CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kami ‘rujuk’ semula ini pun tiada tekanan sangat’ - KRU

28-11-2024 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 45851| Komen: 99

 


Selepas enam tahun bubar, kumpulan adik-beradik terkenal, KRU mengumumkan kembali bergabung sekali gus mengubat kerinduan peminat mereka.

Menurut Datuk Norman Abdul Halim, 52, keputusan untuk kembali bersatu itu dimuktamadkan sekitar Mei tahun selepas melihat dua ahli lain yang juga adiknya iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim rancak berkongsi tentang muzik serta teknologi terbaharu antara satu sama lain.

“Kalau nak ikutkan pada tahun 2018 itu, kami memang tiada perancangan nak bubar dan konsert Gergasi KRU25 di Istana Budaya hanya nak sambut ulang tahun KRU ke-25 tahun.

“Sebenarnya tiga minggu sebelum konsert pun, Edry sudah luahkan hasrat nak bubarkan KRU sebab mahu berhijrah ke Manchester, United Kingdom.

“Ketika itu, saya pun terkejut mereka nak bubar tetapi ketika itu pun saya dan Yusry pun berfikir, apa lagi yang nak buat sebab semua benda sudah kami lakukan. Jadi, pada Mei tahun lalu secara rasmi kami bergabung semula,” katanya selepas sidang akhbar pelancaran single terbaharu, Voodoo di sini, semalam.


Sementara itu, Edry berkata, penyatuan semula tersebut juga berlaku disebabkan permintaan peminat yang mahu melihat mereka kembali bersama.

“Kami ‘rujuk’ semula ini pun tiada tekanan sangat.

“Sekitar 2022, Yusry mula rancak berkongsi pelbagai konten tentang teknologi, idea muzik baharu dan banyak mencuba pelbagai eksperimen.

“Kami tak nafikan hasrat peminat yang sentiasa berharap kami bersatu semula dan mahu lagu baharu pun antara sebab utama. Pengorbanan Edry yang sanggup berulang alik KL-Manchester dalam tempoh setahun ini juga faktor utama,” ujarnya.

Terdahulu, KRU pada April 2018 mengumumkan pembubaran kumpulan itu selepas konsert terakhir mereka yang berlangsung pada 6 Mei tahun sama.

Keputusan tersebut merupakan kata sepakat apabila ketiga-tiga mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 28-11-2024 10:22 PM
Fanatik fanatik fanatiklah duniamu
Nanananananana

Quote missbigrockstar 28-11-2024 10:25 PM
Bakalan ada konsert ka?
Quote Acik2kepam 28-11-2024 10:41 PM
Edry lagi tinggi berbanding abang2 dia
Quote sarah_ary2 28-11-2024 11:20 PM
lain sgt muka si edry tue
Quote sleepandream 29-11-2024 12:41 AM
konsert gergasi tu ada dekat netflix kan...
dulu2 layan la jugak walaupun ada few lagu tu bernanah telinga teman mendengornye...
Quote Buritan 29-11-2024 03:36 AM
Boleh nari lagi ke.. sore boleh pi lagikee.  Nak yo yo yoo atas pentas lg ke atuk oii.. body kena fit.. mcm boyot jahh..
Quote imransulaiman 29-11-2024 05:29 AM
Masa bubar dulu aku naik pelik sikit - adik beradik kot...nak bubar apanya?
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:03 AM
kalo boleh rujuk buat pe berpisah
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:04 AM
lagu ape kru ni
Quote ardy 29-11-2024 07:13 AM
imransulaiman replied at 29-11-2024 05:29 AM
Masa bubar dulu aku naik pelik sikit - adik beradik kot...nak bubar apanya?

