CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesara kerajaan antara yang ditahan mengikut ajaran Millah Abraham di Melaka

28-11-2024 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 42104| Komen: 15

 


JASIN – Rumah pengikut ajaran sesat Millah Abraham yang membawa amalan bercanggah dengan mendakwa umat Islam tidak perlu menunaikan solat fardu dan Jumaat dikepung penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), tengah malam tadi.

Dalam serbuan selama empat jam sehingga 4 pagi itu, penguat kuasa mengepung empat buah rumah di sekitar kawasan Jasin termasuk Selandar.

Seramai lapan individu termasuk tiga pasangan suami suami isteri dan dua lelaki bersia antara 28 hingga 72 tahun dipercayai pengikut ajaran itu ditahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, serbuan itu merupakan hasil risikan selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai terdapat penyebaran dan pengamalan ajaran Millah Abraham di kawasan terbabit.

“Dengan kekuatan seramai 70 pegawai dan penguat kuasa, kita telah mengepung empat buah rumah pengikut Millah Abraham dan penggeledahan dilakukan di premis terlibat.


“Pelbagai barang kes dipercayai berkaitan ajaran itu ditemui seperti Ruhul Qudus Eksistensi dan Esensi Al-Quran, Jalan Kebenaran Universal, Renungan Spiritual, Membaca Alam Membaca Zaman dan lain-lain.

“Susulan itu kita menahan enam individu yang merupakan pasangan suami isteri, manakala dua lagi adalah lelaki bujang,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, peralatan elektronik seperti komputer riba dan telefon bimbit milik kesemua individu terbabit turut dirampas untuk tujuan forensik digital.

Mengulas lanjut Rahmad berkata, latar belakang pekerjaan individu ditahan termasuklah pesara kerajaan, pekerja swasta, bekerja sendiri dan suri rumah sepenuh masa.

“Hasil soal siasat dilakukan mereka ini mengaku tidak menunaikan solat fardu dan solat Jumaat.

“Pengajian pengikut ajaran Millah Abraham telah dilakukan secara dalam talian menerusi beberapa aplikasi tertentu dan mereka juga aktif merekrut ahli baharu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan,” ujarnya.

Katanya, kesemua individu terbabit ditahan di bawah Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 atas kesalahan menghina agama Islam dengan mengingkari atau melanggar fatwa yang telah diwartakan.

Jelasnya, individu terbabit juga dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 60 Enakmen yang sama iaitu kesalahan ajaran salah dan Seksyen 48 penerbitan agama yang berlawanan dengan hukum syarak.

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 29-11-2024 06:55 AM
rajin tul gi belajar ajaran sesat
Quote aavakateimani 29-11-2024 06:56 AM
jadi kaya tak masuk ajaran ni
Quote batmana 29-11-2024 07:18 AM
tidak menunaikan solat fardu dan solat Jumaat

Klu syiah
Leh kawin kontrak..sebulan skali kawin pmpn lain2 pstu ceraikan..dh mcm langgan pelacur bulanan .

-  dpt benda2 cmni la menarik pada otak diorg
Quote seri_mawr 29-11-2024 12:38 PM
yang x join ajaran millah nni pun ramai tak solat ....
Quote Skuau 29-11-2024 12:51 PM
bosan letew....cer korang buat band rock,keroncong,dangdut,zapin...drp 'sesat camni'...
Quote Skuau 29-11-2024 12:52 PM
seri_mawr replied at 29-11-2024 12:38 PM
yang x join ajaran millah nni pun ramai tak solat ....


dah 'ajarannya camtu'.......kot.
Quote seri_mawr 29-11-2024 02:01 PM
Skuau replied at 29-11-2024 12:52 PM
dah 'ajarannya camtu'.......kot.

xde la...bukan nak menyokong ajaran millah tu...tapi yang xikut millah pun bersepah x solat fardu n solat jumaat....elok di angkut kan sekali hantar ke pasentran sana nun...
Quote cmf_almondpecan 29-11-2024 02:20 PM
batmana replied at 29-11-2024 07:18 AM
tidak menunaikan solat fardu dan solat Jumaat

Klu syiah

Berapa jam pun ada orang buat kat Iran. Tengok documentary ada rumah kedai pompuan2 tunggu kat atas, bawah ada jantan jaga. Boleh pilih nak yang mana, ada tok kadi nikahkan. Lepas selesai, nikah pun tamat.
Quote Kitty_catz 29-11-2024 02:41 PM
yg join ni musti set2 yg mmg malas nak sholatt
Quote BungaKencana 29-11-2024 02:48 PM
yg 72 thn tuuuu... alahaiii
Quote edayildiz 29-11-2024 02:49 PM
pelik la mcmana org bijak pandai blh terjerumus sama..
i dh cite sblm ni bini kazen i cikgu pun sama ..siap bwk ank anakndianyg kecik sama tau..dorg ada buat perjumpaan kt tghbhutannkt perak...lakinya report polis..tmpt tu kena ambush mlm tu..masa dgr cite mcm dlm drama..
masa raya aroti jmpa bini kazen tu..tiber dia buat mcm biasa..mcm xde apa..maluuu
dia alim la jgk
Quote edayildiz 29-11-2024 02:52 PM
Edited by edayildiz at 29-11-2024 02:54 PM
seri_mawr replied at 29-11-2024 12:38 PM
yang x join ajaran millah nni pun ramai tak solat ....


org meleis islam blh bilang ngn jari je solat..
ni kt ofis i la i tgk..dept i meleis i je yg pergi surau pdhl i bkn kategori alim dan tahu sgt psl agama cuma solat la sbb kita dh di didik dr kecik wpn iols menyeksi jgk kdg2
yg i ckp tu semua bertdung litup dan tahu hukum hakam bila ckp psl agama..dorg byk explain kt i..
tp bgs dorg suka remind i...dh solat lum..mcm dia bkn isley tnya i gitu..selalu tnya..termasuk manager chinese..


Quote seri_mawr 29-11-2024 03:39 PM
edayildiz replied at 29-11-2024 02:52 PM
org meleis islam blh bilang ngn jari je solat..
ni kt ofis i la i tgk..dept i meleis i je yg pergi ...

betul ke malay kat opis uols tu muslim...skrg bukan boleh kira jugaknya...entah2 kristian...
Quote edayildiz 29-11-2024 03:47 PM
seri_mawr replied at 29-11-2024 03:39 PM
betul ke malay kat opis uols tu muslim...skrg bukan boleh kira jugaknya...entah2 kristian...

ada ke
masa i tinggal srwo dlu ada org sana nama melayu muka melayu tp agama kristian..
Quote seri_mawr 29-11-2024 05:20 PM
edayildiz replied at 29-11-2024 03:47 PM
ada ke
masa i tinggal srwo dlu ada org sana nama melayu muka melayu tp agama kristian..

ada la...
ada group melayu kristian.. ke melayu murtad mcm gitu....pernah terbaca....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049236 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top