CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Isteri bawa aura positif, kami makin kerap mengaji’ - Shukri Yahaya

28-11-2024 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 49180| Komen: 26

 



Bersama-sama mencari keberkatan hidup, pelakon Shukri Yahaya mengakui penampilan isterinya, Tya Adnan yang berniqab sejak Februari lalu membawa aura positif terhadap rumah tangga mereka.

Shukri atau nama lengkapnya, Mohd. Shukri Yahaya, 36, berkata, perubahan yang lakukan suri hatinya itu bukan hanya pada imej, bahkan secara tidak langsung menyuntik semangat menggandakan amalan harian termasuk membaca al-Quran.

“Sejujurnya Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas berniqab.

“Suasana dalam rumah tangga mungkin sama sahaja, cuma selepas penampilannya berubah, amalan yang kami lakukan juga bertambah.
“Antaranya kami semakin kerap mengaji berdua,” katanya ketika ditemui di sidang media tiga drama terbitan Astro, Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik baru-baru ini.



Sebagai suami, Shukri bersyukur melihat perubahan insan kesayangannya selain memanjatkan doa agar Tya terus istiqamah.

“Tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai pilihannya berniqab kerana saya sendiri gembira dan bersyukur isteri semakin menjaga aurat.

“Saya cuma titipkan nasihat supaya jangan mengalah kerana pilihan berniqab yang dilakukan sudah betul,” ujarnya.


Pada Februari lalu, Tya atau Siti Nurfatihah Adnan yang baru pulang dari mengerjakan umrah meraih perhatian ramai apabila tampil berniqab.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 itu dikurniakan dua cahaya mata, Aaira Ameena, 8, dan Maleeq Miqayl, 4. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 29-11-2024 06:48 AM
baguslah mengaji dari mengeji org
Quote aavakateimani 29-11-2024 06:49 AM
sikat gok rambut tu. serabut tgk
Quote heythere123 29-11-2024 07:49 AM
nak berubah bagus la. Harap heols tak ambik dah la job yang kena pegang2 pompuan ni
Quote cap_ayam 29-11-2024 08:20 AM
Alhamdulillah semoga berterusan mengaji. Tambahan pula kalau kita dah tau hukum tajwid, lagi best
Quote bottombikini 29-11-2024 08:39 AM
mengaji tu elok dah tapi jangan ingke sgt pegang tgn heroin
dengan alasan ikut skrip...keji
Quote babelina 29-11-2024 10:01 AM
alhamdulilah.. n si laki pula biar la seiring..
berlakon bole la kot kurangkn aksi manja kelepey ko tu..
Quote black_handbag 29-11-2024 10:06 AM
oklah iols boleh terima. sbb sejak berniqob bini dia dah kurang dah dok ngepost kat ig.. kalau dulu asik meratib nikmat mana lagi nak kudustakan sambil tayang ig setiap sudut rumah, humblebragging teruk juga dulu. bagusla kalau dah berubah
Quote Shayang 29-11-2024 10:13 AM
Sepatutnya dia sbg lelaki kena berubah juga ke arah kebaikan. Ko tu ketuaa keluarga.
Umur dh berapa dia nih eh, aku rimas tgk org laki yg dh masuk 40 pun tak reti2 nk jd lebih alim warak.
Subuh masih solat kat umah, jumaat je pi jemaah tu pun ujung2 waktu.
Quote fattymah 29-11-2024 11:25 AM
Bayar lembaga dak
Quote bioessence 29-11-2024 11:28 AM
Bagus la dunia dah nak kiamat
Yg pasti kita kiamat dulu
Quote hokeypokey 29-11-2024 03:15 PM
bagus la puji bini..
Quote Nnasda53 29-11-2024 03:23 PM
Alhamdulillah semoga istiqomah.
Quote exclusive_vvip 29-11-2024 05:58 PM
bini dia,bini sharul rizwan & eyra hazali bini pemain bola tu antara yg iols saspek ajak BF kawen awal sbb takut kena rembat..tgk ke rapid growth kerjaya SY,SR & laki eyra tu masa diorg tgh bercinta, I tak rasa pihak lelaki yg ajak kawen.. Tapi Alhamdulillah, perkahwinan memasing kekal bahagia smpi skrg
Quote virgocircus 29-11-2024 06:23 PM
exclusive_vvip replied at 29-11-2024 05:58 PM
bini dia,bini sharul rizwan & eyra hazali bini pemain bola tu antara yg iols saspek ajak BF kawen aw ...

Kalo pompan ajak kawen n laki setuju, ok je.. org kata sesetengah laki ni kena bagi push sket..
Sbb bila tgk lifestyle dorg yg dah berkeluarga ni, si lelaki nampak jenis family man.
Quote exclusive_vvip 30-11-2024 04:00 PM
virgocircus replied at 29-11-2024 06:23 PM
Kalo pompan ajak kawen n laki setuju, ok je.. org kata sesetengah laki ni kena bagi push sket..
Sb ...

Betul
Quote TomyamPuteh 30-11-2024 04:14 PM
Manisnya muka Shukri Yahya
Quote doubleA 30-11-2024 05:28 PM
Kalau laki berubah, bini pun akan jadi baik. Tapi kalau bini yg berubah kang laki rebel cari kepuasan luar pulak kalau laki jenis tak puas enjoy. Pulak kerja dalam bidang ni pergaulan bebas bermula di luar rumah

Just saying
Quote annehuda 30-11-2024 06:08 PM
exclusive_vvip replied at 29-11-2024 05:58 PM
bini dia,bini sharul rizwan & eyra hazali bini pemain bola tu antara yg iols saspek ajak BF kawen aw ...

ye kot sis tu yg dh terkantoi mintak gmbr boobs tu bini dia senyap je. mungkin sbb die yg ajak kawen kot. kalau laki yg ajak maybe la ada justifikasi utk meroyan
Quote exclusive_vvip 1-12-2024 06:58 AM
annehuda replied at 30-11-2024 06:08 PM
ye kot sis tu yg dh terkantoi mintak gmbr boobs tu bini dia senyap je. mungkin sbb die yg ajak kaw ...


alamak..i baru tringat psl kes kantoi tu..lupa plak psl tu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.194332 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top