CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Kelantan "Mendunia", lelaki raih RM2 juta setahun jual Nasi Kerabu di London

27-11-2024 10:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37544| Komen: 29


 

Seorang lelaki raih RM2 juta setahun selepas menjual Nasi Kerabu di London telah mencuri tumpuan ramai apabila perkara itu didedahkan oleh pempengaruh, Chris MJ.

Lelaki berdarah campuran Cina-British ini telah berkahwin dengan wanita asal dari Kelantan, Malaysia dan menjadikan menu khas dari negeri Pantai Timur berkenaan sebagai jualan untuk memperoleh pendapatan.

Dalam video berkenaan, lelaki terbabit mendedahkan bahawa perniagaan secara kecil-kecilan ini bermula pada tahun 2019 selepas dia 10 tahun bergelar seorang arkitek.


“Kami bermula sejak 2019. Sebelum itu, saya bekerja sebagai arkitek hampir sepuluh tahun. Tapi, selepas sekian lama, saya hilang minat dan semangat dalam bidang itu. Akhirnya, saya nekad ‘terjun’ dalam bidang masakan.


“Keputusan ini juga dipengaruhi oleh persekitaran keluarga. Ayah dulu pernah kerja di restoran, dan saya sendiri sudah lama teringin nak ceburi dunia perniagaan,” katanya.

Namun begitu, dia mengakui bahawa gerainya pada awal pembukaan tidak begitu menguntungkan memandangkan pernah sahaja menjual hanya satu bekas sahaja Nasi Kerabu.

Disebabkan tidak berputus asa, perniagaannya kini berjaya meraih £400,000 (kira-kira RM2.2 juta) dalam masa setahun.

“Orang di sini tertarik kerana ini sesuatu yang unik dan tidak biasa mereka jumpa. Warna nasi biru itu memang jadi tarikan utama,” tambahnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet di TikTok memandangkan teruja melihat Nasi Kerabu ‘mendonia’ sehingga ke London.

Mereka juga mengatakan mungkin ramai yang tertarik dengan Nasi Kerabu disebabkan keunikkannya yang berwarna biru hasil dari bunga telang dan bukannya dari perwarna tiruan.

 
 
 

Nampaknya, masyarakat luar dah semakin tahu betapa nikmatnya makanan-makanan dari Malaysia lebih-lebih lagi dengan bahan-bahan istimewa seperti, budu, keropok ikan dan juga ulam-ulaman yang menarik serta sukar diperoleh di negara luar.

Sumber: TikTok Chris MJ, Oh Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 28-11-2024 09:31 AM
selamat maju jaya. harapnya kat sana takdelah gerai gerai sebelah yg busuk hati hantar santau
Quote Sazreena 28-11-2024 09:41 AM
Sek sek kito tersenyum banggo...ujung-ujung sapa yg pandai rebut peluang tu la yg kan dijulang.
Quote dua_chzy 28-11-2024 09:50 AM
Baru tengok video abang ni semalam.
Quote Kitty_catz 28-11-2024 10:13 AM
tu revenue.. bukan profit dia lagi.. tolak kos sana sini.. just ok je tu but maybe better la dr gaji dia sebelum ni + flexibility

ingat gaji staff dia sana myr1,700 ke sebulan?

and tu even kedai mcm pacak2.. bukan mcm sini , takde bayar lesen ke apa2 ke main pacak terus,

There are several legal requirements you should be aware of when setting up your street food business.
Apply for a food business registration. ...
Apply for a street trading licence. ...
Apply for a market stall licence. ...
Get a Gas Safety Certificate. ...
Obtain alcohol licences. ...
Implement a Food Safety Management System (FSMS)
Quote manopBKK 28-11-2024 10:55 AM
@Kak-Rohana pstttt dah cuber ke?
Quote B40tastePosh 28-11-2024 11:02 AM
Nampak lebih elok gerai nya walaupun khemah biru, nampak lebih suci dan mulia khemah biru bila diletakkan di London berbanding di Tanah Ayer

Quote Weller 28-11-2024 11:04 AM
rm 2 juta. nampak gah tajuk berita.

