CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Taiwan percaya China tak akan serang dalam tempoh 5 tahun

10-10-2024 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28759| Komen: 31


 


TAIPEI: Kebanyakan rakyat Taiwan percaya China berkemungkinan besar tidak akan menyerang pulau itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagaimanapun, menurut tinjauan dikeluarkan oleh badan pemikir tertinggi tentera, Taiwan masih menganggap China sebagai ancaman besar kepada pulau itu yang mengamalkan demokrasi.

Sejak lima tahun lalu, tentera China meningkatkan aktiviti ketenteraannya di sekitar Taiwan dengan ketara.

Beijing melihat Taiwan sebagai wilayahnya sendiri walaupun terdapat bantahan daripada kerajaan di Taipei, manakala China tidak pernah menolak untuk menggunakan kekerasan dalam membawa pulau itu berada di bawah kawalannya.

Tinjauan pendapat ke atas 1,200 orang yang dilakukan September lalu oleh Institut Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Negara (INDSR), mendapati sebanyak 61 peratus individu berpendapat bahawa "tidak mungkin atau sangat tidak mungkin" China akan menyerang Taiwan dalam tempoh lima tahun akan datang.


"Kebanyakan orang tidak berfikir bahawa cita-cita wilayah China akan terwujud dalam bentuk serangan terhadap Taiwan," kata penyelidik INDSR, Christina Chen.

Beliau juga menyatakan, rakyat Taiwan turut bimbang mengenai ancaman lain dari China, termasuk latihan ketenteraan dan kempen propaganda.

Chen menambah, kebanyakan orang melihat cita-cita wilayah China sebagai ancaman serius.

Tinjauan itu menunjukkan, perbezaan berbanding amaran oleh ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan pada tahun 2023 bahawa Presiden China Xi Jinping mengarahkan tenteranya bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas Taiwan menjelang 2027.

"Itu bermakna rakyat Taiwan sedar akan ancaman berkenaan, tetapi kekal tenang dan rasional dengan jangkaan bahawa peperangan tidak akan berlaku dalam masa terdekat," kata INDSR.

Lebih daripada 67 peratus responden tinjauan menyatakan bahawa mereka akan melawan jika China menyerang, tetapi pandangan mereka terbahagi hampir sama rata sama ada angkatan tentera Taiwan mampu mempertahankan pulau itu, dengan separuh yakin dan sebahagiannya lagi tidak yakin.

Tinjauan itu juga menunjukkan perbezaan pendapat mengenai sama ada AS akan membantu mempertahankan Taiwan.

Kira-kira 74 peratus percaya bahawa kerajaan AS berkemungkinan membantu Taiwan secara "tidak langsung" dengan menyediakan makanan, bekalan perubatan dan senjata, tetapi hanya 52 peratus berpendapat bahawa tentera AS akan menghantar angkatan bersenjata mereka untuk campur tangan, menurut tinjauan itu.

Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 10-10-2024 02:11 PM
Taufan hurricane lalu lalang bukan lokasi bagus utk direbut
Quote Dwdrum 11-10-2024 07:49 AM
Edited by Dwdrum at 10-10-2024 03:51 PM
gigahertz replied at 10-10-2024 10:51 AM
Sekarang ada masa utk serang China....serang je la.
lepas 5 tahun angkatan China dah besar buat apa  ...


Bila pula taiwan kata mahu serang china?...
Quote Dwdrum 11-10-2024 02:49 PM
gigahertz replied at 10-10-2024 10:09 PM
Baik taiwan serang china sekarang.selepas 5 tahun China unstopable

Taiwan tidak ingin buat land expansion ke china... But china mahu taiwan... If taiwan serang china... Depa same gila seperti ko...
Quote Dwdrum 12-10-2024 09:53 AM
gigahertz replied at 10-10-2024 11:41 PM
Taiwan tak perlu tawan seluruh China. Dapat shenzhen & beijing dah mencukupi.

Sebab depa bukan ko... Kuat merepek
Quote Dwdrum 12-10-2024 01:10 PM
gigahertz replied at 11-10-2024 07:57 PM
kita tengok la nanti.
Jangan terkejut China ada missile Iran.

