CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watie Borong Minyak Wangi Di Makkah & Madinah, Shuib Belikan Dua Bagasi

7-11-2024 09:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40845| Komen: 31

 


Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah  meluahkan rasa terharu apabila suaminya membelikan dua bagasi baru untuk menyimpan minyak wangi yang dibeli di Makkah dan Madinah untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Watie berkata minyak wangi tersebut sudah dikirim oleh beberapa rakannya untuk dibawa pulang ke tanah air.

“Tengoklah daddy, belikan saya dua lagi luggage untuk saya letak minyak yang dibeli. Padahal ke sini (Makkah) dah bawa enam luggage.

“Daddy sokong betul bini dia jual minyak wangi. Luggage ini dia beli ini besar betul. Demi minyak wangi dia tambah lagi dua.

“Harap-harap minyak wangi yang saya beli ini selamat sampai ke Malaysia dan kepada tangan tuan-tuannya, insya-Allah,” tulisnya.

Sementara itu, Watie memberitahu dia sudah ‘memborong’ berpuluh minyak wangi sepanjang berada di Makkah dan Madinah.


“Minyak wangi yang beli di Makkah sudah disusun dalam bagasi, ini ada lagi yang baru beli di Madinah. Total yang saya beli ada dekat 60 botol,” tulisnya.


Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 7-11-2024 09:18 PM
Oh...pi Mekah untuk bisnes ke?
Quote uda 7-11-2024 09:39 PM
60 botol je. Takkan kena letak dalam 2 beg. 1 beg pun dah cukup, Botol perfume bukan besar pun. Pasalpa dia tak pos je balik ke malaysia.
Quote Lily_Elizabeth_ 7-11-2024 09:54 PM
Muka waiting lebih besar dari muka eb.

Jahat nya aku ni.
Quote nolya 7-11-2024 10:02 PM
Ikhlas bertanya, kalau beli minyak wangi dlm jumlah yg banyak tak kena tax ke?  Kalau kata oleh2 atau hadiah untuk kawan2, kastam boleh lepaskan? Or kastam pun tak check lagguage jemaah umrah?
Quote MissVixen 7-11-2024 10:32 PM
Hutang tak bayar, aman2 je bermewah2 dan pergi luar negara.
Quote lilacomot 7-11-2024 10:47 PM
Duit KWSP staff dh byr ke... Sekadar bertanya
Quote kepompong 8-11-2024 02:33 AM
umrah naik flight bussiness class. Harap berita utang tu dah selesai
Quote MisXoXo 8-11-2024 06:19 AM
Sambil beribadah sambil beli.apalah salahnya..serba xkena..kesian dedua ni.biolahhh..aku risau yg kondem2 ni gi mekah pun belum
Quote redz85 8-11-2024 07:48 AM
sedap nya bau perfume arab masa jalan ulang alik ke masjid
Quote lazim 8-11-2024 07:50 AM
MisXoXo replied at 8-11-2024 06:19 AM
Sambil beribadah sambil beli.apalah salahnya..serba xkena..kesian dedua ni.biolahhh..aku risau yg ko ...

Apa bangga nya kalau pi mekah macam melancong? Jenis nk buat ibadat pon xblh tggal duniawi. Tetap la update hr2 demi content
Quote nisako 8-11-2024 08:29 AM
pi buat ibadat ke melancong ni
Quote mamapea 8-11-2024 08:36 AM
perlu ke nk bgtau?
Quote anilanil 8-11-2024 08:43 AM
Berapa ml? Ke saiz botol minyak atar? Btw brg2 dari mekah bukan 100 percent dari sana. Byk made in China. Org mekah pon berniaga jugak.
Quote MisXoXo 8-11-2024 08:47 AM
Pada aku..sesapa pun yg nk update ke x..tu pilihan.biolahhh..sebab durang soep dgn watie..tu yg kena kecam.hadaplahh kowang..apapun aku enjoy ja sapa2 yg up ke appa.aku dpt tumpang eppy
Quote kucingitam 8-11-2024 09:04 AM
takyah cerita pasal drg ni blh tak...
Quote cattiecute 8-11-2024 09:18 AM
beli luggage pun nak pos bagitau orang ke? sedeyyyyyy
Quote cikperiukkera 8-11-2024 09:59 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 7-11-2024 09:54 PM
Muka waiting lebih besar dari muka eb.

Jahat nya aku ni.

Hilang terus muka persis budak sekolah dkt gambar ni…spt yang digembar-gemburkan dekat benang satu lagi. Yg ni balik ke rupa asal..dgn muka soeb sekali yach .
Quote Moklove92 8-11-2024 10:41 AM
Forum dah patut ada option nak mutekan keyword. Annoying nak mampos benda macam ni pun nak kena bukak thread. Seriously without money, dua ni nampak very b40. Btw SPRM/LHDN is watching always. Belajar la dari kes Vivy/Aisyah Hijanah tak payah show off untuk selamat. Orang boleh berpaling tadah dalam satu malam. Harini ko dipuja, esok ko dibaling taik.
Quote aciksenah 8-11-2024 10:51 AM
Modus operandi biasa golongan artis bila kena kecam...kalau tak pakai tudung..pergi umrah. Asalkan bahagia.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.033554 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top