CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lama kemarau.. Raja Arab Saudi, Raja Salman minta rakyat solat sunat minta hujan

29-11-2024 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 53128| Komen: 19

 


RIYADH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud meminta rakyat menunaikan solat sunat untuk memohon hujan selepas hujan tidak turun dan kemarau melanda negara berkenaan, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Raja Salman menyeru umat Islam melakukan solat al-Istisqa dengan solat berkenaan dilaksanakan semalam. Solat tersebut pada kebiasaannya bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan.

Gesaan itu dibuat walaupun Arab Saudi menyaksikan  salji turun di padang pasir semasa ribut hujan batu yang aneh di landskap yang lazimnya gersang awal bulan ini. 

Hujan batu sebesar bola golf berlaku di utara Arab Saudi, Al Jawf,  manakala hujan lebat berlaku  di bahagian timur.

Bagaimanapun, tiada hujan di bahagian-bahagian lain di negara itu yang mempunyai saiz kira-kira lapan kali ganda lebih besar daripada negara United Kingdom (UK).


“Kami memohon kepada Allah Yang Maha Perkasa supaya mengasihani Bumi dan manusia, mengabulkan permohonan hamba-hambanya  dan menjadikan apa yang diturunkan-Nya (hujan) sebagai rahmat buat mereka,” kata kenyataan Mahkamah Diraja . 

Solat itu juga untuk meminta supaya orang Islam memohon ampun dan bertaubat. Akhbar The Mirror sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi mengambil langkah untuk mengurangkan kawasan padang pasir dengan menggunakan dron dalam operasi pembenihan awam.

Walaupun Arab Saudi mengalami cuaca melebihi 40 darjah Celsius pada musim panas dan lebih 20 Celsius semasa musim sejuk, terdapat kejadian ribu salji melanda negara itu.

Dalam tahun 2021, suhu di Arab Saudi menjunam kepada -2 Celsius. Ia adalah pertama kali dalam tempoh hampir 50 tahun suhu di negara itu jatuh di bawah paras beku. – AGENSI

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ardent91 29-11-2024 06:34 PM
kita kat malaysia pulak terbalik.. hujan lebat tiap hari sampai banjir kat beberapa tempat.. maybe pak2 arab yg tgah kepanasan tu boleh travel ke malaysia waktu ni.. kalo nak rase cuaca dingin and hujan
Quote Itzy 29-11-2024 06:55 PM
Padan muka hang muhammad bin salman, suka buat maksiat sangat, kesian bumi anbiya bumi kelahiran nabi2
Quote Rogue98 29-11-2024 07:00 PM
Bukan hujan lebat kat sana baru2 ni ke..pastu setengah tempat ada snow
Quote intan244 30-11-2024 04:12 PM
24~25nov hujan ribut kot kat mekah. meols kat sana.
Quote TomyamPuteh 30-11-2024 04:16 PM
Dia sendiri tak buat ke solat tu? Ke perintahkan org je?
Quote alesandra 30-11-2024 04:24 PM
Amboi udah berjimba separuh bogel  x hingat dunia pandai pulak ko nak berdoa mintak tolong Allah taa'la
Quote noor2 30-11-2024 04:30 PM
Alhamdulillah kat Malaysia hujan....
Quote Decaffeinated 30-11-2024 05:08 PM
ardent91 replied at 29-11-2024 06:34 PM
kita kat malaysia pulak terbalik.. hujan lebat tiap hari sampai banjir kat beberapa tempat.. maybe p ...

Ada ka kata kepanasan? Kemarau tak semestinya panas.

Quote ctaz 30-11-2024 05:52 PM
aikkk bukan aritu salji ker
Quote ardent91 30-11-2024 06:29 PM
Decaffeinated replied at 30-11-2024 05:08 PM
Ada ka kata kepanasan? Kemarau tak semestinya panas.

owh, x taw pulak aku ada kemarau yang berasa dingin

Quote kakikuDibibirmu 30-11-2024 06:31 PM
Yeayyy, yeayyy, air dah ada balik, dah tak gersang , kemarau, tandus, lagi dah, boleh kembali bersenggama, pacuceng, toceng, berancuk, berinzal dan bermukah
Quote cmf_premierleag 30-11-2024 08:52 PM
Karang kalu ereb saudick ni hujan smpi banjirrrrrr, karang acik2 kepam meleis2 berkerak pemuja ereb ni mulala ckp takottt dgn kiamat la, dajjal nk maghi la
Eloklah kemarau je
Back to square one
Quote ninja boy 30-11-2024 09:02 PM
Edited by ninja boy at 30-11-2024 09:04 PM

Arab bikin bangunan tinggi2 lagi mempercepatkan kiamat, yg baru2 ni mukaab city
Quote Minami2013 30-11-2024 09:13 PM
Extreme cuaca skrg.
Quote Skuau 30-11-2024 09:35 PM
"mari sini la abang..sini malaydesh banyak air la..angkat la abang suka mau banyak"-Malaydesh
Quote AKAZ85 1-12-2024 01:52 AM
Ooo.. Ingat tuhan pulak yeee
Quote berusjamban 1-12-2024 02:39 AM
ardent91 replied at 29-11-2024 06:34 PM
kita kat malaysia pulak terbalik.. hujan lebat tiap hari sampai banjir kat beberapa tempat.. maybe p ...

Erm bulan dec ni winter kat sana especially kat Riyadh mmg sejuk. Probably they need rain utk source of water kot
Quote gigahertz 1-12-2024 11:24 PM
ninja boy:    Edited by ninja boy at 30-11-2024 09:04 PM  Arab bikin bangunan tinggi2 lagi mempercepatkan kiamat, yg baru2 ni mukaab city

i syak DAM empangan terbesar kat china tu dah kacau eko sistem
Quote nisako 2-12-2024 08:26 AM
ooooooo

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.049439 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top