|
Penyanyi Sarah Suhairi gembira bergelar 'ibu segera' kepada kepada tiga cahaya mata, iaitu hasil perkahwinan pertama suaminya, Aswad Anuar. Sarah, 25, berkata kehadiran tiga anak perempuan tidak pernah mendatangkan masalah, sebaliknya seronok meluangkan masa bersama. "Sememangnya selepas bergelar isteri, hidup saya agak sibuk berbanding sebelum ini. Saya masih dalam proses menyesuaikan diri. "Anak-anak tiri tinggal bersama ibu mereka, tetapi cuti sekolah atau hujung minggu mereka datang tinggal bersama kami. "Jujurnya, saya tak terbeban pun, ia lebih seperti hubungan kawan-kawan. Mereka selalu ikut saya keluar jumpa kawan-kawan. Mereka okay sahaja, Alhamdulillah," katanya yang ditemui pada sidang media lagu duetnya bersama Sufian Suhaimi berjudul Dengan Lafaznya di Rusa Cafe, di sini, petang semalam.
|

noor2 replied at 25-1-2025 07:09 AM
Ok je dgn lelaki yg dah ada anak..bukan susah nk ambil hati anak2 tiri..tambah2 kalau laki kita syg ...
noell replied at 25-1-2025 08:16 AM
berpengalaman kah sis??
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-6-2026 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.106184 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.