Who care china or iran ada apa... Kenapa tidak bedil israel saja... Or special di design untuk guna di SCS?
Quote zuuu 12-10-2024 01:15 PM
gigahertz replied at 12-10-2024 11:57 AM
kita tengok la nanti.
Jangan terkejut China ada missile Iran.

Adakah lepas 5 tahun baru China akan serang Taiwan???atau dia akan target negara lain pulak???
Quote Dwdrum 13-10-2024 06:54 AM
gigahertz replied at 11-10-2024 09:50 PM
Teknologi Missile Iran tu dapat dari Korea Utara. Korea utara dapat dari China.
North Korea & Chin ...

Actually... Ko tahu kenapa statement begini keluar?
Quote Dwdrum 13-10-2024 12:56 PM
gigahertz replied at 12-10-2024 07:59 PM
Banyak banyak membaca la sis.
Dalam tempoh 24-48 bulan ni sesuatu akan jadi
pada Mekah & Madinah.  ...

Reliable or fitnoh source aku kena baca?... Di mana
Quote Dwdrum 13-10-2024 02:54 PM
gigahertz replied at 12-10-2024 09:14 PM
free images app

SOurce houthi tembak mekkah 2016

Kenapa mossad perlu bomb mecca and medina sedang kan territorial dispute di antara irael-palestinian rebut Jerusalem?.... Iran-saudi akan collab untuk nuke israel ka bagaimana?.
Quote Dwdrum 14-10-2024 07:47 AM
Edited by Dwdrum at 13-10-2024 04:31 PM
gigahertz replied at 13-10-2024 12:05 AM
Semenjak arab kalah perang dengan Israeltiada satu pun negara di dunia ambil tindakan pada Israel.
...


Memang perang ini real lah...issue israel - palestine ini negara neighbourhood palestine pernah tolong depa kalah dengan israel..seperti bagi free land kepada israel...1940s apabila israel-palestine split 50/50 sepatut nya ber henti fight...seperri di SCS if china menang war depa dapat... But ko jangan buat comparison russia-ukraine depa ini lain sama seperti iran-iraq.. Saudi-yemen...

2. Aku tidak mahu comment lebih kepada watch saja apa yang berlaku di middle east..

3.better ko berenti merepek... Ko ini lebih kepada sembang lobai coffee shop... Luas kan circles ko dengan ereb sendiri but jangan ereb di malaysia tetapi ereb di negara maju ter utama nya ereb negara T20..aku pernah sampai iraq... Apa yang lobai/lobainita  forum cerita... Depa buat narratives untuk semua iraqis nampak baik sebab islam .. . Yang saddam di tuduh wmd itu betul but study real story apa yang berlaku di iraq - kuwait... Sama seperti vietnam war communist china and russia nampak baik di mata lobais..

Maybe reason tohan muslim doas tidak pernah maqbol... Buka molot kuat menuduh and membohong bukan mahu focus real issue... Remember pada Oct7 apabila hamas intended serang israel... Humanity already dead... Oct 7 event tidak sepatut nya berlaku..bangnon pula coba jadi hero di mata donia... Shiok sendiri saja untuk his supporters saja orang lain nampak heshe sebagai clown cuma tidak cakap direct to his face
Quote annehuda 14-10-2024 06:08 PM
ntahle aku rasa skrang ni cepat betul masa berlalu. 5 thn tu sekelip mata je tu.  mcm covid la, 2020-2021, tau-tau skrang dah nak masuk 2025
Quote Dwdrum 15-10-2024 01:24 AM
gigahertz replied at 14-10-2024 01:55 AM
orang barat macam mana kau ikut bontot mereka sekalipun
selagi kau tak sembah apa yang mereka semb ...

Ini cerita experience sendiri ka?....ko kena bully dengan orang barat and yahudee ka?

aku hairan kenapa yahudee kena dengki dengan muslim yach?...sebab banyak ummat?...
Quote Dwdrum 15-10-2024 02:52 AM
Edited by Dwdrum at 14-10-2024 11:04 AM
gigahertz replied at 14-10-2024 10:22 AM
kau sendiri tengok la video barat interview MBS
barat tanya " iran getting nuclear "
tahu MBS cak ...


