CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya sangat gembira dengan kehidupan sekarang. Walaupun tiada anak" – Hazama reda rawatan IVF tidak berjaya

29-11-2024 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 51768| Komen: 19

 


Tidak terlalu tertekan soal anak, penyanyi Hazama berlapang dada meskipun masih belum dikurniakan cahaya mata selepas tujuh tahun berkahwin.

Biarpun isterinya iaitu pemuzik Genervie Kam pernah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada tahun lalu, Hazama atau nama lengkapnya Hazama Ahmad Azmi, 40, reda apabila usaha mereka tidak berhasil.

“Saya sangat gembira dengan kehidupan sekarang. Walaupun tiada anak, tetapi saya gembira. Alhamdulillah saya bersyukur dengan segala rezeki.

“Memang perasaan sedih itu ada, tetapi saya reda. Jika bertanyakan tentang perkara ini kepada saya, sejujurnya tiada apa-apa kerana hal sebegini lebih sensitif kepada wanita.

“Apa-apa pun kami sudah berusaha sebaik mungkin. Kita tetap akan berusaha untuk mendapatkam cahaya mata. Apa yang boleh saya katakan, masih belum rezeki,” katanya kepada Kosmo! Online.


Hazama yang ditemui dalam majlis pelancaran album kedua bertajuk Pujangga di sini semalam turut memberitahu tidak bersedia untuk menjalani rawatan IVF kali kedua kerana kos yang tinggi.

“Proses IVF memerlukan kos yang tinggi dan memandangkan saya baru saja menggunakan duit simpanan untuk menerbitkan album baharu berjudul Pujangga.

“Kami pernah melakukan rawatan IVF tahun lalu, tapi tidak berhasil sebab ada masalah sepanjang prosedur itu dijalankan. Banyak pengorbanan yang perlu dibuat jika mahu proses itu berhasil seperti perlu berehat panjang dan tak boleh berada dalam keadaan tekanan.

“Isteri saya sebelum ini pernah hamil luar rahim sehingga terpaksa melakukan pembedahan dan membuang satu tuib dan ia agak berisiko sekiranya hamil sekali lagi,” katanya yang menyambut ulang tahun ke-40 semalam.

Tambahnya, setiap perkara yang berlaku itu tentu ada hikmahnya begitu juga tentang rezeki anak.

“Kami sebenarnya baik-baik saja walaupun belum dikurniakan anak sebab kami dikelilingi anak buah yang sentiasa bersama kami. Saya rasa kalau ada anak sekarang mungkin kerjaya kami berdua agak terbatas.

“Kerjaya seni ini memerlukan dedikasi yang tinggi dan saya percaya sementara masih ada permintaan, saya perlu bekerja dan bagi mendapatkan sumber pendapatan.

“Bidang kerja saya bukan dapat gaji bulanan. Tak semua bulan ada tawaran kerja. Jadi apabila ada tawaran saya ‘kutip’ dulu. Saya pun tak tahu bila tempoh berehat tapi mungkin apabila tiada tawaran itu adalah waktu berehat saya. Cuma sekarang ini sementara masih sihat saya kerja dulu,” katanya.

Untuk info, Hazama berkahwin dengan Genervie pada 14 Januari 2017.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Duta lover 29-11-2024 06:13 PM
Dah lali. Dah get used to it.
Bila da sampai fasa ni, mmg kita dah boleh move on.
Quote nolya 29-11-2024 08:41 PM
Semoga Hazama tidak putus asa dn terus berdoa semoga pada satu hari kelak Allah akan kurniakan anak.  InsyaAllah, kalau ada rezeki tak akan kemana.  
Quote SR4tahun 29-11-2024 08:43 PM
Semoga hazama dan isteri dipermudahkan urusannn aminnn
Quote little_sis 29-11-2024 08:59 PM
Bagus dia.. semoga dipermudahkan dapat zuriat.. aamiin
Quote gekkou 29-11-2024 09:42 PM
suka jawapan dia
tidak merentan
belum rezeki untuk dapat anak sendiri
Quote Cookeelaat 29-11-2024 10:12 PM
Bagus juga cara Hazama jawab soalan, sejuk je rasa nak doakan rumahtangga Hazama n wife, semoga diberikan yang terbaik oleh Allah.
Quote pocongkiutss 29-11-2024 10:21 PM
Tak perasan pun dia takde anak selama ni
Quote allshares 29-11-2024 11:22 PM
InsyaAllah akan ada rezekinya. Amin.
Quote aavakateimani 30-11-2024 06:31 AM
gi la berubat kg
Quote aavakateimani 30-11-2024 06:31 AM
sy pun gembira dgn kehidupan awak sekarang
Quote zehra2 30-11-2024 06:42 AM
ok je ama.. hidup pun tkde kacau orang bersederhana mmg lebih baik
Quote TomyamPuteh 30-11-2024 07:56 AM
Suara Hazama la Satu2nya penyanyi yg agak baru bagi aku la yg aku mampu tadah telinga telinga. Suara dia best.
Quote Prickford 30-11-2024 08:34 AM

Mesti ada berubat tu, cuma tak war2 kan aja. Selalunya mcm2 orang cuba, dan yg paling last adalah IVF.

Quote aavakateimani 30-11-2024 11:49 AM
Prickford replied at 30-11-2024 08:34 AM
Mesti ada berubat tu, cuma tak war2 kan aja. Selalunya mcm2 orang cuba, dan yg paling last adalah  ...

payah dah nak cari org yg pandai berubat kg. my cousin hari tu ada belajar dgn makcik kitorg. ambik gambar segala jenis pokok nak buat buku. tp dia tu keje oil and gas celah mane nak pergi berubat org. mati dkt keturunan ni jelah ilmu tu
Quote Vignette 1-12-2024 06:15 PM
Insyaallah, rezeki Allah tu luas. Mungkin tiada rezeki dikurniakan anak,tapi rezeki mendapat isteri, keluarga, kawan kawan yang baik. Mungkin juga belum rezeki lagi nak ada anak. Stay positif jgn dilayan kalau ada yang cuba nak jadi batu api
Quote Shayang 1-12-2024 06:32 PM
Wife dia umur berapa? Mcm tak cina sangat wife dia ni
Quote sleepandream 1-12-2024 06:48 PM
wife dia ni dah level2 pengarah muzik khen?
tak silap konsert hmi dgn ajl ada sheols ni
Quote adeqbun 1-12-2024 07:16 PM
Biarkan jela org yg xde rezeki anak ni..jgnlah ditanya2..sebok btol...
Quote bottombikini 2-12-2024 04:34 PM
yg penting happy udah
dia holiday gi mana tu bestnya

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.103688 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top