CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atikah Suhaime Akui Cemburu Anak Lebih Selesa Dengan Pengasuh

27-3-2025 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1912| Komen: 16|Original author: Raline

Screenshot 2025-03-26 154144.png


Pertama kali bergelar ibu, pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan perasaan yang dialaminya sepanjang proses menjadi ibu kepada anak sulungnya, Lyla Mulan Teh.

Menerusi perkongsian di TikTok, Atikah berkata dia merasakan anaknya itu lebih selesa dengan pengasuh berbanding dirinya dan dia mengakui ada rasa cemburu.

Luah Atikah lagi, apabila bersama pengasuh, anaknya tidak meragam tetapi apabila dia yang menjaganya Mulan akan mula memangis.

“Tak pasti kalau ada yang rasa sama macam saya lepas bersalin. Saya rasa lama tak update sebab banyak sangat yang saya rasa sekarang. Dan salah satunya sangat merepek.

“Saya rasa baby Mulan lebih sayangkan pengasuh dari saya. Bila dengan pengasuh, elok je. Bila saya jaga, mula lah nangis, jerit,”luahnya.



Sementara itu, Atikah berkata apa yang lebih membuatkan dia sedih setiap kali Mulan menangis atau menjerit, suaminya akan memanggil pembantu untuk menguruskan.

Dalam pada itu, Atikah berkata dia seorang yang sentiasa positif namun segalanya berubah selepas melahirkan Mulan.

“Apa yang lagi sedih, setiap kali Mulan jerit, suami saya akan suruh panggil pembantu yang uruskan,” katanya.

Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lalu.


SUMBER: Ohmymedia, Rotikaya




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 28-3-2025 08:31 PM
tengok tikah gi belek2 pampers tu aku teringat la anak2 aku time baby asal aku nk jenguk2 pampers time tu la bunyik becak keluar .sabar je la
Quote L.U.S.M 30-3-2025 11:32 AM
Dia ni kawen dgn ex old manieh je..tu yang smpi ke sudah kena buat sales buat paid review and xde honimoning...xpela Tika..at least ko dpt title datin
Quote nena9042 30-3-2025 09:35 PM
Baby akan menangis, sebab tu je cara komunikasi diorang
Jangan la cepat sangat bagi ke nanny bila dia nangis
Nanny tu lebih pada buat semua benda lain, mak la yang kena kelek baby selalu
Quote swimswim 30-3-2025 11:17 PM
Alaa.. Rindunya new born..
Quote Zeelalala 30-3-2025 11:25 PM
Aku harap dia ni xde byk sgt menceceh, byk2 komplen nanti dari elok2 org suka, jadi menyampah plak
Quote likilu 30-3-2025 11:53 PM
Zeelalala replied at 30-3-2025 11:25 PM
Aku harap dia ni xde byk sgt menceceh, byk2 komplen nanti dari elok2 org suka, jadi menyampah plak

Tintan 2.0?
Quote Zeelalala 31-3-2025 12:09 AM

tu pasal...harap dia x byk sengeh lah semua nak komplen kat media sosial
Quote likilu 31-3-2025 12:16 AM
Zeelalala replied at 31-3-2025 12:09 AM
tu pasal...harap dia x byk sengeh lah semua nak komplen kat media sosial

Sekarang dia masih sweetheart sebab humble tak cantik sgt pun boleh kawen org kaya pastu keje ngan kampeni laki je rajin masak then record muka sendiri tengah makan
Quote Zeelalala 31-3-2025 12:20 AM
likilu replied at 30-3-2025 05:16 PM
Sekarang dia masih sweetheart sebab humble tak cantik sgt pun boleh kawen org kaya pastu keje ngan ...

panjang lagi perjalanan hehe
Quote gideoncross 31-3-2025 01:56 PM
Zeelalala replied at 30-3-2025 11:25 PM
Aku harap dia ni xde byk sgt menceceh, byk2 komplen nanti dari elok2 org suka, jadi menyampah plak

Aiol dh start boring start sheol tayang brg2 dri Shopee tu hahahaha
Quote rayna_raynes 1-4-2025 12:55 AM
gideoncross replied at 31-3-2025 01:56 PM
Aiol dh start boring start sheol tayang brg2 dri Shopee tu hahahaha

Tayang barang shopee pun salah
Tayang branded mcm Intan pun salah

Apo netizen nak ni sebenarnya
Kalau semua retis tak menayang, takde sumber gosip la korang kat porem ni

Quote Nurkaseh01 1-4-2025 03:28 AM
Dia ni dah makin mengada la skrng. Haritu sedih sebab ade baby tak leh rapat2 degn kucing. Benda2 yang mengarut je nk ceritaa
Quote Paiya 1-4-2025 10:20 AM
rayna_raynes replied at 1-4-2025 12:55 AM
Tayang barang shopee pun salah
Tayang branded mcm Intan pun salah

betul sangat
aku pun tepikir benda sama..



Quote shernazz 1-4-2025 01:14 PM
Dah dia ramai followers
Sekarang ni ramai bergantung pada medsoc
Dan luahan perasaan pung kat medsoc..
Sure followers tettunggu2 nak dengo apa dia luah ..
Dia lebih selesa.dgn.medsoc kot
Quote misszazaz 3-4-2025 03:49 PM
pulak dah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045258 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top