-2024 03:20 PM
Semoga mendapatkAn perkahwinan yg samawa
Quote edayildiz 11-9-2024 03:22 PM
betul ke yg dia pregy tu ek

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.043098 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top