CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua doktor cuai didenda RM5.9 juta, abai ibu bersalin sampai mati untuk keluar minum-minum

9-1-2025 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9969| Komen: 29|Original author: Raline

 


Kuala Lumpur: Dua doktor dengan gabungan kepakaran lebih 60 tahun dalam bidang perbidanan dan pernah mengendalikan 8,500 kes bersalin didapati bersalah atas kesalahan kecuaian perubatan selepas meninggalkan pesakit yang mengalami pendarahan kritikal dalam jagaan jururawat tidak berdaftar, hanya untuk keluar minum.

Mahkamah Tinggi Klang memutuskan Dr M Shanmugam, Dr A Ravi, dan jururawat Izaniey Nataliah Jukimin, Nur Aida Mat Isa, dan Nessy Yasah, perlu membayar ganti rugi RM5.9 juta kepada keluarga mendiang M Punita dalam kes kecuaian perubatan yang menyebabkan kematiannya semasa menerima rawatan.

Punita, 36, meninggal dunia beberapa jam selepas bersalin di Pusat Materniti dan Bersalin Shan milik Dr Shanmugam akibat pendarahan selepas bersalin (PPH) pada 9 Januari 2019.

Ketika prosiding, mahkamah diberitahu Punita, yang melahirkan anak keduanya, mula mengalami pendarahan yang banyak selepas plasentanya dikeluarkan secara manual.

Walaupun memberi jaminan pesakit itu stabil, Dr Ravi meninggalkan klinik, dan meletakkan mendiang di bawah jagaan tiga jururawat tidak berdaftar yang ditugaskan memantau keadaan pesakit walaupun tidak mempunyai kelayakan dan pendaftaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dr Shanmugam juga dilihat keluar dari bilik bersalin dan meninggalkan mendiang dalam jagaan dan pengawasan tiga jururawat yang sama.

Apabila ibu Punitha memasuki bilik bersalin, dia mendapati anak perempuannya mengalami pendarahan yang banyak manakala jururawat cuba menghentikan pendarahan itu menggunakan kapas.

Kedua-dua doktor tidak hadir pada saat kritikal ini.

Dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit, dia dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.

Doktor di HTAR menyifatkan keadaan Punitha kritikal semasa ketibaan, dengan kehilangan darah yang ketara dan mengalami pembekuan intravaskular (DIVC).

Walaupun satu pembedahan kecemasan dan pemindahan darah dilakukan, Punita meninggal dunia dan meninggalkan dua anak kecil.

Hakim Norliza Othman dalam keputusannya berkata, Klinik Shan kekurangan bekalan perubatan asas, termasuk ubat untuk mengawal pendarahan rahim dan peralatan untuk menguruskan komplikasi selepas bersalin.

Mahkamah juga menekankan kegagalan doktor untuk bertindak segera dan menangguhkan pemindahan pesakit ke hospital yang dilengkapi peralatan untuk mengendalikan kecemasan sedemikian.

"Walaupun mereka memiliki pengalaman luas dalam bidang perbidanan, kedua-dua doktor gagal menjangka komplikasi yang biasa dikaitkan dengan bersalin, seperti eklampsia, masalah berkaitan plasenta yang membawa kepada PPH.

"Kedua-dua mereka keluar dari bilik bersalin tanpa memastikan mendiang bebas daripada komplikasi.

"Jururawat yang tidak terbukti mempunyai kelayakan yang sepatutnya, dibiarkan menguruskan pesakit. Kecuaian kolektif defendan secara langsung menyumbang kepada kecederaan parah terhadap mangsa, yang membawa kepada kematiannya," katanya dalam alasan penghakimannya, yang dimuat naik di laman web Jabatan Kehakiman hari ini.

Hakim juga mengecam doktor kerana 'tidak menghiraukan' keadaan si mati.

"Dalam kes ini, seorang ibu muda meninggal dunia selepas bertungkus-lumus melahirkan anaknya. Selepas bersalin, dia terpaksa menahan kesakitan yang tidak terbayang sebelum dihantar ke HTAR untuk rawatan lanjut.

"Ketika dihantar ke HTAR, ibu muda itu sudah berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan darah yang banyak, sehingga pihak hospital 'mengisytiharkan kematian' untuk ibu malang ini.

"Peristiwa tragis ini boleh dielakkan sekiranya kedua-dua doktor mengambil tindakan pantas dengan menghantarnya ke HTAR dan memantau keadaannya dengan teliti, dan tidak meninggalkannya dalam jagaan jururawat sementara Dr Ravi keluar minum.

"Tahap pengabaian ini tidak boleh dimaafkan dan secara langsung menyumbang kepada kematian ibu yang sihat," tambahnya.