Hahaha... aku pun pikir benda sama. Drama kuat sangat. Korang adik beradik kot. Takyah lah announce "berpecah" kalau ko still jumpa dalam rumah tiap kali raya. Just masuk je cold storage. Bile rasa nk nyanyi, kumpul balik... xyah announce "rujuk" pulak.
Quote ekselen 29-11-2024 09:09 AM
ardy replied at 29-11-2024 07:13 AM
Hahaha... aku pun pikir benda sama. Drama kuat sangat. Korang adik beradik kot. Takyah lah announc ...

patutnya ckp bersara je lah kan dlm industri hiburan... buat sementara waktu sbb ada perancangan lain ke.. bla bla.. iols pun terkejut psl bubar tu x rasa diorg bubar..more to bersara sbg sebuah grup..
Quote black_handbag 29-11-2024 10:00 AM
adik beradik ni walau dah tua, tapi nampak masih trendy. macam geng2 org tua yang bijak2.. cuba nak keep up dengan teknologi dan applikasi. i sokong je derang kembali bersatu. tolong keluar lagu baru ye. harap boleh menari macam zaman2 muda lagilah i rindu nak tengok hahahaha

tapi klu tgk edry tu takleh lupa yang gambar dia dgn linda rafar tersebar tu.. hahaha kalau tgk dia sampai sekarang i teringat
Quote Suci_Murni 29-11-2024 10:08 AM
Edited by Suci_Murni at 29-11-2024 10:22 AM
ardy replied at 29-11-2024 07:13 AM
Hahaha... aku pun pikir benda sama. Drama kuat sangat. Korang adik beradik kot. Takyah lah announc ...

sbb tu suci mana nak percayanya ngan retis & selebriti yang kata nak bersara sblm ni.. ini semua marketing murahan. yang suci ingat dulu yang kat anak bersara tu si FBI, fara... pengabisan skg masuk gak konti.

si edry ni dulu beria la kata nak besarkan anak autisme dia kat luar negara tetapi skg dia sendiri yang acah2 kata rujuk. bagi hint nak buat konsert la tu
Quote MadameOnion 29-11-2024 10:19 AM
jenuh membuat tabungan..kru..big bang..matilah sis
Quote Hoola 29-11-2024 10:54 AM
walau achik pemenat tegar kru jaman awal 90an dulu gigih achik ikut konsert depa, tp bila depa anounce bubar for me xsesuai....artis is artis the art blood still in you, tambah2 lg depa blood brothers...so no need instilah bubar...let it remain lejen in history of ind seni msia smpai bila2 ...
gitu pandangan mata achik yg mulai kabur iniih
Quote supernaturalee 29-11-2024 10:59 AM
black_handbag replied at 29-11-2024 10:00 AM
adik beradik ni walau dah tua, tapi nampak masih trendy. macam geng2 org tua yang bijak2.. cuba nak  ...

artikel ni lebih kepada berita rujuk instead of nk detail psl single terbaru dorang tajuk voodoosedap jgk lagunya, modern2 yg ikut style lagu2 upbeat skrg
mv siap guna teknik AI lagi
edry laaa plg sado dlm mv voodoo tu
berangan tu  free

btw viewers dlm sehari dh cecah 78k
utk artis2 lama mcm ni not bad at all


[youtube]IbNK_v_zcGk[/youtube]
Quote forex 29-11-2024 11:13 AM

lepas raya...
Quote lasagna 29-11-2024 11:14 AM
dia org ni kalau buat mini konsert skali pun pasti akn ada org pegi kot. maklum laa ramai fans dulu kann.. walaupun ada jer yg kecam deyol, tp jaman dia org naik dlu mmg mendonia kan..

amekkawwww Ke tepi, ke tepi gergasi sudah kembali. Menerap revolusi tergempar industri. Dari 92 hingga 7 tibaaaaa.....
Quote fadz84 29-11-2024 11:19 AM
Acik2kepam replied at 28-11-2024 10:41 PM
Edry lagi tinggi berbanding abang2 dia

Sblm ni I selalu igt Yusry adik pada Norman & Edry.. rupanya Edry yg plg muda.. haha

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.151015 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top