CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 61 Tahun Kembali Pada Fitrah,20 Tahun Hidup Transgender

24-3-2025 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3661| Komen: 28|Original author: tatod

images (1).jpg


Klang: Selepas lebih 20 tahun menjalani kehidupan sebagai transgender, seorang lelaki dikenali sebagai Zainal, 61, nekad kembali kepada fitrah.

Bagi Zainal, sudah terlalu lama dia hanyut dalam kehidupan itu meskipun menyedari tindakannya pasti mengecewakan ibu bapanya.

Menceritakan semula pengalamannya, Zainal yang juga anak keempat daripada tujuh beradik berkata, dia gemar memakai pakaian kakaknya semasa kecil.

"Ketika kecil, saya selalu dimarahi ibu kerana suka pakai baju kakak. Saya suka pakai baju perempuan kerana saya rasa baju itu cantik berbanding baju lelaki.

"Semasa di bangku sekolah menengah, saya hanya berkawan dengan perempuan kerana selesa dengan mereka kerana perwatakan saya lembut," katanya.

Menurutnya, dia mula berpakaian seperti wanita apabila memasuki alam pekerjaan memandangkan ketika itu tinggal berjauhan dari keluarga.

"Sebelum ini, saya pakai seluar jean ketat saja. Selepas itu, saya mula pakai gaun, bersolek dan simpan rambut panjang selain ambil pil hormon.

"Saya tidak perlu terlalu berusaha nampak seperti wanita memandangkan suara saya lembut dan tidak garau. Banyak kali saya disalah anggap sebagai wanita tulen," katanya.

Sepanjang menjadi transgender, pelbagai ejekan dan cemuhan pernah dilempar terhadapnya sehingga ada antaranya melukai hatinya.

"Pada satu malam, saya tiba-tiba berjalan tanpa hala tuju. Apabila balik ke rumah, setiap malam saya menangis dan berdoa dalam hati supaya saya dapat kembali ke pangkal jalan.

"Saya bersyukur ada rakan beritahu mengenai Pertubuhan Usrah Fitrah dan ajak saya menyertai program dianjurkan persatuan.

"Dari situ, saya belajar banyak perkara mengenai agama, mengaji, solat dan amal ibadah lain," katanya yang juga pesara swasta.

Zainal berkata, ibu yang juga individu paling rapat dengan dirinya adalah insan paling gembira apabila dia kembali ke pangkal jalan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 24-3-2025 03:08 PM
dah 61 nok, siapa la nak toron uols....makanya kembalilah menjadi acik-acik masjid sajorrr...boleh juga pakai kain pelikat feeling2 skirt or jubah feeling2 dress.... jangan cikcur ngan imam2 muda atau budak2 sekolah sudahlah nok...
Quote Decaffeinated 24-3-2025 03:19 PM
Kesian. Takde maknanya ko nak jadi jantan nyah. Tapi tak salah mencuba, as if you didn't try for 61 years. Hidup ini keras.
Quote dua_chzy 24-3-2025 03:23 PM
Decaffeinated replied at 24-3-2025 07:19 AM
Kesian. Takde maknanya ko nak jadi jantan nyah. Tapi tak salah mencuba, as if you didn't try for 61  ...

Takut la tu ingat mati nanti camna, i.e. sapa or cemana nak urus jenazah dia, etc
Quote seri_mawr 24-3-2025 04:14 PM
selagi nyawa belum nak di ambil...pintu taubat masih terbuka....
Quote Gianna111 24-3-2025 04:32 PM
staff i malay.siap buang anu. i tanya you tak menyesal ka buat benda begini.i bagitau.u baung pun burung tu tetap tak dapat tukar hahahha..ke sana ke mari usung nama Bella Jasmine. his real name is ahmad sabri.
Quote sapeka 24-3-2025 04:59 PM
Baik la untuk acik ni
Quote xflat67 24-3-2025 05:08 PM
sdh 61 lah.....
Quote matbad 25-3-2025 06:37 AM
Hidayah Allah tak kira usia..Allahuakhbar
Quote IzzahF 25-3-2025 07:17 AM
all the best pacik, Allah maha pengampun...Dia yg membolak balikkan hati manusia. Syukur sedar sementara masih hidup
Quote pokokmeranti 25-3-2025 07:32 AM
Gianna111 replied at 24-3-2025 04:32 PM
staff i malay.siap buang anu. i tanya you tak menyesal ka buat benda begini.i bagitau.u baung pun bu ...

jauh sangat nama bertukar....masih rupa pondan atau almost 'pure' pompuan?
Quote plywood 25-3-2025 08:36 AM
Gianna111 replied at 24-3-2025 04:32 PM
staff i malay.siap buang anu. i tanya you tak menyesal ka buat benda begini.i bagitau.u baung pun bu ...

dia jawab apa bila kena tanya menyesal ker tak?
Quote MadameOnion 25-3-2025 09:55 AM
sorry to say..dorang ni selagi muka tak buruk kembali kepada wajah asal or kena penyakit susah nak berubah ye
Quote chinta89 25-3-2025 10:33 AM
Sepanjang menjadi transgender, pelbagai ejekan dan cemuhan pernah dilempar terhadapnya sehingga ada antaranya melukai hatinya.


habis tuh takkan nk suh org puji pulekkkk
Quote awenda507 25-3-2025 10:47 AM
moga dipermudahkan urusan kalau betul nak berubah
Quote imanjannah 25-3-2025 10:51 AM
Moga pengakhiran yg baik utk pokcik ni dan kita semua
Quote prince_marhaen 25-3-2025 11:26 AM
Gianna111 replied at 24-3-2025 04:32 PM
staff i malay.siap buang anu. i tanya you tak menyesal ka buat benda begini.i bagitau.u baung pun bu ...

Bella blogger wajah ahli sihir dagu senget salah filler tu ke nok? Hihihihihi kalau yang tu i kenal... rambut kepok2 dari belakang macam amoi, pusing depan macam abang kerja construction ye..
Quote sha82 25-3-2025 12:34 PM

Gianna111: staff i malay.siap buang anu. i tanya you tak menyesal ka buat benda begini.i bagitau.u baung pun burung tu tetap tak dapat tukar hahahha..ke sana ke  ...
Pernah baca lepas buang anu tu ada bau busuk kat situ lama2 betul ke cerita tu
Quote telracs 25-3-2025 01:34 PM
Better late than never...

Insaf pun kena kecam...
Tak insaf lagi la kena kecam...

Quote mrsLucky 25-3-2025 01:48 PM
Semoga one day Sajad pun insaf...tapi dia dah buang bebird kan?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.043374 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top