Keluarga Punita diwakili peguam K Renuka dari Tetuan V Samy Renu & Co.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 9-1-2025 04:54 PM
bahaya engage dgn doktor keling...

saya nasihatkan bangsa melayu lebih baik engage dgn doktor melayu

keling ambil lah doktor keling

cina ambil doktor cina
Quote cantthinkofany 9-1-2025 04:57 PM
ingatkan jadi doctor is the safest job...sbb dedulu mak aku nak sangat aku jadi docktor...but looks like Doktor lagi senang kena saman....
Quote Buritan 9-1-2025 05:08 PM
cantthinkofany replied at 9-1-2025 04:57 PM
ingatkan jadi doctor is the safest job...sbb dedulu mak aku nak sangat aku jadi docktor...but looks  ...

Jd dokto bwh kolong cucuk sendiri jah yg aman.. kuar masuk serenti..
Quote akies 9-1-2025 05:11 PM
Uissh takutnya.
Boleh pula keluar minum dan tinggalkan pesakit begitu je tanpa pengawasan doktor.
Quote cantthinkofany 9-1-2025 05:17 PM
Buritan replied at 9-1-2025 05:08 PM
Jd dokto bwh kolong cucuk sendiri jah yg aman.. kuar masuk serenti..

lagi tak aman.....lagi busy aku nanti...cari point nak cucuk....cari supplier....cari port....cari fulus.....cari sponsor....semua kena buat sendiri...no..no...busy sangat aku nanti...belum masuk lagi bab nak slaying around after cucuk....
Quote pocongkiutss 9-1-2025 05:57 PM
Pusat materniti apa ni? Kalau nk beranak jg n la pegi pusat bersalin kecik2 ni..seram oi
Quote pocongkiutss 9-1-2025 05:59 PM
Klinik Shan & pusat bersalin , klang

Adeh tgk pun..
Quote sayawifenikmie 9-1-2025 06:14 PM
sebab tu masa saya bersalin dua anak2 saya
dua dua bersalin kat Hospital kerajaan (seremban)
masa tu kat bangi ni tak ada lagi hospital swasta besar2
yg ada klinik bersalin swasta yg kecil2 kat rumah2 kedai
bersalin normal dlam rm1500 kot tak silap
saya takut macam ni lah ..
takut ada komplikasi .. knilik2 ni tak ada equipment yg lengkap
gituuuu

mana lah nak cekau duit juta2 tu kan ....
kalau tak bayar apa jadi ye  kpd doktor2 tu?
kena sita aset2 depa ?
Quote silance 9-1-2025 06:28 PM
Ingatkan lokasi kejadian somewhere over the sea, Klang rupanya.
Quote Buritan 9-1-2025 06:29 PM
cantthinkofany replied at 9-1-2025 05:17 PM
lagi tak aman.....lagi busy aku nanti...cari point nak cucuk....cari supplier....cari port....cari ...

Hahahaha.. semua susah no
Quote Buritan 9-1-2025 06:32 PM
sayawifenikmie replied at 9-1-2025 06:14 PM
sebab tu masa saya bersalin dua anak2 saya
dua dua bersalin kat Hospital kerajaan (seremban)
masa tu ...

Ponet je blajo jd  dokto.. ujung ujung bg duit kang org.. 5 juta.. nak korek mana lee
Quote ninja boy 9-1-2025 06:37 PM
Jadi professional bukan senang oo, 50k standby masuk acc bini jika berlaku tangkap2 masuk mahkamah
Quote sayawifenikmie 9-1-2025 06:42 PM
Buritan replied at 9-1-2025 06:32 PM
Ponet je blajo jd  dokto.. ujung ujung bg duit kang org.. 5 juta.. nak korek mana lee

kannnnn
kalau tak bayor, apa jadi ?
Quote makiting 9-1-2025 07:59 PM
Adoiii byk tu kena bayar
Dgn nurse2 sekali kan kena bayar 5 juta lebih tu
Quote sayawifenikmie 9-1-2025 09:31 PM
makiting replied at 9-1-2025 07:59 PM
Adoiii byk tu kena bayar
Dgn nurse2 sekali kan kena bayar 5 juta lebih tu

apa lah salah nurses tu
dah dr suruh jaga
depa jaga lah
kesian nyaaa
manalah nak cekau duit banyak2 gitu
bukan seribu dua
Quote L.U.S.M 9-1-2025 09:38 PM
sayawifenikmie: sebab tu masa saya bersalin du ...


Dorg ni ada insurance..so insurance tu nnt bayarla

Utk nurse tu xtau nk cover mcm mana..bankrap la kot
Quote Buritan 11-1-2025 05:38 PM
sayawifenikmie replied at 9-1-2025 06:42 PM
kannnnn
kalau tak bayor, apa jadi ?

Masuk punjara la kot.. semua reta kena sita.. anak bini dr t20 jd b40 mintak zakat
Quote shernazz 11-1-2025 05:59 PM
Mujur mak mendiang masuk
Kalau tak..sampai esok pagi dr ravi n dr shan minum2
Quote Suchi 11-1-2025 06:01 PM
sayawifenikmie replied at 9-1-2025 06:14 PM
sebab tu masa saya bersalin dua anak2 saya
dua dua bersalin kat Hospital kerajaan (seremban)
masa tu ...

Doktor tu rasanya ada insurance
Mcm dr imelda tu ada amik insurans khas
RM34k dia kena bayar setahun



Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.037533 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top