CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imigresen gempur "rumah merah" bau busuk di Jalan Petaling tawar khidmat pelacur wanita Indonesia

10-10-2024 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30579| Komen: 64

 

KUALA LUMPUR - 'Rumah merah' di Jalan Petaling di sini yang menawarkan khidmat pelacur wanita Indonesia dengan bayaran serendah RM60 digempur, pada Rabu.

Serbuan bermula kira-kira jam 8.30 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mendapati lokasi itu dipercayai dijaga oleh lelaki tempatan yang berada luar premis bagi memantau kehadiran pelanggan mahu pun pihak berkuasa.

Semasa serbuan, terdapat beberapa pelanggan warga tempatan dan asing.

Salah seorang wanita Indonesia berusia lingkungan 20-an yang ditahan berkata, dia akui mengetahui kerja yang dilakukannya di premis berkenaan.

 


"Saya baru sampai dari Batam (Indonesia), petang tadi. Pasport ada pada bos.

"Ya cik, saya tahu akan buat kerja (pelayan seks) ini," katanya.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi yang berbau busuk dan kotor terbabit mendapati ruang premis telah dibahagikan kepada bilik-bilik kecil yang dimuatkan katil bagi menempatkan setiap wanita.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, 12 wanita Indonesia berusia 21 hingga 38 tahun ditahan.

Katanya, kesemua wanita itu diambil tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 
"Tiga pelanggan warga tempatan telah diberi notis saman saksi untuk hadir ke pejabat imigresen, manakala dua lagi iaitu warga Nepal dan India diambil tindakan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Kita turut menahan empat lelaki tempatan kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Tambahnya, dipercayai premis itu telah aktif setahun dan pelanggan datang secara 'walk in'.

 

Sumber - Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 10-10-2024 10:45 PM
caling-caling trisna..
Quote B40tastePosh 10-10-2024 10:50 PM
@nusaraya adakah ini budaya asli Indonesia yang dipanggil Lingga dan Yoni
Quote PULANGKAN 10-10-2024 10:52 PM
dah la dengan bau macam-macam

bayar RM60 untuk dapat macam2 STD
Quote Skuau 10-10-2024 11:08 PM
"mampir pak..mampir..murah pak....ngentot duluan..baru ngopi"-bapak nusaraya
Quote grouper 10-10-2024 11:14 PM
Ummah konoha cari tertutup hijab nak masuk benang ni
Quote Decaffeinated 11-10-2024 12:09 AM
Benda berlaku di Malaya tapi yang diejek Indonesia. Eh! siapa sebenarnya yang perlu malu? Think!
Quote Selubung 11-10-2024 01:10 AM
malaysia kena start buat tindakan keras kat customer pulakk
Quote Selubung 11-10-2024 01:11 AM
PULANGKAN replied at 10-10-2024 10:52 PM
dah la dengan bau macam-macam

bayar RM60 untuk dapat macam2 STD

macam mana kira tu? RM 60 sejam?
Quote PULANGKAN 11-10-2024 04:37 AM
Selubung replied at 11-10-2024 01:11 AM
macam mana kira tu? RM 60 sejam?

ya ampon sis, Iols pun tak tau
Quote nisako 11-10-2024 08:00 AM
mak ai murah gilo cm x berbaloi je dpt penyakit habis
Quote fanaz82 11-10-2024 08:38 AM
murahnya bayaran, patutla boleh walk in je
Quote AkokKocik 11-10-2024 08:43 AM

Datang walk in??rupanya blh buat temujanji..




Quote Selubung 11-10-2024 09:47 AM
PULANGKAN replied at 11-10-2024 04:37 AM
ya ampon sis, Iols pun tak tau

hahahahha i selalu curious macam mana pembayaran tu hahahah
Quote Selubung 11-10-2024 09:49 AM
AkokKocik replied at 11-10-2024 08:43 AM
Datang walk in??rupanya blh buat temujanji..

mesti laa you.. biasanya diorang guna telegram tapi kalau dah boleh walk in mesti gred rendah2
Quote Kuin-Kepam 11-10-2024 09:51 AM
customers apek2 tua
Quote nonymous 11-10-2024 09:58 AM
sebat ja semua yg bersekongkol.
Quote white_musk 11-10-2024 10:00 AM
nonymous replied at 11-10-2024 09:58 AM
sebat ja semua yg bersekongkol.



termasuk pbt dbkt tu semua....
cek hp sorang2 tu mesti jumpa punya...
Quote rbmy 11-10-2024 10:04 AM
PULANGKAN: dah la dengan bau macam-macambayar RM60 untuk dapat macam2 STD

geli aku nengok katil sebelah tu astagaaaaaaaaa pastu main asal sedap ke apa
Quote nonymous 11-10-2024 10:11 AM
white_musk replied at 11-10-2024 10:00 AM
termasuk pbt dbkt tu semua....
cek hp sorang2 tu mesti jumpa punya...

lepas bebas msuk sini buat kerja haram, siap tau lagi:
ya pak sy tau msuk sni buat kerja ini, mangkuk hang.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039892 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top