CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jiran dari ‘neraka’ buat hal lagi, kini menetap di sebuah flat di Bukit Merah

1-10-2024 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22505| Komen: 6

 


SINGAPURA  – Seorang wanita yang digelar jiran dari ‘neraka’ kini menetap di sebuah flat di Bukit Merah, Singapura selepas berpindah, lapor portal berita MSN News semalam.

Wanita itu mendapat gelaran tersebut selepas perbuatannya mengakibatkan beberapa penghuni berpindah dari unit flat mereka di Punggol.

Dia  didakwa mengulangi perbuatan lamanya dengan seorang penduduk  di bangunan flat Bukit Merah. Jirannya mengadu tentang bunyi bising berterusan kedengaran dari unit flat wanita berkenaan.

Seorang lelaki yang tinggal bersebelahan dengannya dikenali sebagai Lin memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa dia berpindah ke flat berkenaan awal tahun ini.

Tidak lama selepas berpindah,  dia perasan jiran sebelah rumahnya sering membunyikan radio dengan kuat sehingga boleh didengari dari bilik tidurnya, kata Lin.

Menurut klip video dan audio yang dirakam Lin, jirannya akan memainkan muzik dengan kuat pada pukul 1 pagi, 3 pagi, 4 pagi, 6 pagi dan 8 pagi (waktu tempatan).

Dia juga akan menghempas pintu dengan kuat pada waktu tengah malam, katanya.

Lin berkata, dia telah meminta wanita berkenaan untuk tidak membuat bising tetapi jiran itu menjawab bahawa dinding flat itu yang terlalu nipis dan bunyi bising tersebut bukan salahnya. – AGENSI 

 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 2-10-2024 07:10 AM
Balas la balik kt acik tu. Aku dulu pnh je buat balik kt roommate aku gitu ( hostel 4 org, masing ada partition). Dia pasang lagu kuat boleh, aku lg tambah volume pastu dia tegur aku. Ko psg kuat x hengat org pulak. Pnh je bdk lain tegur dia nk earphone x. Dh la jenis x suka bwk kunci. Eh hello xde masa ye nk jd org ko tukang buka pintu, satu hari aku g bilik member kt bwh, pastu dgr gongang2 pintu atas. Padan muka ko. Roommate lain elok je bwk kunci even g toilet.
Quote iniaroonz 2-10-2024 07:42 AM
aku dulu pun pernah ada jiran dari neraka...asyik pum pam hempas pintu...sedara mara datang pun buat camtu...dengan hempas bonet kereta macam nak pecah kereta....sib baik dah berambus....kaki penghasut pulak lagi...
Quote BoongaKertas 2-10-2024 08:14 AM
acik ni kesunyian betul kot. kurang kasih syg. anak2 pun agaknya malas dah nak tgk sheols kot eh?
Quote nisako 2-10-2024 08:16 AM
saiko kut
Quote shamsadis 2-10-2024 08:21 AM
masalah mental, elok letak dekat rumah sakit jiwa untuk pemantauan.
Quote renko 2-10-2024 11:16 AM
cekik je bg mampos

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.178892 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top