Sebuah syarikat aksesori kenderaan di Kajang dilihat mengambil kesempatan menggunakan isu terhangat masa kini iaitu kisah perceraian artis iaitu Emma dan Fattah Amin bersama Nur Fazura. Difahamkan, kedai tersebut menawarkan diskaun sehingga 50% kepada mereka yang bernama sama seperti Emma dan Fattah. Penawaran diskaun itu hanyalah terhad sehingga akhir bulan Oktober ini dan tidak cukup dengan itu, sesiapa yang memiliki kenderaan jenis Honda SM4 pun tidak terkecuali dengan diskaun separuh harga itu.
"Tag yang nama Fattah, Emma dan siapa yang pakai Honda SM4. Kita nak bagi diskaun tinted 50 peratus untuk bulan Oktober ni." Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terhibur dengan iklan yamg dibuat kedai aksesori tersebut yang dianggap ‘menunggang’ isu semasa. Loading FB Post... Sumber – Oh Bulan |
ADVERTISEMENT