CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Anjing Rottweiler kot, memang hancur kaki adik saya kalau..’ - Anzalna

10-9-2024 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40653| Komen: 40

 


Terkesan dengan insiden adiknya Mia Nasir diserang anjing baka Rottweiler, pelakon Anzalna berharap keselamatan di set penggambaran terutama apabila melibatkan haiwan perlu diberi penekanan pihak produksi.

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md. Nasir, 36, meminta pihak produksi lebih cakna dengan mengambil langkah berjaga-jaga agar insiden seperti itu dapat dielakkan atau tidak berulang.

“Kena lebih peka dalam isu ini walaupun katanya anjing itu berlakon juga, tapi anjing Rottweiler kot.

“Bukan anak anjing, jangan ambil ringan,” katanya menerusi hantaran dalam Insta Story.

Anak kedua daripada lima bersaudara itu turut bersyukur apabila Mia pantas bertindak, sekali gus mengelakkan kecederaan yang lebih parah daripada berlaku.

“Nasib baik Mia cepat bagi reaksi dengan menjerit sekuat hati, kalau tak memang dah hancur kaki adik saya,” ujarnya.


Terdahulu, Mia atau Nur Farah Md. Nasir, 33, berdepan detik cemas apabila diserang seekor anjing yang turut terbabit dalam penggambaran drama tersebut, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, anjing berkenaan dilihat mengigit bahagian bawah kakinya sebelum seorang lelaki dipercayai kru produksi meluru ke dalam set.


Bagaimanapun, akui Mia yang turut berkongsi insiden tersebut dalam TikTok, dia hanya mengalami lebam pada bahagian paha akibat terjatuh.

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 10-9-2024 09:09 PM
Baguslah. Ni yg ko nak kan? Glamour. Hadaplah.
Semua pun acah2 "prrroooffeeessiaallnalll", so cannot say no. Abuden? Hadaplah kena gigit hanjing sekalipun. Kerjaya ni kan mmg di idam2 kan semua rekyat Malaya.
Quote edayildiz 10-9-2024 09:23 PM
la adk dia..i ingt bideo dr luar negara
Quote razzia 10-9-2024 09:25 PM
baru ku tahu nama sebenar si mia
Quote cmf_jeangrey 10-9-2024 09:32 PM
Gigih pulak produksi nak guna anjing tp xtahu cara..patut on the lead setiap masa dan pakaikan muzzle knowing ada strangers kt set tu..ini powerful breed bukannya yg jenis comel dolly mcm havanese yg kau boleh timang2
Quote uori 10-9-2024 09:45 PM
Jangan kecam anjing lelebih k, nanti ben taknak kawan
Quote sharlenetexas 10-9-2024 10:57 PM
Kawan aku kena serang dengan pitbull jiran sampai patah lengan kena masuk besi. Sampai sekarang rasa sakit2 takleh angkat barang berat. Bila cuaca sejuk rasa sengal2. Sampai sekarang dia alami PTSD.

Quote pocongkiutss 10-9-2024 11:11 PM
If anjing tu manjang kena kurung, dirantai bagai..lg ganas oo if terlepas.. seram
Quote pocongkiutss 10-9-2024 11:12 PM
cmf_jeangrey replied at 10-9-2024 09:32 PM
Gigih pulak produksi nak guna anjing tp xtahu cara..patut on the lead setiap masa dan pakaikan muzzl ...

Ha setuju
Quote TerataiMelur02 10-9-2024 11:20 PM
Laaa..adik ke?ingat kakak pada anzalna. Nampak tua ya kalau dalam tv
Quote Goodluckdontcry 10-9-2024 11:33 PM
Ok la tu..retis kan suka bergambar, pegang2, belai2 manja2 dgn anjing..barulah urban gitu.. kehkehkeh...

Xkirala anjing jenis apa, hrp lebih cakna sbg muslim, ada batasnya dgn anjing ni..lantakla ben10 xnk kawan..dia SIAPA???? Harktuihh

.
Quote chooper 10-9-2024 11:33 PM
Bahaya tu wei
Quote rayna_raynes 11-9-2024 12:11 AM
Cemana nama Nur Farah boleh jadi Mia?
Quote nisako 11-9-2024 10:46 AM
bahaya ooooooooooooi
Quote dewi_rina 11-9-2024 10:50 AM
Lah i baru tahu nama dia Nur Farah, ingat kan nama dia mmg Mia
Dia ni je sorang tak kawin lagi kan?
Quote Cleocatra 11-9-2024 11:45 AM
Anjing rottweiler kot….. ada kot….. bunyik tu macam dah kenal sangat baka rottweiler tu
Quote Rogue98 11-9-2024 11:52 AM
Drama apa pulak yg kena ada anjing rottweiler...
Seram... Kat FB ada account anjing rottweiler nama Bear.... dgn tuan dia sendiri pun dia nak terkam.... Air liur dia meleleh jer....
Quote yoon_seri 11-9-2024 11:59 AM
I pernah kena kejar dgn anjing masa umur 7 tahun sbb ada budak2 nakal yg punya kerja, trauma sampai sekarang...
Quote myvi132806 11-9-2024 12:13 PM
Retis kan pets diorang njirrr
Elok lah jd gini.
Si farah miau ni jd terpilih jd contoh,,  Biau yg lain ambik iktibar
Quote heythere123 11-9-2024 12:28 PM
rayna_raynes replied at 11-9-2024 12:11 AM
Cemana nama Nur Farah boleh jadi Mia?

panggilan manja gitu kot. Alangkan adik bongsu sheols pon nama boleh jadi Maggie

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.272750 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top