CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lepas dedah pernah tiduri 20 wanita, aktor Indonesia Jefri Nichol mengaku makan babi pula

9-12-2024 01:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39370| Komen: 45

 


SELEPAS mengejutkan ramai dengan pengakuan pernah meniduri lebih 20 wanita, aktor kacak Indonesia Jefri Nichol sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan pernah menjamah daging khinzir.

Akui pelakon berusia 25 tahun itu, pengambilan daging babi itu merupakan salah satu cara untuk menambah berat badan sebagai persediaan perlawanan tinju dengan pelakon dan penyanyi, El Rumi sebelum ini.

“Saya perlu menambah berat badan sebanyak 10 kilogram supaya sama berat dengan El Rumi.

“Saya makan banyak daging dan ada juga daging babi,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan audio siar milik pengacara terkenal Indonesia, Vincent dan Desta baru-baru ini.

Bukan sahaja mengejutkan penonton, Desta yang tergamam dengan jawapan tersebut menganggap Jefri bukan seorang Muslim namun pelakon tersebut menafikannya dengan menjelaskan dia beragama Islam.


“Saya Muslim,” ujarnya sebelum dinasihati agar tidak melakukan perkara sama lagi.

Pengakuan mengejutkan itu membuatkan ramai netizen berasa kurang senang dan menyifatkan aktor terbabit tidak menjaga nama baik Islam.

Sebelum ini, selain meniduri wanita, bintang filem Ali Topan itu mengakui bahagian tubuh wanita yang paling menarik perhatiannya adalah punggung.

 

Namanya hangat diperkatakan netizen Malaysia apabila didakwa menjalin hubungan istimewa dengan pempengaruh yang juga adik kepada selebriti Neelofa, Ameera Khan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 9-12-2024 08:12 AM
oh baru tahu
Quote aavakateimani 9-12-2024 08:13 AM
sedap x
Quote zuriey 9-12-2024 08:28 AM
Mama tini dah boleh start cipta resepi daging babi maraung utk bakal menantu..
Quote prince_marhaen 9-12-2024 08:28 AM
lepas ni makan ada rasa kari rempah2 sikit2 tu biasa lah ye...
Quote BoongaKertas 9-12-2024 08:38 AM
dah makan benda tu, haruslah perangai spt itu juga. eh annoying siak mamat ni.
Quote sarah_ary2 9-12-2024 09:23 AM
attention seeker ke jefri ni? wajah besa besa jah
Quote KBW2 9-12-2024 09:29 AM
Nampak macam low IQ budak ni. Dah makan babi, diam-diam jah tak boleh? Pastu siap ngaku Muslim. Kecik-kecik tak merasa lempang barangkali.
Quote Prickford 9-12-2024 09:40 AM
Apa motif sibuk bagi tahu hal2 dosa & maksiat dia? Kekonon hebat la tu?? Dasar Konoha otak ketinggalan zaman.
Quote nazzse 9-12-2024 09:41 AM
Berlakon pun movie sampah ada hati nak jadi trendsetter. Jadi badboy je lah ko
Quote nisako 9-12-2024 11:28 AM
menyampah la dia ni
Quote hokeypokey 9-12-2024 12:11 PM
zuriey replied at 9-12-2024 08:28 AM
Mama tini dah boleh start cipta resepi daging babi maraung utk bakal menantu..

tersembor teh ais iols baca komen ni!!!
kahkahkahkahkah..
resepi daging babi meraung special utk menantu oversea.. kang marah menantu ostad pensyarah shoplot
Quote pisanggoreng 9-12-2024 01:45 PM
Jakarta.vs.Everybody.2020.NF.WEB-DL.1080p_1_1_1_1_1.gif
Quote Chairman 9-12-2024 03:14 PM
Ko dh kenape bangga nk bukak aib sendiri
Quote babelina 9-12-2024 04:47 PM
mungkn family mama Tini bole memebawa dia ke arah kebaikan........... gitewwwwwww
Quote Kukikuki 9-12-2024 07:04 PM
Wujud ke tak lagi kedai jual gulai ayam tulang b*** kat situ...
Quote Sazreena 9-12-2024 07:42 PM
Gimana cintaaaa...mau gak daging sapi pendek? Enak loh...
Quote bulanbulat 10-12-2024 08:22 AM
Bad boi ka ni. patutla mira sukaa
Quote MadameOnion 10-12-2024 10:19 AM
baguslah..muka buruh je..tapi dah polished nampak ok la..katik tu yg penting..katik ok
Quote apedehal 10-12-2024 01:55 PM
Pttla menayang punggung ja kerja

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053348 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top