£ 400k setahun kat tajuk nampak biasa biasa.


huhuhuhu  
Quote lilacomot 28-11-2024 11:15 AM
xsuka nasi kerabu...ntah laa xkena d tekak iols
Quote jiwasemangat 28-11-2024 11:16 AM
Nyampah aku org bisnes tak nak buat calculation sampai habis. Untung bersih kerr..? Belum lagi nak kena bayar saman pacak kemah merata².. belum apa² dah ngaku juta². Mungkin murid² geng kambus kek belakang rumah agak nya.
Quote edayildiz 28-11-2024 11:19 AM
blh la merasa yg mana nk mkn ns kerabu tu
biasa xsesedap yg kt kelate..
kt rimbayu ada satu kedai ns kerabu sdp...dia mcm ns kerabu tumis...lain sikit dr yg sambal kelapa tu..
kalau kt kellate ada ns kerabu colour putih je..xsuka i colour putih..nk biru atau kuning
Quote midori888 28-11-2024 12:40 PM
edayildiz replied at 28-11-2024 11:19 AM
blh la merasa yg mana nk mkn ns kerabu tu
biasa xsesedap yg kt kelate..
kt rimbayu ada satu ked ...

recently meols baru tau, kalu yg kaler kuning tu dipanggil nasi kerabu diraja....meols bukan peminat nasi kerabu...
Quote Decaffeinated 28-11-2024 12:44 PM
Nasi kerabu tak sedap. Orang London tu beli sebab nak cuba je ada yang repeat tak?
Quote edayildiz 28-11-2024 12:46 PM
midori888 replied at 28-11-2024 12:40 PM
recently meols baru tau, kalu yg kaler kuning tu dipanggil nasi kerabu diraja....meols bukan pemin ...

la yeke..i pun xtau...ayah i ckp ns kerabu asal kelate mmg colour kuning
..kalau sarapan kt kedai kt kelate sana wktu pg ns kerabu kuning..kalau yg psr mlm atau mkn mlm kaler biru..
kalau yg pakai ns biasa putih biasa pun
Quote asamfish 28-11-2024 12:51 PM
Kitty_catz replied at 28-11-2024 10:13 AM
tu revenue.. bukan profit dia lagi.. tolak kos sana sini.. just ok je tu but maybe better la dr gaji ...

exactly! sbb tu ramai org bisnes melingkup hatta yang modal juta2 pun.....sbb jenis main taram je, tak buat kira2 yang betul

Quote annehuda 28-11-2024 12:59 PM
Edited by annehuda at 28-11-2024 01:01 PM

tetiba teringat aku guy fieri penah interview sorg malaysian ni type mana taknak cakap la. dia jual makanan malaysia kt sana antaranya rendang dan nasi lemak tapi masa interview die takde pun sebut makanan malaysia ni fusion melayu, dia cakap influence cina india, siap claim dari thai pun ade. melayu jadah taknak sebut dlm show tu
Quote midori888 28-11-2024 02:24 PM
edayildiz replied at 28-11-2024 12:46 PM
la yeke..i pun xtau...ayah i ckp ns kerabu asal kelate mmg colour kuning
..kalau sarapan kt kedai  ...

peniaga yg bagitau meols...
Quote Prickford 28-11-2024 03:08 PM
annehuda replied at 28-11-2024 04:59 AM
tetiba teringat aku guy fieri penah interview sorg malaysian ni type mana taknak cakap la. dia jual  ...

Guy Fieri ni yg beria sebut Thai, Chinese, India. Yg tukang masak pon lupa agaknya "Malaysian Food" got "MALAYsia" there.


Guy Fieri Rendang.jpg

Quote alesandra 28-11-2024 03:42 PM
Bini dia melayu ke cina?
Quote bakingsoda 28-11-2024 08:41 PM
midori888 replied at 28-11-2024 12:40 PM
recently meols baru tau, kalu yg kaler kuning tu dipanggil nasi kerabu diraja....meols bukan pemin ...

eh aku pon baru tau ni nasi kerabu kuning tu nasi kerabu diraja. ingatkan kuning = makan ngan tumis, biru = makan ngan budu

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.037291 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top