CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sedondon dengan Bella hanya kebetulan – Muaz Zabir

20-9-2024 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16419| Komen: 50

 


Hanya secara kebetulan, pelakon Muaz Zabir menafikan dakwaan kerap muncul berpakaian sedondon dengan Bella Astillah dalam beberapa acara hiburan adalah perkara yang sudah dirancang bersama.

Menurut Muaz atau nama penuhnya Muaz Mohamad Zabir, 27, dia tidak pernah berbincang dengan Bella untuk menggayakan pakaian warna sama sebelum ini.

“Pakaian sama (warna) semua itu hanya secara kebetulan. Percayalah cakap saya, memang tak rancang apatah lagi saling berhubung untuk pastikan baju sedondon.

“Cuma semuanya berlaku tanpa sengaja, tambahan pula saya memang suka pakai baju berwarna putih.

“Kalau tengok setiap acara sebelum ini, memang saya selalu pakai baju putih,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ( ABP) ke-36, di sini, semalam.

Mengulas mengenai kemunculannya di Konsert Jiwa Malaysia 2024 baru-baru ini yang turut menampilkan Bella sebagai salah seorang artis membuat persembahan, Muaz berkata hanya hadir untuk memberi sokongan kepada rakan artis yang terlibat.


“Mengenai kehadiran di Konsert Jiwa Malaysia 2024 baru-baru ini, ada sebab saya berada di situ.

“Saya rasa saya ada hak untuk sokong artis-artis yang buat persembahan. Ada juga saya berikan sokongan kepada artis lain untuk persembahan teater dan sebagainya.

“Jadi, kalau ada masa terluang, memang saya akan hadir beri sokongan kepada artis lain, apa salahnya?” ujarnya.

Dalam pada itu, Muaz menegaskan tidak pernah terdetik dalam hatinya untuk berusaha menambat hati Bella meskipun tempoh idah sudah berakhir.

“Saya tak pernah anggap situasi Bella yang sudah tamat tempoh idah sebagai peluang untuk berebut atau sebaliknya. Tidak berlaku sama sekali.

“Kami memang berkawan dan akan ada projek bersama kelak. Jadi, tak perlu nak bermasam muka, teruskan kehidupan masing-masing dan lakukan yang terbaik,” jelasnya.

Menerusi ABP36, Muaz tersenarai dalam dua kategori iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Popular dan Artis Baharu Lelaki Popular.


Sebelum ini, menerusi temu bual bersama Kosmo!, Muaz tidak menolak sekiranya berjodoh dengan Bella dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.

Terdahulu, namanya meledak apabila didakwa menjalin hubungan cinta dengan Bella ketika aktres itu masih bergelar isteri Aliff sekitar Oktober tahun lalu.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 20-9-2024 09:19 AM
alahaiiii
Quote laksmanabentan 20-9-2024 09:21 AM
okay la tu... on terus...
Quote mrsLucky 20-9-2024 09:52 AM
Edited by mrsLucky at 20-9-2024 09:53 AM

tak bole blah couple ni and i annoyed tengok Muaz...perangai menghimpit janda baru cam Zul dulu..

I think Bella dah kumpul banyak duit untuk dia dan anak2 hasil eshan.. mereka yang kasihan dengan nasib dia...

Actually i dah puas tengok dia merata rata di SM...letih..
Quote honam 20-9-2024 10:13 AM
alahai so sweet
Quote Kerusijati 20-9-2024 10:15 AM
Muaz ni helok gak..betul ke dia nak bella ni .ke saja tumpang nk naikkan nama
Quote razzia 20-9-2024 10:16 AM
alahai sampah nya
Quote kuyu 20-9-2024 10:22 AM
Bosan dgn diorg, kalau nak nikah je. Kurangkan gedik n sexy
Quote LembingDayanti 20-9-2024 10:30 AM
dua dua gedik. aku suspek muaz ni bottom sebenarnya.
Quote AbukRokok 20-9-2024 11:15 AM
nak rasa btg baru berperisa pukistan
Quote BlackpingU 20-9-2024 01:18 PM
Sampah 2 ketul ni dah boleh masuk gua.. org dah muak ...skrg netijen busy dgn mekjura & pattah
Quote HujanBatuTiga 20-9-2024 01:27 PM
Dlm gmbr tu mcm nk sama pulak mata n idung dorg dua.
Quote nuhanis 20-9-2024 01:48 PM
Ada orang ambik port lagi ke dedua ni?
Saja lettew, nama dah slow kannn
Quote sharlenetexas 20-9-2024 01:59 PM
Bosan. Nextttt......


Quote 3chanceno 20-9-2024 02:06 PM
Excuse yang dah lama Basi & pr team yang hauk

Quote 3chanceno 20-9-2024 02:10 PM
mrsLucky replied at 20-9-2024 09:52 AM
tak bole blah couple ni and i annoyed tengok Muaz...perangai menghimpit janda baru cam Zul dulu..

I ...

Meols pun rasa MO cam dak julesbox yang dulu2 sendu sebelum himpit abby pada suatu masa dahulu

Masih terpikir ramai lagi sokong bellastillah nie walaupun curang  semasa masih lagi bini orang
Quote lilacomot 20-9-2024 02:21 PM
nmpk iras lak muka depa...

tp iols meluat kapel ni...syuh2...xde sapa nk amek tau pasal ampa la
Quote _kelly 20-9-2024 02:22 PM
bila kes janda birah ni nak kantoi pulak
Quote ardent91 20-9-2024 02:46 PM
LembingDayanti: dua dua gedik. aku suspek muaz ni bottom sebenarnya.


kan.. aku pown terasa mamat ni x straight
Quote merahrose 20-9-2024 02:48 PM
xda sapa kisah pn..bukan bini org dh wlpn ko berkawan time dia bini org...dah p siap2 duit buat meminang mak janda kau

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.041955 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top