CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna papan, tanah liat halang air masuk rumah - Wanita kongsi tip mudah untuk menghalang air banjir

28-11-2024 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 42465| Komen: 12

 


PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi tip mudah menggunakan papan dan tanah liat untuk menghalang air daripada masuk memandang musim banjir telah bermula.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok oleh Nurul Atyra, wanita itu menunjukkan pintu rumahnya yang telah siap dihadang dengan sekeping papan putih.


Menariknya, papan itu ‘ditampal’ menggunakan tanah liat berwarna-warni seperti tanah liat yang biasa kanak-kanak main.

Menurutnya, cara ini berjaya menghalang air banjir dari memasuki rumah dan dia turut menggalakkan pengguna media sosial lain untuk mencuba teknik ini.

Sementara itu, ramai pengguna media sosial yang teruja dengan idea kreatif yang diberikan oleh Atyra.


“Bulan ini lah paling banyak kebijakkan yang terpendam terserlah,” komen Mimin.

“Nak cuba buat kak tapi pintu masuk rumah ada tiga, dengan ‘sliding door’ lagi. Letih aku nak buat semua,” ujar Bunga. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 28-11-2024 11:03 PM
Edited by nolya at 28-11-2024 11:07 PM

Kalau airnya setakat buku lali mungki boleh buat mcm tu, tapi kalau air banjir melimpah ke bumbung, berkesan ke.?  Air mungkin tak akan masuk mll  bawah pintu, tapi bagaimana jika air trs naik tinggi dari luar hingga ke paras tingkap, akhirnya masuk pulak mll tingkap.  

Andai kata tips sedemikian jadi satu idea untuk menghalang air banjir menyusup masuk ke dlm rumah mll pintu, mungkin boleh pula difikirkan oleh pengusaha2 bangunan mencipta door flood rubber/plasticine stopper yg boleh disendalkan di bawah pintu atau selaras pintu. Bertolak dari idea begitu, sesape yg bijak memikir, cubalah fikir atau cipta suatu alat yg boleh menghalang banjir  masuk ke rumah.Is there a M'sian McGyver?   
Quote aavakateimani 29-11-2024 06:56 AM
kapung sy ni
Quote aavakateimani 29-11-2024 06:57 AM
jd ni boleh cuba
Quote nisako 29-11-2024 07:44 AM
wow
Quote seri_mawr 29-11-2024 10:38 AM
boleh di guna pakai tuk halang air yang blm melebihi paras tingkap atau bumbung...

mungkin boleh di pasang pada tingkap jua..selagi blm capai paras bumbung air tak masuk....usaha sahaja..

tahun bila tu ada org halang air guna tempered glass....berksan jua...
Quote prettyuglybabe 29-11-2024 10:39 AM
tapi kalau tengok video atas, air takat manja-manja tak sampai paras pintu..
kalau air tinggi, betul ke boleh bertahan macam tu..
Quote Nnasda53 29-11-2024 10:44 AM
Ok la juga tu atleast ada la idea2 yang berguna mengikut situasi2 yang di perlukan.
Quote Radzor 29-11-2024 02:15 PM
kaann. soh developer buat siap² pintu / tingkap waterproof utk kawasan berpotensi.banjir
Quote amon_79 29-11-2024 02:35 PM
follow updates kawan iols kat wasap yg ddk kelantan. rumah banglo 2 tgkat nya kat area   tinggi slalu selamat jadi pulau je atau sampai laman.. tp banjir kali ni abis kena berangkut sofa,  meja makan, alatan elektrik semua ke tgkat atas sbb air banjir walau baru cecah bendul pntu tp kat dalam dah masuk air sampai paras buku lali.. sbb air masuk start dr bilik bawah dr lubang jamban bilik air ..laju melimpah air kuar.. camna nk tutup lubang jamban dgn plastersin eh
Quote dubuk 29-11-2024 05:52 PM
Apa la Awani buat live banjir tersengguk sengguk sakit kepala aku, line tak cukup rangkuman ke ? Inikah perkhidmatan yang cekap ??
Quote kakikuDibibirmu 29-11-2024 06:19 PM
Nasi dah jadi bubur lambuk
Quote Samerosie 29-11-2024 07:38 PM
Kalau pergi rumah kat area kampung selalu ada tembok simen sometimes tinggi dia bawah dr lutut untuk org melangkah masuk.  Mungkin tu sebabnya taknak air masuk kalau banjir takat betis ok kut.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034898 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top