CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar pemimpin baik, sedia terima permohonan maaf Najib - Zahid Hamidi

29-10-2024 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31421| Komen: 5

 


Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin yang baik kerana sedia menerima permohonan maaf dikemukakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, antara lain menjelaskan mana-mana pemimpin baik yang lain juga wajar mengambil pendekatan sama seperti Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu.

"Seorang pemimpin baik harus menerima permohonan maaf daripada sesiapa sahaja dan UMNO berpendirian seperti kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung (Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki).

"Kita merasakan Najib was misslead by somebody and by group of people (ditipu pihak ketiga) dan perkara ini harus diambil keprihatinan.

"Kita jangan terus berprasangka, lemparkan pelbagai tafsiran terhadap perkara ini.

"Kita tahu kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas keterangan saksi di mahkamah dan hanya disedari Najib selepas saksi memberi keterangan," katanya.


Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia MADANI di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Pengerusi Sekretariat Kesatuan Sekerja dan Ekonomi GiG Malaysia, Datuk Seri Mohd Shakar Shamsudin.

Anwar Jumaat lalu, dilapor menerima baik permohonan maaf secara terbuka Najib berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Media sebelum ini melaporkan Najib membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi kenyataan dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Permohonan maaf Najib itu dibuat beberapa hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.

Beliau juga memaklumkan berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB ketika berada bawah pengawasannya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menempelak Lim Guan Eng yang mendakwa menteri dalam kalangan Umno tidak membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

"Saya kena jumpa dia (Guan Eng). Sewaktu beliau jadi Ketua Menteri (Pulau Pinang), beliau menangis telefon saya jam 3.38 pagi.

"Saya (ketika itu) dari Sarawak terus turun ke Pulau Pinang bantu beliau. Ingat itu.

"Jangan apabila (beliau) tidak ada dalam kerajaan tuduh sana, tuduh sini," kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.


SUMBER : – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namr 29-10-2024 08:25 AM
ko boleh diam tak komedi!
Quote akido_kido 29-10-2024 10:31 AM
Komedi oh komedi
Quote pinkpunk 30-10-2024 08:24 AM
kipas ekon semua keluar si komedi ni
Quote kemaruk 30-10-2024 09:18 AM
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menempelak Lim Guan Eng yang mendakwa menteri dalam kalangan Umno tidak membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.


"Saya kena jumpa dia (Guan Eng). Sewaktu beliau jadi Ketua Menteri (Pulau Pinang), beliau menangis telefon saya jam 3.38 pagi.
Quote Tinot7 30-10-2024 09:27 AM
Ada udang di sebalik mi goweng ka?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.091595 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top