Pelawak Along Cham tidak dapat menahan air mata sebaik dibebaskan sementara sebaik selesai membayar ikat jamin RM5,000 di Kompleks Mahkamah Sepang hari ini. Memetik Harian Metro, Along menyifatkan apa yang berlaku adalah ujian untuk dirinya dan mahu membersihkan namanya. “Ini ujian saya masuk ‘dobi’ (penjara) untuk cuci hati saya, saya cuma mahu membersihkan nama yang sudah difitnah, di sana (penjara) wang ringgit tidak berguna.” “Hari ini benda yang mustahil untuk berlaku tetapi Allah yang beri jawapan, terima kasih kepada semua yang berusaha keras untuk membersihkan nama saya,” katanya. Sementara itu, Along berkata kerjayanya terjejas dan projek hiburan tertangguh susulan pendakwaan dihadapi namun dia yakin Allah tahu apa yang terbaik. “Tidak sangka masa banyak kerja ini, saya direhatkan, tapi saya yakin Allah tahu mana yang terbaik untuk saya,” katanya.
Menurut Along lagi, sejak dihantar ke Penjara Sungai Buloh pada 23 Disember lalu, dia dalam keadaan longlai namun berterima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia. “Tetapi saya berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia yang menyambut saya dengan senyuman, mereka beri saya semangat. “Terima kasih juga kepada pembenci saya, banyak juga fitnah saya dengar walaupun berada dalam penjara,” katanya. Sumber– Harian Metro, Rotikaya |
Lily_Elizabeth_ replied at 30-1-2025 02:34 PM
Asik pakai mask jer!!!!.
Doctor pakar pun kat klenet enggak mahu pakai mask.
zad78 replied at 31-1-2025 10:41 AM
Dekat mahkamah banyak kobid nyaaah oiiiiiii....semua pakai mask kalau nak tau.......awwwwww
ADVERTISEMENT