CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belanjawan 2025: Henti subsidi pendidikan untuk orang kaya – PM

30-9-2024 10:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16929| Komen: 63|Original author: sinardaily

 


PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa kerajaan akan menilai semula peruntukan subsidi dalam sektor pendidikan yang selama ini dinikmati golongan mahakaya.

Perdana Menteri menegaskan, perkara itu antara yang diberi keutamaan dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober depan agar pemberian subsidi itu hanya diberikan kepada golongan miskin dan benar-benar layak.

Menurut beliau, Belanjawan 2025 akan terus menyantuni golongan miskin dan menghentikan pemberian subsidi kepada golongan kaya dalam sektor pendidikan.

“Bentuk ketirisan (subsidi) termasuk anak-anak golongan paling kaya ke sekolah-sekolah menengah sains yang dibantu dan diberi subsidi tinggi oleh kerajaan, ini harus dihentikan.

“Perkara ini saya hanya berikan hebahan awal sebelum umum belanjawan bulan depan. Negara kalau benar mahu adil, harus adil kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan rentan,” katanya ketika merasmikan Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di sini hari ini.


Anwar berkata, pengagihan dana perlu dilaksanakan secara adil terutama di kawasan-kawasan yang terpencil dan kadar kemiskinan tertinggi.

Menurut beliau, negara ini bermakna kemerdekaan dan kebebasan serta keadilan, maka fokus kerajaan mesti terarah ke situ

Sebagai contoh, jelasnya, sekolah menengah di Kapit, Sarawak iaitu antara daerah yang terpencil dan tertinggi kadar kemiskinan, pemberian dana mungkin tidak setimpal tetapi sekurang-kurangnya harus ada usaha berterusan bagi meningkatkan kemudahan, keupayaan dan mutu pendidikan.

“Orang kanan penjawat awam, pimpinan politik, pengusaha-pengusaha terkenal, itu semua yang dihantar sekolah-sekolah terbaik yang dibiayai oleh kerajaan dengan kadar yang tinggi.

“Ia sebenarnya meletakkan kita dalam keadaan tidak adil. Sepatutnya kalau anak orang kaya itu dihantar ke Fakulti Kejuruteraan (contohnya), Melayu atau Cina, dia (perlu) bayar lah. Jadi dengan cara itu, kita boleh menampung kekurangan.

“Kalau tidak subsidi ini (golongan kaya) berterusan dan hasil ini (sepatutnya) akan digunakan untuk membantu tambahan kepada rakyat yang miskin,” katanya. 


Sumber – UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 30-9-2024 04:16 PM
Eloklah tu..sabah swak isu skolah daif mcm reban ayam pon x setel2 lagi..meanwhile anak orka  aman2 masuk u  yuran kjaan yg tanggung
Quote adila39 30-9-2024 04:22 PM
hmm,...i wish and I'd like to understand PMX's vision ni  better. Is his goal to please voters ke  or address more important issues than just subsidies ke? Is he aware of the struggles faced by factories in Malaysia ni? particularly in the steel industry and hmm more giant factories facing like now? Is his main purpose to improve the economy by ceasing subsidies to the rich je ke? i dunno...hhaha
Quote gigahertz 30-9-2024 05:43 PM
tripleid replied at 30-9-2024 08:16 AM
Eloklah tu..sabah swak isu skolah daif mcm reban ayam pon x setel2 lagi..meanwhile anak orka  aman2  ...

org kaya ni kalau tak meniaga mesti ada property yang di sewa.
so subsidi tak di bagi diorang takde hal nak up harga.
hujung2 yang rugi si miskin la. sebab masih menyewa
pastu segala ayam , beras , sayur semua beli.
hidup atas dunia betul betul tulang 4 kerat.
Quote SalenaGomez 30-9-2024 05:58 PM
Nak reduce subsidi tu fahamlah. Tapi jgn la usik pendidikan. Inikn utk future juga. Skrg ni pon ramai dah komplen kos of living tinggi. Budak2 nak sambung belajar, ramai yg x mampu.
Quote honeybee1802 30-9-2024 07:06 PM
Boleh pmx definikan apa ke golongan kaya tersebut?
Quote naina 30-9-2024 07:10 PM
Orang berniaga takda slip gaji tu cmnelah nak detect kaya ke tak. Tahu2 dapat bantuan.
Quote prettyuglybabe 30-9-2024 07:50 PM
naina replied at 30-9-2024 07:10 PM
Orang berniaga takda slip gaji tu cmnelah nak detect kaya ke tak. Tahu2 dapat bantuan.

golongan paling banyak menipu kan?
Quote Decaffeinated 30-9-2024 07:57 PM
Adakah kerajaan sekarang ni sedang melancarkan perang terhadap orang kaya? Macam tak lojik ja.
Quote SalenaGomez 30-9-2024 08:07 PM
Dlm manifesto dulu kata nak bagi pendidikan percuma. Chiiittt podahhh betul
Quote kakikuDibibirmu 30-9-2024 08:24 PM
Mahazalim dengan Mahafiraun tersenyum sinis

[youtube]Z6XFzXv9jz0[/youtube]
Quote Tinot7 30-9-2024 09:46 PM
Orka ni sapa? Kang t20, t10, t5, t1?
Quote naina 30-9-2024 09:49 PM
prettyuglybabe replied at 30-9-2024 07:50 PM
golongan paling banyak menipu kan?

Yer Noks..kat sekolah anak aku tu ramai budak2 dapat bantuan makan RMT. Tapi budak2nya xnk makan. Duit belanja banyak. Anak aku plak dilihat semiskin walaupun bapaknya cikgu. Kah2.
Quote brownstone 30-9-2024 09:51 PM
Awal tahun bagi handout bantuan awal persekolahan semua murid...lawak2...

Satu segi berazam nak berjimat, satu segi lain membazir dgn pemberian bukan2.
Quote suri33 30-9-2024 10:38 PM
Selagi ada perasuah dlm kerajaan, berita ini spt angin laluhh.
Quote tungkai 30-9-2024 10:41 PM
Contoh subsidi pendidikan pd orang kaya?
Quote azimie 1-10-2024 12:41 AM
negara maju akan mula berikan pendidikan percuma kpd seluruh rakyat. tp kita terbalik plak
Quote azimie 1-10-2024 12:44 AM
blajar rajin2 dpt jd keja bgus, dpt pndapatan lebih, bayar cukai last2 kita kena balik
Quote Farnor 1-10-2024 01:55 AM
Tak habis.. Kaki spin..
Quote shida81 1-10-2024 06:41 AM
naina replied at 30-9-2024 09:49 PM
Yer Noks..kat sekolah anak aku tu ramai budak2 dapat bantuan makan RMT. Tapi budak2nya xnk makan.  ...

Sama lah.. Sudahnya ank ak yg dpt mkn rmt tu.. Ank ak suka lah save duit dia

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.043913 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top