Buat saja lah if mahu nuclear weapon same as iran... Why perlu jadi lemboo ikut barat... And ko pula seperti play victim... Ikut seperri north korea... Same juga if ko mahu jihad untuk palestine... Gomen kenapa perlu ikut barat(UN) and salah kan ereb and barat ... Ko accused barat pegang telok tetapi nampak sendiri yang bagi... BTW apa yang di discuss sekarang tentang wars nothing untuk jadi humane .. Aku rasa hampa ini fucked up....
Quote Dwdrum 15-10-2024 02:26 PM
gigahertz replied at 14-10-2024 09:26 PM
sendiri tak faham konsep enemy of your enemy is my friend
pastu kata org lain fakap

Negara malaysia guna political neutral... Untuk balance... Tetapi sebab agama sokong militant.... So mahu tunjuk jantan stuck sebab tiada treaty untuk build nuclear weapon seperti iran... Option jadi seperti north korea... If bangang dengan UN thingy better diam... Nampak sakit nya di sini...

sendiri tinggal bawah ketiak mak... Mahu ajar aku bagaimana survive di donia barat and yahoodee ?... What a joke ko ini...
Quote Dwdrum 16-10-2024 03:46 AM
Edited by Dwdrum at 15-10-2024 02:01 PM
gigahertz replied at 14-10-2024 10:37 PM
kau mengarut apa. mmg dari dulu negara luar
berebutkan hasil bumi kita. Pedulik apa neutral ke ta ...


Hahaha ko ini lawak and package sembang asal kan boleh... aku bukan malaysian seperti ko mak aku malaysian... Semua orang tahu china mahu EEZ zone... Issue Yahoodee... barat sekarang dengki and mahu jajah negara islam itu hanya delusional ko saja itu old story...seperti gomen malaysia tahu isreal bukan threat kepada malaysia lebih kepada protecting palestine saja ... Yang sembang lebih lebih issue mossad itu sebab malaysia politician mudah tonggang untuk political miles ssbab melayu senang di beli atas ticket agama and policy tidak terima israel sebagai negara...sebab malaysia negara political neutral and military hauk kena hadap mainan diplomatic china...british pun tidak mahu jajah ssmula malaysia sekarang... depa tolong stabil kan EEZ zone supaya tidak mudah dapat kepada china..nampak nya if ber perang again kena ambil protection bawah ketiak british....sembang kencang  tidak dapat membantu.... Sudah 21 century pandangan ko  kepada barat sama dream/opportunity mahu jadi kan negara maju/barat  sebagai negara islam tetapi mentality same hauk dengan china... Russia to be exact communist

Apa yang terjadi sekarang di malaysia tidak perlu salah kan negara lain/orang lain salah kan politician sendiri yang neglect to provide protection/security ter utama nya military.. Sebab political neutral kena multifaceted dengan negara kuasa besar.... Ini weakness malaysia terlalu play safe games  ... 1 day akan threat to own country...seperti Gomen PH  sekarang cakap diplomacy relation with china sekarang tradition/normal... But in reality  nasib EEZ zone masih uncertain .. . And  aku rasa tiada orang akan explain maybe circle ko jenis shiok sendiri juga... And ko akan maintain bangang dengan policy negara sendiri
Quote Dwdrum 17-10-2024 07:51 AM
Edited by Dwdrum at 16-10-2024 03:59 PM
gigahertz replied at 16-10-2024 07:09 AM
itu cakap kau. yang kes mosad datang bunuh imam palestine
tu apa cerita ? pembunuh tu dapat tangka ...


.... Ko takut mossad ini lawak... If ko ropa nusantara depa tidak peduli...mossad hanya agent cari palestinian yang boleh harm isreal security... Sebab ko lobais suka speculate tidak alert negara sendiri... Dari ko takut mossad lagi bahaya MSS ada di malaysia tidak tahu siapa yang blend dengan local.. Ropa same.. Some depa hired local...US ada same problem... If ko tengok FBI list.... Malaysian juga ada MSS china agent. Atap malaysia akan leak bukan sebab isreal.. Zionist or mossad tetapi orang lain yang ko lick sekarang... Apa Motives ko suruh aku gelebah dengan delusion ko sendiri?  

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2026 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.032168 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top