CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Fazura Tak Ada Cakap Pun Fattah Curang, Netizen Jangan Buat Spekulasi Sendiri’ – Wawa Zainal

18-9-2024 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14587| Komen: 29

 


Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung kemelut yang melanda rumah tangga Fattah Amin dan Nur Fazura.

Kata Wawa, tuan empuanya badan sendiri iaitu Fattah dan Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai punca pergolakan rumah tangga mereka.

"Mana ada… kamu (netizen) janganlah sebarkan fitnah tu. Bini (Fazura) dia (Fattah) sendiri pun tak ada cakap dia curang. Kamu orang saja yang buat spekulasi sendiri."

Wawa berkata demikian ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.


Sementara itu, Aeril berkata, dia juga bersetuju dengan pendapat isterinya.


"Kita pun tak tahu kan. Bukan sebab curang, mungkin sebab tiada kesefahaman. Tak semestinya orang itu mahu berpisah sebab curang kan."

Sejak minggu lalu, isu rumah tangga Fattah dan Fazura menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Fazura dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Jumaat lalu.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber: OhBulan


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 18-9-2024 12:38 PM
why bother??? nak jadi jurucakap fazura pulak ke
diam2 je lah, tak payah masuk campur
Quote BoongaKertas 18-9-2024 12:38 PM
louder wawa! tp tulah, tuan bdn tak ckp tp pembantu2 tuan bdn yg drop the hints. haihs!
Quote noor2 18-9-2024 12:58 PM
Akak pun x rasa fatah curang...lebih kpd x sekufu bnyk hal....tgkla mmg x de perbincangan pun...bini fail cerai pun dia x tahu..maknanya dia mmg x tahu masalah bini...jenis dua2 ni x de perbincangan...ni mungkin disebabkan sorang ni jenis x boleh dibawak bincang...hasil x dak...bincang pun x dak hasil..x tahu nk menyelesaikan apa jua masalah rumahtangga
Quote L.U.S.M 18-9-2024 01:34 PM
Laki bini ni problematic masa nak kawen je..dh kawen mmg buat hal sendiri..smpi xnmpk apa2 tp nk jgk bg komen...so komen aku utk kapel living in their own bubble ni - no komen
Quote katnissE 18-9-2024 01:42 PM

Halooo bimbo
Team fazura kan yang sebar cerita?
Quote dua_chzy 18-9-2024 01:46 PM
Netizens ni pun bodoh la kan pi tanya2 laki bini ni as if meka bffs FazFatt.
Quote kakikuDibibirmu 18-9-2024 01:47 PM
#teamFA
Quote kakikuDibibirmu 18-9-2024 01:48 PM
Hi wawa jenal
Quote gideoncross 18-9-2024 01:49 PM
noor2 replied at 18-9-2024 12:58 PM
Akak pun x rasa fatah curang...lebih kpd x sekufu bnyk hal....tgkla mmg x de perbincangan pun...bini ...

Sjenis ikut je rentak org lain, boring, xde idea sndri
Quote gideoncross 18-9-2024 01:50 PM
edoraixora replied at 18-9-2024 12:38 PM
why bother??? nak jadi jurucakap fazura pulak ke
diam2 je lah, tak payah masuk campur

Spokesperson x brgaji
Quote noor2 18-9-2024 01:51 PM
gideoncross replied at 18-9-2024 01:49 PM
Sjenis ikut je rentak org lain, boring, xde idea sndri

Mmg ada pasangan lelaki yg mcm ni..patut dia ketua keluarga dia yg buat keputusan tp sebaliknya semua bini
Quote gideoncross 18-9-2024 02:24 PM
noor2 replied at 18-9-2024 01:51 PM
Mmg ada pasangan lelaki yg mcm ni..patut dia ketua keluarga dia yg buat keputusan tp sebaliknya se ...

Tu yg boring tu, klau bini tnya, jwpnnya msti "Ikut awk je lh, awk yg lgi thu"
Quote alesandra 18-9-2024 02:29 PM
Fake dah tercidukk ke uolss
Quote alesandra 18-9-2024 02:30 PM
katnissE replied at 18-9-2024 01:42 PM
Halooo bimbo
Team fazura kan yang sebar cerita?

Rasanya strategi dah mkn diri nehhh
Quote mandibunge 18-9-2024 02:36 PM
alesandra replied at 18-9-2024 02:29 PM
Fake dah tercidukk ke uolss

tulaaa senyap jeee.... sblom ni hari2 up story...
Quote seri_mawr 18-9-2024 03:31 PM
kadang dapat laki payah bg cadangan satu hal jua...
hensem jek tak guna....klu ajak bincang bnyk diam dr bunyik...or jawapanya ikut u la...i ok je..bosannn ok...
dia kena ada arguement sikit2...baru happening....
ni klu kata biar jek la wife menang sbb x nak gaduh...ni silap sebenarnya...lama2 jadi bosannn....udah rasa mcm xyag tnya laki la...bukan nak bg pendapat....bg je pendapat walaupun pendapat tidak di persetujui oleh isteri..huhuhhuhu...
Quote Kerusijati 18-9-2024 03:50 PM
seri_mawr replied at 18-9-2024 03:31 PM
kadang dapat laki payah bg cadangan satu hal jua...
hensem jek tak guna....klu ajak bincang bnyk dia ...

Iolss faham penatnya bila semua bnda kita kena pikir.
Kalau kakafaz kata reason nak cerai dah nyampah idup dgn laki yg kita kena treat mcm ada anak lg sorang..itu lagi aku percaya.
Curang ni perlukan pembuktian yg details.
Quote becir 18-9-2024 04:00 PM
noor2 replied at 18-9-2024 01:51 PM
Mmg ada pasangan lelaki yg mcm ni..patut dia ketua keluarga dia yg buat keputusan tp sebaliknya se ...

byk je jantan camni sis..jenis kalau hal family biar bini yg pikirkan solution..dia nya takde function. bare minimum hujung bulan hulur duit kat bini, itupun kalau hulur..
Quote hokeypokey 18-9-2024 06:12 PM
Sibuk jugak ko nk berbunyik, dh pegi jaga laki dan anak berderet ko tu..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.046100 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top