Jakarta: Penceramah Miftah Maulana Habiburrahman atau Gus Miftah, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia. Detik.com melaporkan, ia susulan tindakannya mempersendakan seorang penjual teh ais di khalayak dalam satu majlis yang mana video kejadian itu tular di media sosial. "Kepada Bapak Presiden..., kepada Bapak Presiden saya ingin mengucapkan terima kasih yang tulus atas amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada saya," kata menerusi siaran langsung yang disiarkan CNN Indonesia pada Jumaat. Gus Miftah berkata, keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. "Keputusan ini dibuat selepas memikir secara mendalam. Selepas solat, muhasabah dan istikarah saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Utusan Khas (Bahagian Kerukunan Beragama) Presiden Prabowo Subianto.
"Keputusan ini diambil bukan atas desakan, atau permintaan sesiapa... tetapi semata-mata kerana perasaan cinta, hormat dan cinta mendalam kepada Presiden Prabowo," katanya sebak. Teguran Probowo kepada Gus Miftah disampaikan oleh Ketua Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) Hasan Nasbi. Beliau menegaskan Presiden Prabowo Subianto sangat menjunjung adab terhadap semua orang. "Kami dari Pejabat Perhubungan Kepresidenan turut turut menyesali kejadian malang yang berlaku baru-baru ini dan membabitkan utusan khas Presiden Republik Indonesia," kata Hasan dalam video yang disebarkan kepada wartawan pada Rabu. Kisah penjual teh ais bernama Sunhaji trending sebelum ini apabila penceramah Gus Miftah, 43, yang juga Utusan Khas Presiden Indonesia, Prabowo mempersendaka, memalukannya dan dihina sebagai bodoh. Sebelum ini, Suara.com melaporkan video ketika Sunhaji diusik Gus Miftah menjadi tular selepas ditonton jutaan kali di media sosial, turut mendapat simpati pelbagai golongan seperti tokoh Nahdatul Ulama (NU), biro pakej umrah, netizen dan pempengaruh, dengan mereka segera berhasrat membantu Sunhaji. Sumber : Harian Metro |
AkokKocik replied at 7-12-2024 08:26 AM
Ada orang yg menzalimi org lain cepat je dpt kifarah, ada org bertahun2 baru kita dpt tgk penzalim d ...
missyL replied at 7-12-2024 09:08 AM
Dah lama die ni
Mcm2 kes kuar lepas kes ni
Tp sbb yg ni kuasa viral
SalenaGomez replied at 7-12-2024 09:11 AM
Bagus juga kes ni kena kat gus miftah ni. Pengajaran kpd pendakwah lain kat indon. Lalu dlm ig SG ...
plywood replied at 7-12-2024 09:15 AM
Baguslah juga berani letak jawatan.. dimalaysia jaranglah orang resign walaupun dah viral skandal
...
SalenaGomez replied at 7-12-2024 09:11 AM
Bagus juga kes ni kena kat gus miftah ni. Pengajaran kpd pendakwah lain kat indon. Lalu dlm ig SG ...
ADVERTISEMENT