CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Apa status Nadiyah Shahab dan Ben Ali?

14-4-2025 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6979| Komen: 11|Original author: tatod

1000014819.jpg



SELEPAS habis sahaja sambutan hari raya baru-baru ini, adalah seorang teman industri hiburan ini datang bertanya kepada Cik Bunga mengenai pasangan selebriti, Nadiyah Shahab dan Ben Ali.


Selama ini, Cik Bunga tengok pasangan ini sebagai antara pasangan selebriti ‘power couple’. Sebabnya, kedua-dua mereka ini sangat komited membangunkan perniagaan acara termasuk beberapa perniagaan lain bersama.




Kalau tak silap, mereka juga yang anjurkan acara festival Absolut Bazaar setiap tahun yang dengar cerita setiap kali dianjurkan semasa bulan Ramadan, ramainya orang bukan main-main. Maksudnya, memang hebatlah penangan dua selebriti ini dalam dunia perniagaan bukan? Tapi dalam pada itu, tidak sangka pula Cik Bunga bila dikhabarkan Nadiyah dan Ben kini kononnya sudah tidak lagi tinggal sebumbung, sudah berpisah sebagai suami isteri.


Menurut khabar yang Cik Bunga terima, keadaan itu cukup ketara apabila sambutan raya baru-baru ini juga dikatakan tidak menampakkan mereka meraikannya bersama. Tak macam suami isteri dah. Seorang ke utara, seorang ke selatan umpamanya.




Itu pun ada yang beritahu pada Cik Bungalah. Kalau tidak, kita pun tak perasan juga. Maklumlah, kita pun sibuk beraya dengan keluarga. Tetapi, terlalu awal juga hendak cakap yang mereka ini sudah bercerai sebab mana tahu, sebenarnya masingmasing sibuk dengan urusan. Sebelum ini pun sudah ada yang bertanyakan hal ini kepada mereka.


Jawapan yang diterima, memetik kata Ben, dia dan Nadiyah masih bersama. Tujuh tahun berkahwin, kadangkala ada pasang surutnya itu biasa. Tetapi tidak tahulah Cik Bunga, mungkin Ben pun sekadar cakap beralas, kita pun tak tahu sejauh mana seriusnya masalah rumah tangga mereka itu.




Tak apalah, harap-harap Nadiyah dan Ben dapat selesaikan masalah rumah tangga itu dengan sepakat. Adatlah, kalau sudah menjadi selebriti, banyak sahaja mata akan melihat dan menilai. Benda tak betul kita perbetulkan. - Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fair_iza 13-4-2025 10:58 PM
Ni 1st time gosip cik bunga terang lg bersuluh.
Quote naina 14-4-2025 04:25 PM
Xterkejut kapel ni berderai sekali pun. Yang bertudung litup pun blh bercerai. Apatah lagi yg seksi seksa macam takda laki. Hubungan tu panas sentiasa.
Quote kaoru44 14-4-2025 05:08 PM
soalan serius iols..kenapa ada orang nak dagu runcing macam tu eh?
Quote Prickford 14-4-2025 05:28 PM
The moment Nadiah ni berubah2 muka sampai jadi muka Lucinta Luna, terus i speku, tak lama mmg kena tinggal la ni.
Quote bukan_ustazah 14-4-2025 06:35 PM
Sebab takde anak kot iols speku je.
Quote acikonion 15-4-2025 11:41 PM
Bertahan demi bisnes ke?
Quote kmbg 15-4-2025 11:45 PM
Dia ni ke yg dulu kata xnak beli rumah lebih suka menyewa..muka bini pun da pelik2..padahal asalnya bukan la tak lawa nk repair2 nau
Quote kikiharris 15-4-2025 11:47 PM
Plastic sgtlah muka dia ni..tambah plak netz pun ada yg panggil mcm barbie..
Quote SherryZass 16-4-2025 01:01 PM
kaoru44 replied at 14-4-2025 10:08 AM
soalan serius iols..kenapa ada orang nak dagu runcing macam tu eh?

Nak nampak kurus & bujur sirih bentuk muka chuolls. Tapi sheolls banyak sangat repair sampai lelama jadi pelik.
Quote heythere123 16-4-2025 03:28 PM
theyols kalau serai pon harap boleh maintain je la biz tu. Sayang la jugak
Quote shahirakay 16-4-2025 03:52 PM
Kalau tak sebelum ni masing-masing banyak juga update pasal life depa, kucing-kucing depa. Apa khabar kucing depa noh?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.032321 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top