CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Jangan Buka Aib Pasangan, Tuhan Akan Tunjuk Balik Apa Yang Kita Selindung Selama Ini’ – Sharnaaz Ahmad

10-10-2024 12:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27801| Komen: 23

 


Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati pasangan yang sudah berkahwin agar tidak memburukkan satu sama lain apabila berpisah.

Menerusi rakaman siaran langsung yang dikongsikan semula di TikTok, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berpendapat bahawa sikap membuka aib pasangan bukan sahaja menjejaskan imej seseorang malah turut memberi kesan terhadap emosi anak, kelak.

 

"Jangan buka aib pasangan yang pernah hang sayang. Ingat, orang yang hang marah tu adalah bapa. Kalau Fattah nak bercakap apa-apa pun, itu adalah mak Fatima juga.

"Jadi berhati-hati. Jangan burukkan. Biar macam mana sekalipun, biar anak tu hormat mak ayah dia."


"Anak satu hari nanti akan besar, akan baca dalam Internet apa yang mak dan bapa dia cakap tentang satu sama lain."


Meksipun begitu, Sharnaaz memaklumkan bahawa dia tidak berniat untuk masuk campur hal perceraian Fattah dan Fazura sebaliknya nasihatnya itu adalah untuk renungan pasangan yang sudah berumah tangga.

"Aku tak nak komen tentang kesusahan orang. Kalau dah rasa tak boleh hidup sama, baguslah. Bawa hal masing-masing. Ingat, apa yang kita buat hari ni. Tuhan akan tunjuk balik apa yang kita selindung selama ni."

"Tapi Alhamdulillah, masa aku cerai dulu tu aku boleh sabar. Yang penting niat kita, adalah anak. Jangan buka aib orang, kalau Tuhan buka aib hang macam mana."

Sumber – Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Duriand24 10-10-2024 12:06 AM
Cara retis2 ni komen dan side fattah mcm dorang tahu something hehhehh. Bangkai gajah x selamanya bole ditutup. Just saying
Quote dua_chzy 10-10-2024 12:16 AM
Duriand24 replied at 9-10-2024 04:06 PM
Cara retis2 ni komen dan side fattah mcm dorang tahu something hehhehh. Bangkai gajah x selamanya bo ...

Sanaz komen neutral huntok dua2 kan. Cer baca.
Quote doubleA 10-10-2024 01:19 AM
Persamaan deme - disheraikan oleh ex bini di hari lahir
Quote Cleocatra 10-10-2024 01:33 AM
Sipi2 jah dia bagi sskjp. Mohon tini lembam terasa
Quote Tiggybiru 10-10-2024 05:48 AM
Mak aih
Pakat semua jd malaikat laa
Di bawah lindungan kaabah la semua ni kan
Marriage hampa artis2 yg duk komen ni semua baguih sgt kaa
Quote Cekgushilla 10-10-2024 06:04 AM
Mybe tah ada bukak aib bini kt sapa2 so blsan dia aib tah pon org tau
Tak gituuu
Quote aemon 10-10-2024 07:24 AM
Edited by aemon at 10-10-2024 07:25 AM

Mcm kes ko,Allah dah tunjuk siap2 perangai keji sskjp dan birahnye jenab jane.sukur dah terkeluar dari family tu
Quote JiEunTak 10-10-2024 08:51 AM
masalahnya nanaih oi...
bukan takat perceraian kaa masalah mak pak jaa anak hang bleh baca esok2 nih...
hat hang katok pak gad...
hat hang maki sana sini...
berkelaing ngan bini org @ lisdawati bagai....

hat tu punnn dia bleh bacaaa....
jadi kesimpulannya...
jangan masa bercerai berai saja...
jaga lah diri, hiasi peribadi, setiap masa


and yes la... aku ni awai2 nya mmg team fazura la..
aku pun sama sebak dgq dia reveal punca dia minta cerai
tapi... 3 4 hari nih aku pasan ramaiiiii pulaaa retissssss seindustri sapot fattah
takat laa x dak sapa yg mmg purposely sapot fazura
hat sapot dua2 tu ada...if not, depa mmg terang2 sapot fattah


ni yg aku x leh nak terus husnuzon nihh
Quote Akalditipumata 10-10-2024 09:46 AM
Ade yg support by qoutes2 bg kata2 positive. Sbb neutral. Plus..diorg ni cari mkn dgn duit nitizen.. nnti tnjuk support faz.. nitizen xbeli produk pulak.. acane
Quote Acik2kepam 10-10-2024 10:27 AM
Better doakan baik2 jelaa
Hidup ni penuh plot twist

Quote pocongkiutss 10-10-2024 10:30 AM
JiEunTak replied at 10-10-2024 08:51 AM
masalahnya nanaih oi...
bukan takat perceraian kaa masalah mak pak jaa anak hang bleh baca esok2 nih ...

Pajurah kalau nk dptkan support..kena spill receipt level sarah yasmine tu ha

Patah amon tak byr nafkah - bg proof

Patah amon curang - tunjuk proof

Kalau takde bukti mmg diayam-ayamkan jah la
Quote awex^returns 10-10-2024 10:36 AM
nenas acah² backup Fattah
dulu bukan nenas dan adik beradik ipar yang kutuk Fattah kaw² ke
macam molia sangat
pas kena cerai ngan KakNab tetiba sekarang tunjuk baik ke
piiirraaaaahhhhh mabukkkk
Quote babelina 10-10-2024 11:05 AM
ko pn nanassss... nie hang nk bgtaw yg ex hang dh kna blk ker sbb buka aib hang bg bpe ratus jer dulu..
Quote ketupatnasi 10-10-2024 12:02 PM
Kalau dah rasa tak boleh hidup bersama baguslah berpisah n bawak hal masing2 je. berpisah awal2 jangan biar diri melarat dengan penderitaan.

Laki ke bini ke, kalau bersama tu sangat menyakitkan, serabut fikir kekesalan, fikir keburukan / kelemahan / kecurangan / kejahatan pasangan, jalani kehidupan sendiri seharusnya lebih tenang dan nikmati dengan penuh kesyukuran.
Quote LautBiru52 10-10-2024 12:45 PM
Dah masing2 nak jadi pakar motivasi. padahal masing2 aib pun penuh poket
Quote mellowyellow 10-10-2024 12:46 PM
Cekgushilla replied at 10-10-2024 06:04 AM
Mybe tah ada bukak aib bini kt sapa2 so blsan dia aib tah pon org tau
Tak gituuu


Saya sokong ni
Quote petpot 10-10-2024 01:35 PM
hang pun bercekau sana sini dulu nanaih oiii. laaa ni aje baru baik balik dengan bekaih bini.
Quote lasagna 10-10-2024 01:44 PM
abes dlu yg kata nafkah nanas bg rm500 dlu ex-wifey gak yg bukak aib kann? ke iols salah cakap? betul kan?
Quote gideoncross 10-10-2024 09:45 PM
Duriand24 replied at 10-10-2024 12:06 AM
Cara retis2 ni komen dan side fattah mcm dorang tahu something hehhehh. Bangkai gajah x selamanya bo ...

Mcm rata2 side Fattah lol

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.086241 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top