CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Kelantan perlu waspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan Kelantan

30-9-2024 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15508| Komen: 9

 


KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah supaya rakyat sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.

Baginda bertitah, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, risiko untuk berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu adalah tinggi.

"Beta menyeru semua rakyat peka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa," titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah hal itu supaya segala persiapan awal dapat dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Baginda bertitah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-55 di Istana Balai Besar, di sini, hari ini.

Sementara itu, Sultan Muhammad V merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan atas persetujuan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pangkalan Chepa daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter.


Titah baginda, langkah itu adalah antara usaha menjadikan lapangan terbang berkenaan sebagai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa dan meningkatkan infrastruktur pengangkutan Malaysia.

"Selain itu, jaringan pengangkutan dapat memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat," titah Sultan Muhammad V.

Pada Mei lalu, kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memanjangkan landasan LTSIP daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter untuk menjadikannya sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Pengoperasian terminal LTSIP fasa satu pada 1 Mei lepas mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka menampung hingga empat juta penumpang.

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP membabitkan kos RM440 juta.

Sultan Kelantan juga menyeru supaya projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3) dapat dipercepat pelaksanaannya.

"Berdasarkan statistik terkini, negeri Kelantan merekodkan penyusutan Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi sektor pembuatan sebanyak 2.6 peratus berbanding pada tahun lalu.

"Harapan beta sektor pembuatan mampu ditingkatkan dan menjadi antara penyumbang kedua terbesar KDNK negeri ini. Beta menggesa agar pembangunan kawasan industri baharu dapat diadakan," titah baginda.

Selain itu, baginda turut berharap kerajaan Persekutuan memberikan pertimbangan untuk memanjangkan tempoh insentif pengecualian cukai di Kelantan selama 15 tahun lagi.

Titah baginda, penambahan tempoh insentif itu akan memberikan ruang yang lebih luas untuk pelaburan baharu memanfaatkan inisiatif pembangunan yang sedang berlangsung dan memastikan kejayaan serta kelestarian projek terlibat dalam jangka masa panjang.

Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 30-9-2024 10:22 AM
musim tengkujuh di kelantan dah macam annual even, tiap2 tahun akan ada. so kena well prepare dari awal lah.
Quote TabletSusu 30-9-2024 10:52 AM
comel sungguh sultanah
Quote zuriey 30-9-2024 01:24 PM
Banjir ke taufan ke payung kuning aman2 duduk di tahta
Quote SalenaGomez 30-9-2024 03:03 PM
SK ni ada anak x selain Leon ?
Quote Skuau 30-9-2024 03:07 PM
lum lagi....sok baru...tragedi oktober..pastu baru November Rain... kemudian...Back to December.
                                 
        
Quote manjalara_01 30-9-2024 03:38 PM
Kecuali musim lain paip kering, rakyat bersabar la yea
Quote TeropongThaico 30-9-2024 05:23 PM
Dulu masa aiol kecik2 tak salah dengar deme berpesta musim tengkujuh ni
Quote SalenaGomez 30-9-2024 08:39 PM
Skuau replied at 30-9-2024 03:07 PM
lum lagi....sok baru...tragedi oktober..pastu baru November Rain... kemudian...Back to December.
    ...


Wake me up when September endddddddd
Quote pinkpunk 1-10-2024 08:23 AM
dah tau banjir ni annual, dorang ni tak boleh pikir prevention action ke.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.219442 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top